Teknik-Teknik Menjemput Rezeki

Dalam mencari rezeki, ada dua perkara yang penting untuk dilakukan:

1) Kita mencari rezeki
2) Rezeki mencari kita

Oleh itu, mereka akan berjaya dalam mencari rezeki apabila mereka melaksanakan kedua-dua tindakan ini. Tindakan pertama merupakan tindakan yang utama. Rezeki diusahakan dan dicari untuk memilikinya. Tindakan inilah yang selalu kita usahakan bekerja tetap, buat kerja sampingan dan sebagainya.

Namun, mungkin ramai yang terlupa pada tindakan yang kedua. Tindakan kita yang menyebabkan rezeki pula yang mencari kita. Ya, itulah teknik menjemput rezeki! Ini tindakan yang berbentuk rohani. Tindakan ini yang membuat rezeki datang dengan 'suka rela' sepertimana Allah berfirman:

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari kesusahan). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya". (Surah al-Talaq 65: 2-3)

cara menjemput rezeki

Antaranya termasuklah:

1) Solat awal waktu
Sentiasa menjaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita dengan mencukupkan semua perkara termasuklah soal rezeki.

2) Solat sunat dhuha
Mulakan awal pagi kita dengan solat dhuha. InsyaAllah ia menjadi magnet menjemput rezeki kepada kita.

3) Istighfar
Manusia sering melakukan dosa dan dosa menjadi penyebab rezeki terhalang. Mohonlah ampunan Allah. Bukan sahaja diampuni, malah rezeki juga menghampiri.

4) Bantu ibu bapa
Pastikan setiap 10% daripada pendapatan kita diberikan kepada ibu bapa. InsyaAllah  Allah akan mencukupkan rezeki kita dan melipatgandakan berkali-kali ganda daripada pemberian tersebut.

5) Bina silaturrahim
Rezeki bukan dinilai dari sudut wang sahaja. Tetapi ilmu, doa, diberi keberkatan dan diluaskan kehidupan juga dikira sebagai rezeki. Mana mungkin kita mampu memperoleh rezeki ini tanpa membina silaturrahim. Dalam bahasa perniagannya disebut sebagai networking.

6) Bersedekah
Infak sebahagian kecil rezeki kita kepada orang sekeliling. Mulakan dahulu dengan ahli keluarga, kemudian jiran tetangga, fakir miskin dan sebagainya. Janji Allah mereka yang bersedekah tidak akan miskin selamanya.

7) Bersyukur & Qanaah
Hanya dengan bersyukur dan qanaah, hati akan menjadi tenang dan redha dengan pemberian-Nya. Dan yang lebih membahagiakan, dia tidak akan sesekali merungut dengan setiap nikmat dan rezeki yang diberikan biarpun sedikit. Ini menjadi asbab Allah menambahkan rezekinya kerana bersyukur.

8) Tawakkal
Berserah segala-galanya kepada Allah setelah berusaha. InsyaAllah, Allah tidak menzalimi hambaNya. Hanya yang berusaha akan memperoleh apa yang dia usahakan. Semestinya setiap yang diberi itu adalah yang terbaik daripadaNya.

Sumber: Gen-Q Isu 39

8 ulasan:

  1. amin...
    tq su atas perkongsian ini.. smoga kt jadikannya amalan..
    dan smoga kt dilimpahi nikmat rezeki dr segala sudut..

    BalasPadam
  2. nice info ... semoga rezeki kitasemua bertambah :)

    BalasPadam
  3. nice sharing kak.. simple explanation tapi jelas =)
    jom sama2 kita baiki cara agar mudah menjemput rezeki-Nya..

    BalasPadam
  4. insyallah sama2 kita buat yang terbaik

    BalasPadam
  5. betul...tips sgt menarik...senang utk menjemput rezeki nak or tak nak je...

    BalasPadam
  6. terima kasih, sama2 kita penuhi tips untuk menjemput rezeki..



    BalasPadam
  7. terima kasih..Insya Allah sama2 kita penuhi tips menjemput rezeki...

    BalasPadam