5 Langkah Cara Membuat Air Selusuh Supaya Mudah Bersalin

Air selusuh terkenal sebagai petua Melayu lama di kalangan ibu hamil di akhir-akhir usia kandungan. Ianya diminum sewaktu sudah ada rasa sakit. Air selusuh sebaiknya dibuat oleh suami sendiri sebagai ikhtiar untuk isteri mudah bersalin.


5 cara membuat air selusuh hasil perkongsian petua dari Ustaz Don (Majalah Wanita Jun 2014).

1) Membaca surah al-Fatihah


2) Membaca surah al-Hasyr (21-24)


Terjemahan:

21. Kalau sekiranya kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24. Dialah Allah yang menciptakan, yang Menagadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3) Membaca selawat syifa'


4) Membaca doa selusuh
"Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepada surah Maryam, ringankalah daripadanya (nama Isteri) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."

5) Membaca doa pemudah
"Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin."

Selamat mencuba. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu hamil yang hampir bersalin insyaAllah.

5 ulasan:

  1. Salam jumaat....
    bgs perkongsiam nie...
    simpan untuk rujukan :)

    BalasPadam
  2. salam jumaat sue ... nice sharing.

    p/s jangan lupa emailkan alamat kay :)

    BalasPadam
  3. salam Jumaat...tips sihat susu banyak bagi para ibu2

    BalasPadam
  4. yeeee.. ada penah tahu pasal ni.. so far da sorang sepupu guna
    air ni sebab anak dia doc saspek songsang.. first time ngandong jadi ikhtiar dia..

    alhamdulillah izin Tuhan.. time bersalin anak pusing elok balik..

    BalasPadam