Berat Badan Ideal Untuk Ibu Hamil

Masalah kenaikan berat badan semasa hamil sukar dikawal. Suka atau tidak, berat badan akan bertambah semasa hamil. Sedangkan kenaikan berat badan yang ideal amat diperlukan untuk mengoptimumkan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

berat badan ideal ibu hamil

Kepentingan pertambahan berat badan:
  • Membentuk fizikal bayi dalam rahim, penambahan saiz organ-organ anda bagi menyokong proses kehamilan.
  • Menyediakan tenaga simpanan untuk digunakan ketika proses kelahiran bayi.
  • Berat badan yang kurang naik boleh meningkatkan risiko anda melahirkan bayi pramatang kurang daripada 37 minggu usia kehamilan atau bayi dengan berat badan lahir rendah iaitu di bawah 2.5kg.
  • Kegagalan menyusu si manja dalam tempoh sejam selepas dia dilahirkan sering terjadi kepada si ibu hamil yang mengalami masalah kurang kenaikan berat badan ketika hamil.
  • Ibu hamil hanya memerlukan tambahan 300 kalori sehari sepanjang jangka masa hamil. Dikatakan, ia sama seperti anda hanya perlu menambah sekeping roti gandum penuh yang disapu dengan sesudu besar mentega kacang.

Kenaikan Berat Badan Berlebihan Akan Menyebabkan:
  • Meningkatkan risiko anda mengidap diabetes dan tekanan darah tinggi.
  • Melahirkan bayi besar iaitu lebih empat kg.
  • Si kecil akan mengalami berbagai-bagai gangguan kesihatan yang berhubungan dengan berat badan yang berlebihan.
  • Si kecil berisiko lebih tinggi untuk menjadi kanak-kanak obes kelak.
  • Anda sukar kembali ke berat badan asal sebelum hamil. 
  • Anda turut berisiko menderita pelbagai jenis gangguan kesihatan.

Panduan Kenaikan Berat Badan Ideal:
  • Pada tiga bulan pertama kehamilan, jika berat badan anda tergolong normal, tidak mengapa jika berat badan bertambah kurang daripada 2kg ataupun sedikit menurun. Apatah lagi jika anda kerap muntah awal kehamilan. Tambahan kalori antara 150 hingga 200 kalori iaitu sama dengan 170gram yogurt rendah lemak, biasanya cukup untuk melengkapkan keperluan kalori ibu hamil di masa hamil.
  • Kenaikan berat badan lebih penting untuk diperhatikan pada trimester kedua dan ketiga. Anda harus menambah sebanyak 1.5kg hingga 2kg setiap bulan.
  • Jika berat badan anda normal atau kurang berat badan, lazimnya anda memerlukan tambahan 340 kalori/hari pada trimester kedua dan 450 kalori/hari pada trimester ketiga.
  • Bagi yang terlebih berat badan pada awal kehamilan, anda perlu mengawal pemakanan dan senaman yang selamat untuk ibu hamil seperti berjalan kaki atau berenang.

Info: Carta Pemakanan Yang Disyorkan

Berat badan sebelum hamil. Kenaikan berat badan yang disyorkan.

1) Berat badan kurang (BMI kurang 18.5-24.9): 17-25kg

2) Berat badan berlebihan (BMI 25-29.9): 14-23kg

3) Obes (BMI lebih 30): 11-19kg

Sumber: Mingguan Wanita Okt 2015

Shaklee menawarkan set kehamilan bagi membekalkan nutrisi yang cukup kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Apa yg ada dlm set-pre natal Shaklee? ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix.

vitamin untuk ibu hamil

Untuk mengetahui fungsi setiap vitamin boleh KLIK SINI.

Bersama Shaklee untuk menikmati proses kehamilan yang sihat dan indah. Jangan tunggu lagi... Ayuh buat pilihan bijak untuk anda dan bakal zuriat dalam kandungan anda.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan