Assalamualaikum.


Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.

Salam Jumaat kawan-kawan.



Semoga kita semua dapat mengamalkan tujuh kunci kebahagiaan tersebut dalam kehidupan seharian insyaAllah. 
Malaysia Islamic Children's Fair (MICF) akan menganjurkan Pesta Kanak-kanak Islamik terbesar yang akan diadakan pada 27-29 November 2015 di Shah Alam Convention Centre.

pameran kanak-kanak terbesar

Terdapat pelbagai booth jualan yang menawarkan potongan harga yang istimewa untuk semua pengunjung. Selain itu, ada juga disediakan games untuk anak-anak yang melibatkan kerjasama ibu bapa.

Jangan lepaskan peluang cuti sekolah ini untuk bawa anak-anak anda ke sana ye..

Enjoy :)
Cirit birit menyebabkan badan individu banyak kehilangan air dan menyebabkan badan keletihan tidak bermaya. Biasanya doktor akan membekalkan garam Oral Rehydration Salt (ORS). ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Selain mengambil ORS, anda juga boleh mencuba petua yang saya kongsikan.


1) Mulakan dengan diet cecair
Air, air teh cair, jus epal, sup kosong sebaik sahaja bermula cirit birit atau anda rasa ia akan bermula. Air kosong menjaga usus daripada bekerja terlalu keras dan membantu mencegah kerengsaan.

2) Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Badan anda mungkin mendapati jumlah yang lebih kecil lebih mudah untuk dihadam.

3) Selepas dua hari cirit birit, tambah makanan yang rendah serat sedikit demi sedikit. Ini akan membantu mengurangkan kerengsaan usus dan memberikan anda beberapa nutrien.

4) Minum sekurang-kurangnya secawan cecair selepas keluar dari tandas supaya anda tidak mengalami dehidrasi.

5) Makan makanan yang kaya dengan pektin seperti epal, pisang dan yogurt. Pektin, serat larut air, membantu mengurangkan cirit birit.

6) Makan makanan yang mempunyai banyak potassium seperti jus buah-buahan, minuman sukan, kentang tanpa kulit dan pisang. Potassium sering hilang melalui cirit birit.

7) Makan makanan yang tinggi sodium seperti sup, minuman isotonik dan keropok. Garam membantu anda mengekalkan air supaya anda tidak mengalami dehidrasi.

8) Dapatkan protein yang mencukupi. Ini boleh membantu anda mengelakkan keletihan.

9) Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dimasak, bukan mentah. Boleh juga mencuba sup yang dibuat  dengan sayur; sup asparagus, lobak merah, cendawan, saderi atau tomato puri atau kentang panggang tanpa kulit.

10) Elakkan kafein, alkohol, atau minuman berkarbonat dan makanan yang sangat panas atau sejuk. Ini kerana makanan tersebut boleh menyebabkan kerengsaan  dan keradangan pada saluran pencernaan anda.

11) Elakkan lemak yang tinggi, makanan goreng dan berminyak. Mereka boleh menyebabkan cirit-birit.

12) Elakkan makanan yang menyebabkan gas, seperti minuman berkarbonat. Minuman bergas boleh mengakibatkan cirit-birit menjadi lebih teruk.

13) Hadkan susu  dan produk tenusu. Ini akan memberi beban pada usus kerana sukar untuk dihadam dan menggalakkan lagi proses cirit birit.

Semoga cepat sembuh :)
Elakkan pengambilan snek ringan yang tidak elok untuk kesihatan. Masih banyak kudapan lain yang boleh anda ambil bagi memenuhi tabiat mengunyah itu. Sebagai contoh, kekacang sihat boleh anda makan untuk mendapatkan nutrisi tambahan.


1) Kacang badam

  • Mengandungi 20 kali lebih protein  berbanding bijirin lain
  • Membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Kandungan asid folik mengelakkan saluran darah menjadi sempit
  • Mengatasi masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko serangan batu karang

2) Kacang menglembu

  • Mengandungi zat besi, kalsium, vitamin E dan vitamin B Kompleks
  • Mempunyai jumlah protein yang lebih tinggi dari daging, telur, dan kacang soya
  • Kandungan minyak di dalam kacang menglembu berfungsi untuk 'mencuci perut'
  • Membantu penambahan susu ibu (pengambilan bersama susu kambing)

3) Kacang gajus

  • Mengatasi keroskan gigi dan mulut berbau
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Kaya vitamin B5, B6, dan B1
  • Baik untuk kesihatan mata

4) Kacang pis

  • Melancarkan aliran darah
  • Mengatasi kewuhudan darah beku
  • Baik untuk sistem penghadaman dan kekuatan tulang
  • Memperbaiki metabolisme tubuh

5) Kacang kuda

  • Sumber terbaik zink, asid folat dan protein
  • Kaya kandungan serat serta rendah lemak
  • Kandungan kalsium sama seperti pengambilan yogurt atau susu
  • Baik diamalkan oleh pengidap diabetes

6) Kuaci (biji matahari)

  • Meredakan gejala PMS
  • Meningkatkan penghasilan sperma
  • Mencegah retrolental fibroplasia (penyakit mata dalam kalangan bayi pra matang)
  • Mengurangkan risiko kanser prostat
  • Memperlahankan masalah nyanyuk

Info kekacang
  • Anda boleh menikmati kekacang bukan secara kerap. Ia boleh menyebabkan kering tekak. Jika anda makan terlalu kerap, anda cenderung mendapat sakit tekak.
  • Memandangkan kekacang bukanlah makanan yang mudah rosak, ada baiknya anda membawa bekalan ke mana sahaja anda pergi. Tabiat ini dapat mengelakkan anda daripada membeli snek yang tidak sihat.
  • Elakkan kekacang yang ditambah gula, garam atau sebarang bahan perasa kerana jika begitu, ia sudah jadi snek ringan yang tidak elok untuk kesihatan.
Ketika kehamilan, anda mungkin ingin membuang air kecil dengan kerap, walaupun pundi kencing anda kosong. Pada akhir kehamilan, ramai wanita terasa seperti ingin membuang air kecil dengan lebih kerap. Ramai wanita hamil akan mengalami sedikit kebocoran air kencing ketika batuk, gelak, bersin atau bersenam. Ia adalah sesuatu yang biasa jika anda terasa seperti ingin membuang air kecil.


