Assalamualaikum
1) Apabila anak-anak sudah pandai berjalan, ajarkan tatacara penggunaan tandas
2) Sediakan selipar kecil di dalam tandas dan bilik air untuk kegunaan anak-anak. Beritahu kepada anak bahawa mereka perlu menggunakan selipar kerana tandas kawasan banyak kuman dan mengelakkan kaki daripada terpijak najis yang berada di lantai
3) Ajarkan anak-anak agar menutup kepala setiap kali masuk ke tandas dan membaca doa sebelum masuk tandas
4) Ajarkan mereka cara menggunakan mangkuk tandas dan tidak kencing berdiri di lantai yang boleh menyebabkan lantai bernajis, memercik ke dinding dan berbau hancing
5) Selepas membuang air kecil atau air besar, ajarkan mereka cara menyuci najis. Penggunaan paip air dengan salur getah dapat membantu memudahkan anak menyuci najis dengan sendiri
6) Ajar anak berjimat cermat menggunakan air, jangan pasang air terlalu laju yang boleh menyebabkan pembaziran
7) Pam tandas, jirus sekeliling mangkuk tandas dan sekitarnya dengan air perlahan. Ini dapat mengelakkan air memercik ke badan
8) Basuh tangan dengan sabun dan bilas tangan hingga bersih
9) Jirus kepala paip dengan sedikit air
10) Sebelum keluar dari tandas, jirus air perlahan-lahan ke kaki
11) Buka selipar dengan cermat dan tinggalkan selipar dalam tandas
12) Baca doa keluar tandas
Ibu-ibu boleh la apply tips ini kepada anak-anak anda. Semoga bermanfaat :)
tang jimat tu xleh nak janji hahahah
BalasPadambudak2 mmg suka main air
kannn ... sampai ibu pun kalau boleh dia yang nak mandikan :)
Padambgus tips ni... kita xde anak lg, so xtau sgt lg ms bile patot start ajar ank guna toilet...bru tau lepas baca entri kaksue ni....thanks for sharing akk :D
BalasPadamdidikan dr rumah tu mmg penting....kalau kena caranya...insyaAllah....anak2 lebih berdisiplin
BalasPadam