Benarkah Jalan Kaki Membantu Memudahkan Proses Bersalin?

Kerap juga Sue mendapat soalan sebegini ketika berjumpa dengan kawan-kawan yang sedang hamil. Sesiapa yang sedang hamil pasti akan mencari dan bertanya mengenai cara-cara untuk memudahkan proses bersalin. Normal la tu kan, lagi-lagi yang sedang hamil anak sulong.

Pada pendapat Sue, proses bersalin sentiasa berbeza daripada seorang ibu dengan seorang ibu yang lain.

Semasa anak sulong, Sue terpaksa melalui emergency ceasarean memandangkan bayi sudah fetal stress. Untuk anak kedua, sehari sebelum bersalin Sue dengan suami seharian berjalan-jalan mengelilingi Midvalley Megamall. Anak yang ketiga, esoknya plan nak keliling shopping mall juga, tapi blom sempat pergi, Sue dah bersalin dulu.

manfaat jalan kaki sewaktu hamil

Jadi, apakah kebaikan berjalan kaki ketika hamil? Diantaranya ialah:

1) Meningkatkan serotonin dan ini memastikan ibu lebih gembira ketika hamil

2) Meningkatkan stamina untuk proses kelahiran kelak

3) Membakar glukos dan kalori lalu mengawal tahap gula dalam darah (membantu kes-kes gestational diabetes)


4) Menggalakkan pengaliran darah dan ini membantu mereka yang mengalami masalah varicose veins di kaki dan peha ketika hamil

5) Menguatkan jantung dan paru-paru wanita hamil. Ini mengurangkan rasa penat

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 
Ibu hamil pun boleh kuat jalan & kuat panjat tau; bukan takat kuat makan & kuat tidur je. Cerita dongeng macam ni biasa dengar drpd mak/nenek je kan? Nah, ini kisah mak moden.

Jika dilihat dari senarai di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa berjalan kaki boleh membantu wanita hamil.

Sewaktu berbual dengan kawan-kawan Sue yang hamil, Sue suka menggalakkan mereka berjalan kaki ketika peringkat awal proses bersalin (early labour). Ini dapat membantu mereka melupakan kesakitan kontraksi ketika itu.

Semasa berjalan kaki, suami boleh membantu mengurut kawasan tulang belakang isteri bagi mengurangkan rasa sakit. Dengan cara ini, ibu hamil hanya akan masuk ke bilik bersalin ketika proses bersalin sampai ke tahap active labour.

Jadi, waktu yang diluangkan dalam bilik bersalin tidak lama. Jadi buat ibu-ibu hamil, teruskan aktiviti berjalan kaki ketika hamil dan ketika dalam proses early labour nanti.

9 ulasan:

  1. sy masa anak 1st memang sy ikut ckp org, kerapkan berjln..Bila masuk 36w, sy tiap2 mlm ajak husband teman p jambatan dpn PICC lepas tu sy duk ulang alik turun naik tangga.. Sy bersalin sehari sebelum due..

    tapi utk anak kedua ni, bakal keluar raya haji, sy xboleh nak buat mcm tu dh kot sbb perut sy memang dh ke bwh sjak awal2 preggy lagi..risau takut terberanak awl plak kalo duk berjln kerap sangat ekekek

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..selamat pagi...
    Nieyl singgah di sini =)

    BalasPadam
  3. mak el sllu pesan..kamo lau sakit2 jgn duk perap kat dlm bilik..duk tido je..p jalan pusing2 tawaf hospital tu..senang skit nak beranak haha tp mmg betul

    BalasPadam
  4. org berpengalaman selalu pesan jalan banyak-banyak sebelum bersalin ... dua kali terbersalin awal sebab jalan sakan ;)

    ditambah dengan info ni ... betul la kot apa yg dipesan :)

    BalasPadam
  5. wana penah baca tentang ni..memang berjalan kaki tu membantu kan sue :)

    BalasPadam
  6. yeke? hihi kalau betul alhamdulillah sebab hari2 kene berjalan kaki. adui penat sometimes. opis pn naik turun tingkat xde lif. sebab 3 tingkat kan, mesyuarat plak banyak. Then balik rumah plak kene naik tangga sebab dok apartment rumah tingkat paling atas . tingkat 4

    BalasPadam
  7. pernah dgr..mmg mudah proses bersalin...ntahlah mgkin ada faktor lain juga membantu

    BalasPadam