Tips Pulang Ke Kampung Ketika Hari Raya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah 27 hari kita berpuasa. Lagi 3 hari kita bakal menyambut Syawal. Tentu ramai sekarang ini yang tengah membuat persedian akhir sebelum menjelang Syawal. Berpada-pada dalam berbelanja, jangan sampai membazir udoh la ye..

Raya nanti saya percaya ramai yang akan pulang ke kampung halaman kan? Jom saya kongsikan tips pulang ke kampung di hari raya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sebagai persediaan pulang ke kampung nanti.


Keselamatan rumah:


1) Pastikan segala suis dimatikan dan kepala dapur gas anda dicabut keluar.

2) Tutup semua tingkap dan pintu bilik anda dengan rapi.

3) Buka beberapa lampu di ruang utama rumah seperti di pintu hadapan dan belakang rumah.

4) Pesan pada jiran untuk tengok-tengokkan rumah anda.

5) Maklumla kepada pihak polis untuk membuat rondaan berkala jika kawasan rumah anda kawasan yang tinggi dengan kes rompakan dan pecah rumah.

Keselamatan ketika memandu:


1) Pastikan kereta anda telah dihantar servis sebelum pulang ke kampung.

2) Jangan membawa lebih muatan.

3) Pakai tali pinggang keledar sewaktu memandu.

4) Jika mengantuk atau letih, berhentilah di RnR yang telah disediakan di sepanjang lebuh raya.

5) Patuhi had laju dan memandulah dengan berhemah.

Jangan lupa simpan nombor telefon yang tertera di gambarajah

Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog sihatitunikmat. 

5 ulasan:

  1. nice sharing. singgah sebentar sebelum balik raya ...

    nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. selamat balik kampung :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas tip-nya..:D

    BalasPadam
  3. nice sharing kak..
    heheh bestnye dpt balik kampung

    BalasPadam
  4. hehehe syukur tahun ni raya kat penang saja.. rumah tok pun dekat..
    boleh balik hari.. x perlu ngadap jem.. apa2 pun safety first..
    highway tu bukan tempat merempit.. drive safe everyone..

    BalasPadam
  5. cepat betul masa berlalu...cuti balik kampung dah habis...dh start keje...malasnya

    BalasPadam