Tip Handle Anak Masa Raya

Adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, mertua semua sila baca.

*Mohon jangan salah anggap. Status ini fokus kepada ANAK MENGAMUK SEMASA RAYA. Bukan post ' KENAPA ANAK KAU, AKU YANG KENA JAGA. ' atau ' KENAPA KAU TAK MASUK DAPUR, ASYIK GENTEL ANAK'. Saya bercerita perihal anak mengamuk ya :)


Raya sudah semakin dekat. Maka ramailah orang yang akan kita jumpa. Ada ibu yang risau akan perangai anak-anak nanti. Takut ada yang mengamuk, buat hal di rumah orang, tumpahkan air, bergaduh dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kerisauan itu ditambah pula dengan pandangan orang, cakap-cakap orang dan sebagainya.

Don't be jungemental.

Anak seorang tidak sama dengan 2 orang anak. Tidak akan sama juga dengan 3 orang anak. 4 orang dan seterusnya.

Anak lelaki seorang tidak sama dengan anak lelaki yang 4 orang. Anak perempuan mungkin tidak sama dengan anak lelaki.

Don't ever compare.

Jika nampak anak orang lain mengamuk contohnya, apa yang kita boleh bantu?

1. Jangan nak provok lagi - eh...kenapa ni mengamuk-mengamuk ni. Pak Long masukkan dalam toilet kang. Tengok Ahmad tu, diam je, mane ade nangis.

2. Bantu untuk tenteramkan. Tak mampu tolong jangan pandang sinis pada ibu bapanya. Jangan mengata yang bukan-bukan. Bukan mudah mahu membesarkan anak. Jadi, jangan tambah beban mereka. Kasihankan mereka. Kena ada empati.

3. Biasanya kita beraya beramai-ramai kan? Jadi, hadkanlah kunjungan ke rumah-rumah. Janganlah terlalu lama. Ambil kira emosi anak-anak. Mereka bukan seperti kita. Mereka mudah penat. Mereka cepat lapar. Mereka tak boleh sabar. Semuanya ada had.

4. Adik beradik, ipar duai, mertua dan sesiapa sahaja, mestilah saling menyokong. Kalau yang itu menangis, kita tolong, kalau anak kita menangis, org lain pula tolong - tak perlulah menambah sakit hati si ibu dengan kata-kata yang tak membantu langsung seperti ' anak dia yang kedua tu memang lain sikit. ', ' anak ko tu kenapa? Cuba bagi makan. Lapar agaknya budak tu. ' ' anak ko tu kembung agaknya.' - jangan hanya bercakap. Cuba bantu sama-sama. Boleh?

Kepada para ibu pula:

1. Be positive - jangan rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal. Jika kita berilmu, jangan risau.

2. Selalu ingatkan anak to be behave - dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main - selalu ulang, adik kena jadi anak yg baik, main elok-elok, main sama-sama.

3. Mata jangan lekang dari tengok anak. Selalu tanya keadaan anak. Bila kita close monitor, kita dapat kurangkan banyak risiko - risiko gaduh, risiko merajuk, risiko mengamuk.

4. Jika anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa satu tempat. Cuba tenteramkan anak. Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.

5. Sediakan barang yang cukup - busy bag, permainan, buku, biskut, air. Mungkin barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak.

6. Suami isteri saling membantu. Kalau nampak anak dah mengamuk, isteri/suami jangan buat tak nampak. Lagi panjang pula perbualan. Sama-samalah pujuk anak.

Tanggapan kita, pandangan kita sama juga macam doa. Kalau kita fikir macam-macam pasal anak orang lain, lain kali Allah uji pada kita pula. Jadi, jangan bebankan fikiran kita dengan fikir apa masalah anak dia.

Anak memang begitu.
Suka main.
Merajuk.
Menjerit.
Bergaduh.
Tumpahkan air.
Sekejap ok, sekejap tak ok.
Itu normal.
Kalau tak percaya, buka buku pendidikan awal kanak-kanak. 
Beli buku saya pun ok. Cari buku Ibu Bijak Anak Bahagia :)

Kita tak pernah nampak sisi positif anak itu.
Mungkin di rumah sendiri dia sangat baik, dengar kata, tiada banyak masalah.

Sekali lagi, tolonglah!
Tolong ibu-ibu yang gigih mengasuh dan mendidik anak mereka. Jangan bunuh jiwa mereka dengan kata-kata yang tak membantu langsung dan tanggapan negatif yang hanya menambah dosa.

Jika ibu kepada anak yang mengamuk itu stress, lagi kasihan daripada kita yang anak tak mengamuk. Dia nak handle anak lagi, nak handle diri sendiri lagi. Betul tak? Jom kita saling membantu.

Kita happy-happy je raya ni.
Jangan stress-stress ok? ;)

Itu sahaja dari saya.
Selamat berhari raya.
Selamat mendidik dengan kasih sayang :)

Kredit FB: Ashikin Hashim

Tahun ni Sue bakal beraya dengan 3 orang anak, macam-macam peel diaorang ni. Biasanya kalau ngamuk pun sebab nak tidur. Tip di atas ni memang sangat membantu. So kalau keluar ziarah hadkan dalam sehari berapa buah rumah je yang kami akan pergi. Kesian kat anak-anak bila diorang dah letih kan.

8 ulasan:

  1. good tips akak.boleh praktik nanti.aimi tgh nervous mcm mana reaksi thaqif bila ramai2.hari ni kakak dari kl sampai.so far hari2 remain thaqif supaya behave bila ramai2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar aimi, thaqif good boy :)

      Padam
  2. nice sharing ni kak
    ayu anak blm besar lagi
    tak dpt bayangkan lagi
    tapi tula btl gak ape akk share tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe, esok anak besar boleh apply :)

      Padam
  3. bagus entry ni..maklum la ciknaa anak 2 orang..sebaya pulak tu..kekadang hlg sabar jgak dgn kerenah dorang.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, smg mendapat manfaat :)

      Padam
  4. hehehe tips jaga diri sendiri ketika tengok juadah hari raya boleh tak buatkan kak ?

    BalasPadam
  5. tuan rumah perlu byk bersabar hiksss

    BalasPadam