Kanser Payudara Bukan Penamat Hidup

Kanser payudara merupakan musuh utama wanita. Ia menjadi antara punca utama kematian wanita. Tahukah anda bahawa bulan Oktober merupakan bulan kesedaran kanser payudara sedunia?

Kempen tahunan ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyakit ini. Ramai yang sedar tentang bahaya kanser payudara namun hanya sedikit yang mengambil langkah awal untuk mengesan penyakit berbahaya ini.

mammogram

Kempen Kesedaran
Sebenarnya kempen tentang kesedaran ini bukan sahaja dibuat hanya setahun sekali melalui Pink Oktober tetapi diluaskan kepada kempen mammogram dan pemeriksaan sendiri payudara melalui NGO Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

breast cancer

Selain itu ceramah-ceramah oleh doktor diperlukan untuk memberi tunjuk ajar cara pemeriksaan sendiri payudara. Sekurang-kurangnya ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kanser payudara dan rawatan yang patut diberikan.

Rasai perubahan
Kanser payudara adalah kanser yang utama yang terjadi di kalangan wanita Malaysia. Dikatakan 1:19 wanita adalah berisiko.

Mengikut skala bangsa:
Cina -1:14 (Namun, kaum Cina dikatakan cepat mendapatkan rawatan dan sembuh)
Melayu -1:24
India - Di antara kedua-dua

Seseorang berisiko
Semakin berumur, seseorang itu akan lebih berisiko. Di Malaysia, 50% dari wanita mengidap kanser payudara berumur 50 tahun ke bawah.

Manakala di Barat, 50% daripada wanita berumur lebih dari 50 tahun ke atas. Tetapi, sekiranya seseorang wanita mempunyai sejarah keluarga, risiko dan umur boleh berubah. Malah, ada wanita yang mengalami kanser payudara antara umur 20-30 tahun.

Wanita Mempunyai Anak Berisiko Tinggi
Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah pendedahan kepada hormon estrogen yang lebih. Contohnya:
  • Akil baligh pada usia muda dan mencapai menopaus pada umur 50-an 
  • Tidak pernah melahirkan anak atau bersalin selepas umur 30 tahun 
  • Tidak menyusukan anak langsung atau kurang daripada 6 bulan 
  • Mengambil rawatan gentian hormon lebih dua tahun atau pil perancang 
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan 
  • Obesiti (kerana sel lemak mengeluarkan estrogen)
Langkah Awal Yang Boleh Anda Lakukan
  • Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan 5 hari selepas haid
  • Bersalin anak pertama sebelum usia 30 tahun
  • Berilah susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
  • Elakkan berat badan yang berlebihan
Antara penyebab kanser payudara ialah:
  • Keluar haid sebelum berumur 12 tahun
  • Mempunyai sejarah kanser payudara dalam kalangan ahli keluarga
  • Obesiti
Saranan doktor
Sekiranya anda merasai sebarang perubahan pada payudara seperti benjolan, kesakitan atau perubahan warna kulit anda patut berjumpa dan tunjukkan kepada doktor.

Paling penting anda perlu ada motivasi diri untuk membuat pemeriksaan sendiri dan pendedahan awal tentang kanser payudara.

Sumber: Rapi Okt 2015

Shaklee juga ada produk yang diperbuat daripada anggur muscadine yang bertindak sebagai anti penuaan dan anti kanser. Ia dikenali sebagai Vivix.

anggur muscadine

Vivix bukan sahaja mengandungi resveratrol, malah kaya dengan 15 polifenol yang bertindak sebagai antioksidan dan antipenuaan sel. 

polifenol

Hasil gabungan antara resveratrol dan polifenol telah menjadikan Vivix 10 kali ganda lebih baik dari resveratrol yang terdapat dalam jus anggur biasa atau wain (minuman keras).

Pelbagai testimoni Vivix KLIK SINI dan SINI.

Nikmatilah sebotol Vivix anda sekarang. Saya yakin anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

faedah menjadi ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

3 ulasan:

  1. satu perkongsian yang sangat baik untuk wanita, terima kasih suhaila , salam awal muharam dari kak ana .:)

    BalasPadam
  2. insyaAllah...dengan pertolongan Allah...penyakit dpt disembuhkan...kena selalu berdoa dan berusaha....

    BalasPadam