5 Cara Sihat Buat Si Pemalas

Bukan semua orang rajin bersenam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja. Dengan masa yang terhad ianya membataskan golongan tersebut untuk bersenam.

senaman yang cepat bakar kalori

Lalu, apakah cara terbaik mendapatkan gaya hidup sihat  dalam soal menjaga tubuh cergas dan minda yang sihat? Ikuti panduan berikut.

1) Senaman atas katil
Sebaik sahaja celik jangan terus bangun, sebaliknya lakukan senaman di tempat tidur dahulu. Lakukan bangkit tubi atau senaman kaki dan tangan agar membantu memecahkan lemak di tubuh. Lakukan sekerap mungkin agar kalori dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan.

2) Gunakan tangga
Elakkan lif dan gunakan anak tangga samada di rumah ataupun di pejabat.

3) Berdiri sesekali
Bagi anda yang sibuk dengan urusan anak-anak di dapur, anda sebenarnya sedang melakukan senaman yang bagus. Terutama ketika berdiri dan berjalan untuk mengambil barang. Berkejar ke sana ke mari menguruskan hal rumah juga satu perkara yang baik untuk anda mengurangkan berat badan.

4) Ketawa
Tekanan boleh membuatkan anda hilang pertimbangan untuk fokus melakukan satu-satu pekerjaan. Sebaiknya gunakan cara paling mudah untuk mengembalikan kesihatan minda. Caranya cubalah ketawa atau mencari aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa.

Ia dapat mengurangkan rasa sakit, meredakan ketegangan malah meningkatkan fungsi kekebalan tubuh. Jadi, jika malas mahu melakukan senaman, apa kata praktik senaman mulut yang satu ini.

5) Peluklah pasangan
Anda akan bertambah tenang sewaktu anda memeluk pasangan yang anda cintai. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Barat, pelukan yang menenangkan boleh membebaskan hormon kortisol sekaligus mengurangkan peratus tekanan yang dialami.

Selamat mencuba :)

Sumber: Mingguan Wanita Okt 15

2 ulasan:

  1. malas beno nak guna tangga kat ofis ni haha

    BalasPadam
  2. hahaha ... tips yang sesuai untuk saya :)

    BalasPadam