Tip Memilih Sampin Agar Terserlah Seri Pemakai

Assalamualaikum.


Lebih kurang dua minggu saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Bagaimana persiapan baju raya? Dah siap beli ke?

Bagi lelaki tak lengkap berpakaian jika tidak diserikan dengan pemakaian sampin. Sampin songket sering menjadi pilihan kerana boleh menaikkan seri pemakai. Selain itu, songket bunga tabur juga menjadi pilihan sang suami.

Untuk makluman anda semua, baju melayu Teluk Belanga sampin dipakai di luar manakala baju melayu Cekak Musang pula dipakai kemas bersamping di luar.

Baju melayu teluk belanga
Baju melayu cekak musang
Tip memilih sampin yang sesuai:

1) Pilih sampin yang senada dengan baju melayu dan lebih elok rona lebih cerah. Sampin yang berona cerah ini boleh juga digunakan dengan baju rona gelap yang lain.

2) Ikatan sampin biar kemas dan elakkan berlidah. Semasa mengikat sampin pastikan bahagian tengah lebih tinggi untuk lipatan bagi mengelakkan 'lidah' keluar.

3) Gulungan sampin perlu kemas agar tidak terburai di tengah jalan. Jika ingin ikatan sampin berbunga pastikan ikatan bunga tidak terlalu besar.

4) Pilih motif yang ringkas pada sampin songket. Jangan memilih sampin yang terlalu sarat sehingga menenggelamkan penampilan.

5) Ketika menyimpan sampin songket, pastikan anda terbalikkan dahulu sampin tersebut sebelum dilipat dan disimpan di dalam almari.

Selamat mencuba.

4 ulasan:

  1. selamat petang..kalau nak shopping raya jangan lupa singgah blog syira lokman..banyak promosi tauuu ! :D

    BalasPadam
  2. sampin en suami dh bli kat kelantan haritu...beli warna yg lom ada...senang nk pakai nnti hehehe

    BalasPadam
  3. tips yang no 5 tuh kita baru tahu...besok2 dah balik msia, bolehlah buat :D baru tahu camtuh rupanya cara jaga sampin ni yer :D

    BalasPadam