Cabaran Penyusuan Susu Ibu Dan Cara Mengatasinya Agar Ibu Tidak Panik

Keputusan untuk menyusukan bayi yang bakal lahir dengan susu ibu adalah tepat. Jadikan impian anda menyusukan bayi secara eksklusif direalisasikan.

Bersedialah untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia penyusuan seperti bengkak susu, puting merekah, stok susu merudum dan keliru puting. Perlu diketahui bahawa menyusukan tidak semudah yang dijangkakan.

Justeru, mama buatlah persediaan awal mental dan fizikal menyahut cabaran alam keibuan dan keindahan memberikan titisan susu ibu yang penuh kebaikan ini.

tip atasi puting merekah

1) Bengkak susu
Masalah bengkak susu biasa terjadi pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia boleh diredakan dengan menampalkan kepingan daun kubis hijau yang telah dicuci pada payudara yang bengkak. Biarkan selama 20 minit. Elakkan penggunaan melebihi tiga kali sehari.

Selain itu boleh juga menggunakan halba yang telah direndam di dalam air dan ditumbuk. Tampalkan ia pada payudara yang sedang membengkak.

Pengalaman Sue yang pernah dua kali bengkak susu ialah dengan tuam botol kaca berisi air panas yang dibalut dengan kain pada payudara. Kena tuam banyak kali sampai rasa sakit itu berkurang. Selain itu, Sue juga mengambil lecithin sebanyak 6 biji sehari. Alhamdulillah bengkak surut selepas itu.

2) Puting Merekah
Anda boleh menggunakan uncang teh yang masih suam untuk diletakkan pada bahagian puting yang merekah. Kandungan tannic acid di dalamnya bertindak sebagai astringent semulajadi yang mengeringkan rekahan yang terjadi.

Pengalaman Sue dulu semasa anak tumbuh gigi dan sewaktu hamil anak kedua, puting susu merekah. Ya Allah sakit sangat rasanya, menitik-nitik air mata semasa menyusukan anak. Antara yang Sue buat ialah dengan menggunakan nipple cream jenama Medela dan kerap anginkan payudara.

Kurangkan memakai bra sewaktu berada di rumah dan pakai pakaian yang nipis sahaja.

3) Puting gatal
Masalah kegatalan pada puting boleh dilegakan dengan membasuh bahagian terbabit dengan menggunakan satu sudu makan cuka bersama secawan air. Rendamkan puting beberapa minit dan gosok perlahan. Boleh meredakan kegatalan. Dapatkan rawatan doktor sekiranya hal ini berlarutan.

4) Penghasilan susu menurun semasa ovulasi

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

Lazimnya semasa ibu-ibu mengalami ovulasi, paras kalsium dan magnesium dalam darah menurun sehingga menjejaskan penghasilan susu ibu. 

Makan makanan yang mempunyai tinggi kandungan kalsium dan magnesium seperti  susu, badam, kucai, brokoli, sayuran berdaun hijau dan kekacang perlu diambil untuk memastikan penghasilan susu dapat ditingkatkan kembali.

Selain makan makanan yang tinggi kalsium dan magnesium, Sue juga mengamalkan Ostematrix Shaklee. Memang best! Susu tetap maintain walaupun sedang period.

5) Mastitis atau duktus tersumbat
Mastitis amat menyakitkan apabila wujudnya radang pada bahagian puting susu dan menyebabkan kesakitan dan rasa panas apabila si manja menyusu. Hal ini boleh diredakan dengan cara mama memakan dua atau tiga ulas bawang putih mentah sebagai antibiotik semula jadi.

Bawang putih mengandungi allicin iaitu bahan anti mikrob yang bertindak melawan bakteria yang menyebabkan jangkitan. Mandi dengan air suam. Jika ia tidak reda  dalam masa 48jam, rawatan doktor diperlukan segera.

Jika tidak tertelan bawang putih mentah, mama boleh mencuba Garlic Complex Shaklee. Kurang sikit rasa tak tertelan bawang putih mentah itu. heheh....

Selamat mencuba.

7 ulasan:

  1. lau bengkak susu mmg sakit...huhu
    4jam x pam pun dah rasa denyut2 haha

    BalasPadam
  2. banyak cabaran kan ... susu ibu memang terbaik. respect ibu-ibu yang sanggup pam susu demi baby :)

    BalasPadam
  3. Kecian pd ibu yg tk sempat menyusu anak..

    BalasPadam
  4. sedang melalui pengalaman tu..payudara bwngkak dan nipple sakit..salah satu cabarannya.satu lg cabaran,anak x suka susu formula.bila bagi mesti dimuntahkan

    BalasPadam
  5. Masa anak pertama.. Kena bengkak susu,demam di buatnya. Biasalah,anak pertama,serba serbi tak tau. Hehe.

    BalasPadam
  6. info berguna buat ibu2 dan bakal ibu.. :)

    BalasPadam