9 Tip Kekal Sihat Sepanjang Hari

Kesihatan tubuh badan harus diambil berat. Kesihatan yang baik menjamin hasil kerja yang berkualiti. Namun bagaimana untuk mengekalkan kesihatan yang baik setiap hari. 9 tip ini mungkin dapat membantu anda.

tip kekal sihat

1) Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang
Pilih yang rendah lemak tepu, lemak trans, kolesterol, natrium, banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan yang kaya serat dan ikan yang tinggi omega 3.

2) Sentiasa aktif
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dengan intensiti sederhana seperti aerobik dan berjalan cepat setiap seminggu.

Encik Fahmi dulunya seorang yang obesiti. Setelah melakukan rutin senaman yang konsisten, akhirnya beliau berjaya mendapatkan berat badan yg ideal. Penyakit kronik yang beliau hadapi juga semakin terkawal tanpa perlu risau lagi.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah

3) Kawal tekanan
Tekanan jangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung dan tekanan darah sehingga merosakkan dinding arteri. Belajarlah menguruskan tekanan demi kualiti hidup yang lebih baik.

4) Perhatikan berat badan anda
Pada usia 40-an ke atas, metabolisme badan anda akan menjadi perlahan. Untuk mengelakkan masalah berat badan, anda perlu mengikut diet sihat dan banyakkan bersenam.

5) Seronok bekerja
Jangan memikirkan bebanan dan tekanan pada kerja kerana anda telah menghabiskan 1/3 hari anda di pejabat. Nikmatilah kerja anda dengan gembira dan amalkan gaya hidup sihat.

6) Ketahui amaran sakit jantung
Tidak ramai yang mengetahui bahawa serangan jantung dirasai di tengah dada dan tidak semua orang mendapaat sakit dada dengan serangan jantung. Malah, gejala juga berbeza antara lelaki dan wanita.

7) Berhenti merokok selamanya
Selain penyakit jantung dan angin ahmar, merokok juga boleh membawa kepada pelbagai kanser. Jadi hentikanlah tabiat ini.

Tengok contoh macam brother ni, setelah hampir 14 tahun merokok, akhirnya beliau telah berjaya berhenti merokok dengan jayanya.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya

8) Ketahui badan anda
Anda juga perlu menjaga kesihatan diri dengan melihat tekanan darah, tahap gula dalam darah, indeks jisim badan, lilitan pinggang dan sebagainya.

9) Jumpa doktor
Tiap-tiap tahun, cubalah ambil masa sehari untuk membuat pemeriksaan dengan doktor seperti tekanan darah tinggi, kolesterol, serangan jantung dan sebagainya.

Kesihatan badan adalah amanah pada diri anda sendiri. Selamat beramal.

5 ulasan:

  1. nice sharing ... bab senaman tu, selalu aje malas :p

    BalasPadam
  2. sgt penting utk maintain sihat.
    kekal sihat...

    BalasPadam
  3. ntah bila lah nak rajin nak sihat2 ni asik kelaut je..(ke tilam tido haha) mak penat layan keje ngan anak2 hehe

    BalasPadam
  4. tips macam ni sangat bagus untuk jadi lebih sihat.. :)

    BalasPadam