Puasa Ganti Ramadhan atau Puasa Sunat 6 Syawal Dulu?

IRSYAD FATWA KE-43: HUKUM QADHA’ PUASA RAMADAN BERSEKALI DENGAN PUASA 6 SYAWAL

DITULIS OLEH NADZIRAH PADA 16 JULAI 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA

Mukaddimah

Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. 

Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. 

Dalam Irsyad Fatwa kali ini, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. 

Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.

Kelebihan Puasa Enam

Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.

Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.

PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
Imam Ibn Hajar al-Haitami

Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)

Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin

KEDUA: TIDAK SAH

Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
Imam al-Asnawi
Syeikh Ibn al-Solah
Abu Makhramah
Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

Tarjih

Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).

Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

29 Ramadan 1436H bersamaan 16 Julai 2015

Kredit FB: Ustaz Hasnan
------------------
Sue pernah mengajukan soalan yang sama pada ustaz dan ustazah di sekolah dahulu, mereka juga sependapat mengatakan untuk mengasingkan antara puasa ganti Ramadhan dengan puasa sunat Syawal.

Jika ia melakukan puasa qadho dengan niat qadho bertepatan di hari Syawal secara automatik ia kan mendapatkan pahala puasa di bulan Syawal. Jadi cara niatnya cukup niat puasa qadho saja dan disaat itu ia mendapatkan pahalanya puasa Syawal. -Buya Yahya-

Sekarang tengah merathon berpuasa ganti. Peneman puasa Sue semestinya set triple gem. Kalau ada kawan-kawan yang berminat ingin mencuba set ini boleh hubungi Sue ye.

5 ulasan:

  1. Niat penting untuk pastikan amalan yang kita buat boleh berjalan lancar. Thanks for info admin.

    BalasPadam
  2. sah tapi elokla asing2.. kalau x mampu bleh je skalikan.. kan ada org gastrik n sakit2 jadi ok je kalo skalikan..

    BalasPadam
  3. Tambah ilmu dekat sini.
    psst : Nasi kerabu tu nani beli dekat tepi uia tu kak su. mak cik tu jual dekat pasar malam :)

    BalasPadam
  4. sy suka buat puasa 6 dulu then baru settle yg ganti....hihi

    BalasPadam