Tip Memilih Taska Yang Terbaik Untuk Anak Anda

Keselamatan, pembelajaran dan persekitaran yang menarik lazimnya menjadi fokus utama setiap kali ibu bapa memilih taska untuk anak dalam tempoh mereka bekerja. Selain itu, penjagaan kesihatan anak juga perlu di ambil kira.

taska

Berikut adalah antara tip untuk memilih taska anak anda:

1) Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga. Itulah yang sebaiknya kerana segala soalan atau perbincangan boleh diajukan terus secara berdepan.

2) Membuat kajian sendiri. Boleh cuba google mencari maklumat taska anak anda. Sue juga pernah melakukan cara ini, dan ianya sangat berkesan dalam mencari maklumat.

3) Bertanya dan mengambil testimoni daripada mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut. Testimoni juga boleh didapati hasil dari carian di Google jika bernasib baik.

4) Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut. Sesekali anda boleh membuat spot check atau datang ambil anak awal sedikit untuk melihat pengasuh menguruskan anak-anak di taska.

5) Meniliti program yang ditawarkan di program tersebut. Ada sesetengah taska yang menyediakan pakej mengajar Iqra dan Al-Quran dan pelbagai lagi bagi mengisi masa sebelum anda mengambil anak pada waktu petang.

6) Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska. Memberi hadiah, sumbangan, atau belikan kuih sebagai minum petang untuk mengambil hati mereka. Bila mereka senang dengan kita, InsyaAllah mereka akan menjaga anak kita dengan baik.

Selepas berpuas hati dengan pilihan anda, bertawakkal dan berdoa kepada Allah semoga anak anda sentiasa dipeliharaNYA sewaktu anda menghantar anak ke taska.

6 ulasan:

  1. pengasuh pertama anak sy xmcm pengasuh..mujur sy sedar awal.. bertahan 3hari je.. pastu hantar taska kt area umah, alhamdulillah memuaskan hti..n antara sy n pengasuh ada hubungan baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah jumpa pengasuh yang baik selepas tu kan :)

      Padam
  2. ketiga-tiga anak aida memang membesar di taska.
    Allah je tau apa perasaan nyer anta anak kat taska.
    ramai anak-anak lain.
    kurang perhatian.
    but alhamdulillah mereka membesar dgn baik.
    dijaga dgn rapi dan penuh kasih sayang...

    aida memang baik dgn ticer taska.
    bagi kek. bagi kuih. bagi buah...

    BalasPadam
  3. risau kan taska.. kadang2 datang terfikir bukan-bukan.. huwaa... maybe first pengasuh anak nana dulu tak berapa ok, jadi terus fikir negatif je.. alhamdulillah sekarang dapat pengasuh ok sangat2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyakkan berdoa smg anak2 kita sentiasa dilindungiNya :)

      Padam