10 Cara Galakkan Anak Banyak Bercakap

Apabila usia anak menginjak ke angka 3 tahun, namun kelihatan si manja anda kurang bercakap, sudah pastilah akan terdetik sedikit kerisauan. Untuk menghilangkan rasa risau, anda boleh merujuk perihal anak anda pada doktor atau mereka yang punya kepakaran dalam bidang kanak-kanak.

cara buat anak banyak bercakap

Selain itu, anda juga boleh mencuba tip yang saya kongsikan di bawah.

1. Anak bercakap, kita boleh stimulate sepanjang masa..bukan bila dia dah start 1 tahun, 2 tahun..tapi mmg sejak dia lahir..kita kene biasakan bercakap dgn dia. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sbb anak anak ni perlukan foundation utk bercakap jauh lebih lama dari waktu spptnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah.

2. Kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara kita n anak. Ini memang kene berjuang. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat dia. Sbb gadget, mengurangkan interaksi 2 hala.

3. Banyakkan buat projek/ aktiviti dgn anak. Kalau umur 1 thun tu..dah boleh buat experimen volcano dah. Haaa...sbb bila kita buat projek..dia akan galakkan semangat ingin tahu mereka..dan galakkan dia rasa2 nak communicate sbb dia.nak suarakan pendapat dan lain lain.

4. Terlibat sama main role play: main masak, jual jual, apa apalah..tapi kita jadi main jugak ambil watak dalam tu..semasa main..perlbagaikan suara n intonasi . Skali skala buat kelakar.

5. Libatkan mereka dgn aktiviti harian. Cth kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, sidai, sapu sampah, siram pokok, lipat baju, semasa buat semua ni..kita bercakap dgn mereka..minta idea mereka, again, pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan masa buat. Kira cakap tak berhenti dgn mereka lah. Anak anak jadi rasa keperluan dan keseronokan communicate tu.

6. Bina suasana yg ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama..bagi idea. ..tanya mereka..bukan cakap sepatah dua..tapi wujudkan semangat masa cakap dgn mereka.

7. Ulangan. Perkataan perkataan harian...kita boleh mulakan ulang byk kali. Mama, abah, mandi, makan,

8. Ubah habit ibu ayah dr byk tengok tv dan gadget. Ini terpaksa saya tulis. Demi anak anak kita. Bila kita seronok dgn komunikasi di alam maya..kita tak dapat wujudkan masa dan cinta untuk byk cakap dgn anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka.

9. Habis, kalau kami mmg orgnya jenis x banyak cakap? Takpe, demi anak kita, kita banyakkan lah cakap..

10. Berjuang untuk gunakan bahasa yang baik, bukan marah, herdik, menghina, mencaci. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar.

Jadikan semua di atas sebagai rutin.

InsyaAllah kita sama sama doakan ya. Setiap dr kita pasti ada ujiiannya masing masing berkaitan anak ni.

Kredit: FB Humaira' Parenting Cafe

Kesimpulannya untuk membantu anak bercakap, ianya memerlukan komunikasi dua hala antara ibu bapa dengan anak-anak. Walaupun penat bekerja, janganlah jadikan ianya sebuah alasan untuk tidak berkomunikasi dengan anak-anak.

Minimumkan stres, makan makanan yang seimbang, tidur yang cukup dan boleh juga mengambil suplemen untuk tambah tenaga. Setiap usaha yang kita lakukan, jangan lupa diakhiri dengan doa.

Ulang dan ulang bercakap dengan anak-anak. Semoga setiap usaha kita diberkatiNya. Jangan lupa amalkan tips di atas. Semoga anak anda lebih banyak bercakap dan semakin rapat dengan anda :)

3 ulasan:

  1. setuju semua info, yup..kurangkan Ipad, kalau yang memang guna untuk pembelajaran, maybe ok, but selalunya.idok ler kan, ahhaahaha

    psst, sis, nak tambah brg peribadi? Jommm join nihhhh :-

    http://nonasani.blogspot.my/2015/10/giveaway-nurfuzie-dot-com-1.html

    BalasPadam
  2. nice sharing ... memang patut galakkan anak-anak bercakap :)

    tapi bila anak-anak cakap tak berhenti, pening juga jadinya hehe :p

    BalasPadam
  3. anak2 el alhamdulilah mmg byk ckp
    lagi2 si abang tu..adoiii smpai kdg2 gewam ngan dia...hahaha terlalu ramah sgt pun susah ekeke

    BalasPadam