Rahsia Ibu Menyusu Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadhan Tanpa Susu Drop

Assalamualaikum.

tip ibu menyusu berpuasa penuh

Ramai di kalangan kawan-kawan Sue adalah ibu yang menyusukan anak. Ada juga Sue terdengar keluhan yang bahawasanya susu mereka drop sewaktu berpuasa, badan menggigil kelaparan walaupun jam baru sahaja menunjukkan pukul 10 pagi, pening kepala dan hampir pitam selepas sesi mengepam dan ada yang hampir muntah akibat angin dalam badan.

Sue juga mempunyai pengalaman sewaktu berpuasa sambil menyusukan anak serta berpuasa ketika hamil pada masa yang sama masih lagi menyusukan anak sulong. Sewaktu bekerja dahulu, rutin harian mengepam di office adalah sebanyak tiga kali walaupun di dalam puasa.

Alhamdulillah production susu ibu masih sama dan tidak drop. Selepas mengepam masih rasa steady, tidak ada rasa pening atau pitam. Cuma rasa dahaga orang berpuasa jer.

Puasa sewaktu hamil disamping masih menyusu pula, alhamdulillah dipermudahkan kerana Sue berjaya berpuasa penuh. Cuma Sue ada rasa sakit nipple crack jer waktu tu, maklum la anak Sue dah ada banyak gigi.

Puan Haridah pun boleh berpuasa penuh sewaktu hamil walaupun sedang sarat. MasyaAllah, hebatnya ibu ini...

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... 

Pengalaman Sue hampir sama dengan pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Salwa. Selama 7 tahun berturut-turut Puan Salwa dapat berpuasa penuh walaupun sedang menyusu, hamil atau kedua-duanya sekali.

Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan 

Tip nombor 4 tu yang paling Sue suka :)

Anda dah tonton video di atas?  Tiada lagi rahsia kan. Cuma terpulang pada anda untuk buat atau tidak je.

Antara tip yang dikongsikan Puan Salwa ialah:

1) Proses demand dan supply
Menyusukan anak seperti biasa dan pam susu mengikut jadual walaupun di dalam bulan puasa.

2) Minum air masak 3liter sehari. Boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.


3) Elakkan stres dan sentiasa berfikiran positif yang bahawasanya susu anda cukup untuk anak anda.

4) Pengambilan Set menyusu Shaklee ditambah dengan ESP dan Performance Drink sewaktu bersahur. Resepi set kombo ini sila klik SINI.

ESP ialah protin soya yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Pengambilan ESP akan mengurangkan rasa lapar dan membantu memberi tenaga sehingga ke petang.


Performance Drink mengekalkan cecair di dalam badan dan kurang berasa dahaga sewaktu di dalam bulan puasa.


Tanya lah diri anda setakat mana tahap kemampuan anda. Ibu menyusu dan ibu hamil telah diberikan ruksah (keringanan) untuk berpuasa jika membahayakan nyawa sendiri atau anak. Jadi, jangan bebankan diri anda dengan sesuatu di luar batasan kemampuan anda. Islam itu mudah.

Selamat berpuasa. Nak dapatkan suplemen Shaklee boleh hubungi Sue.

6 ulasan:

  1. CT datang ni Kak Sue ehehehek..

    cabaran sungguh kan untuk ibu2..
    dah canggih dah skrang.. ada suplement =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. suplemen sekadar membantu, mind set yg plg penting :)

      Padam
  2. dugaan kan bagi ibu nyusu.
    yes betul. mind set yg penting.

    BalasPadam
  3. cabaran betul yer ibu2 menyusu badan ni... tapi best jugak kalau dpt puasa penuh... harap2 nnt masa kita, kita laratlah :D

    BalasPadam