Utamakan Keselamatan Stroller Agar Bayi Selesa Dan Selamat

Pembelian stroller merupakan barangan wajib dalam perancangan persediaan menyambut orang baru. Pelbagai rekaan dan fungsi kereta sorong bayi yang ada dalam pasaran kini tidak seharusnya membuatkan ibu bapa alpa akan soal keselamatan bayi. 

keselamatan stroller

Biar secanggih dan sehebat mana pun stroller, tatkala bayi berada di dalam stroller, dia haruslah selamat dan selesa.

Terdapat beberapa perkara yang boleh diambil kira tentang aspek keselamatan stroller.

1) Brek yang praktikal
Pastikan anda membeli stroller yang mempunyai sistem brek yang mudah dikendalikan. Rekaan sistem brek yang mengunci dua buah tayar belakang lebih selamat dan praktikal.

2) Mempunyai ruang yang selesa dan luas
Ruang duduk yang luas dan selesa amat diperlukan buat bayi. Ruang yang sempit dan tempat duduk yang terbatas menyebabkan bayi berasa tidak selesa.

3) Tidak keseorangan
Sentiasa berada dekat dan janganlah sesekali meninggalkan bayi keseorangan di dalam stroller. Jika anda ingin membiarkan anak yang lebih besar menolak stroller bersama bayi di dalamnya, pastikan anda berada di sebelah bersama-sama.

Pesan kepada anak yang menolak stroller itu supaya jangan menolak terlalu laju sehingga menyebabkan kemalangan.

4) Guna tali pinggang keselamatan
Sentiasa kancingkan bayi anda dengan tali pinggang keselamatan stroller. Tali pinggang yang terbaik adalah yang berbentuk 'T' di mana tali pinggang meliliti kelangkang dan pinggang.

Jangan sesekali membiarkan mereka tidak dipasang tali pinggang keselamatan, khuatir mereka akan bangun dan mengakibatkan kecederaan.

5) Simpan barangan di tempat yang disediakan
Jangan sesekali menyangkut beg atau apa sahaja barangan pada pemegang stroller kerana ia mungkin menyebabkan stroller terbalik ke belakang.

6) Elakkan menggunakan bantal atau selimut semasa bayi di dalam stroller
Ini untuk mengelakkan kejadian bayi lemas.

7) Berhati-hati semasa melipat stroller
Pastikan anggota badan bayi seperti jari tidak terkena stroller kerana ia boleh menyebabkan jari bayi tersepit dan cedera

Semoga info ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan sewaktu membeli dan menggunakan stroller. 

5 ulasan:

  1. keselamatan tu paling pentingkan...dah xkisah dah harga berapa pun kan

    BalasPadam
  2. firash dah xmo lak dok dlm stroller ha
    penat nak dukung dia

    BalasPadam
  3. yang duduk dalam stroller tu yang paling best hehehe..

    BalasPadam
  4. lebih suka yang kita tolak nampak anak depan kita. dan yg boleh pakai dari newborn smpi besar sikit hihihihi

    BalasPadam