Bagaimanakah pundi kencing berfungsi?
Pundi kencing ada otot yang berbentuk seperti belon yang menyimpan air kencing. Otot-otot di bawah pundi kencing memastikan uretra (tiub di mana air kencing disingkirkan dari badan anda) tertutup untuk menghalang air kencing daripada terbocor.

Penyebab pembuangan air kecil yang kerap ketika kehamilan
Kekerapan anda ke bilik air bergantung kepada peringkat kehamilan anda. Kadangkala, anda akan terasa untuk membuang air kecil dengan lebih kerap dan kadangkala, anda akan terasa seperti normal.
  • Pada minggu-minggu pertama kehamilan, tubuh badan akan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang boleh menyebabkan anda untuk sentiasa membuang air kecil.
  • Tubuh badan anda mengandungi lebih banyak cecair ketika kehamilan.
  • Ginjal anda akan ‘bekerja keras’ ketika kehamilan untuk menyingkirkan bahan-bahan bertoksik yang terkandung di dalam tubuh badan anda.
  • Ketika uterus membesar pada trimester kedua, ada wanita berkata mereka kurang membuang air kecil berbanding dahulu
  • Ketika akhir kehamilan, bayi akan ke posisi bawah untuk proses kelahiran. Ini akan meningkatkan tekanan kepada pundi kencing anda, yang akan menyebabkan pembuangan air kecil yang lebih kerap.
  • Tekanan ini boleh kejutkan anda pada waktu malam untuk membuang air kecil
  • Ia juga boleh menyebabkan kebocoran air kencing, terutamanya jika otot di sekeliling uretra tidak begitu kuat.
Selepas kelahiran
Beberapa hari selepas kelahiran, anda mungkin membuang air kecil dengan kerap kerana tubuh badan anda sedang menyingkirkan cecair yang berlebihan. Akan tetapi, selepas itu, keinginan anda untuk membuang air kecil akan kembali normal.

Apa yang boleh anda lakukan
Berikut adalah beberapa tipuntuk menangani pembuangan air kecil atau kebocoran ketika kehamilan:

1) Elakkan daripada minuman berkafein
  • Kafein boleh menyebabkan anda untuk membuang air kecil dengan lebih kerap. 
  • Elakkan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan dan minuman berkafein yang lain.
2) Lakukan senaman kegel
  • Senaman ringkas ini boleh membantu menghalang air kencing dengan menguatkan otot-otot yang memastikan uretra tertutup. Senaman ini juga boleh membantu menyediakan otot-otot untuk proses kelahiran.
  • Lakukan senaman ini dengan mengetatkan otot yang anda gunakan untuk menghalang air kencing daripada terkeluar. Pastikan anda menahannya selama 10 saat.
  • Lakukan sebanyak 10 hingga 20 kali, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
3) Elakkan daripada meminum air sebelum tidur
  • Minumlah air pada waktu siang untuk mengelakkan terjaga pada waktu malam untuk ke bilik air.
  • Kurangkan pengambilan air pada waktu petang dan malam.
  • Pastikan anda meminum air jus yang banyak pada waktu siang untuk mengelakkan dehidrasi.
4) Kosongkan pundi kencing anda
  • Untuk menghalang kebocoran, pastikan pundi kencing anda tidak penuh.
  • Elakkan menahan apabila perasaan ingin membuang air kecil hadir. Ini boleh menyebabkan pembuangan air kecil yang kerap.
  • Apabila anda membuang air kecil, cuba sendengakan badan ke hadapan untuk mengosongkan pundi kencing anda. Anda harulah mengosongkan pundi kencing sebelum bersenam.
5) Pakailah pad atau panty liner
  • Pad atau panty liner boleh memberi perlindungan kepada seluar dalam anda jika air kencing terbocor apabila anda batuk atau bersin.
Bilakah waktunya untuk telefon doktor anda
Jumpalah doktor anda dengan serta merta jika anda mempunyai petanda-petanda ini:
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Perasaan ingin membuang air kecil sejurus selepas membuang air kecil
  • Demam
  • Darah di dalam air kencing
Petanda-petanda ini mungkin bermaksud anda mempunyai jangkitan salur kencing (urinary tract infection –UTI), jangkitan biasa yang dihadapi wanita hamil. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius atau kelahiran pramatang.
Assalamualaikum.

Salam Jumaat Mubarokah :)


1) Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintahNya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah.

2) Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

3) Berakhlak dengan ibu bapa, memuliakan mereka serta membantu menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.

4) Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5) Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumah tangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

Semoga kita semua dapat mencontohi dan berakhlak seperti yang ditulis di atas insyaAllah.
Mengasingkan tempat tidur si manja ke tempatnya sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, tambah-tambah lagi bagi si cilik yang sudah terbiasa tidur dengan anda sejak usia bayi lagi. Pada peringkat awal, mungkin berlaku cabaran penolakan. Untuk mengatasinya si ibu atau ayah perlu menjelaskan kepada si manja pada usianya kini, dia perlu tidur berasingan.


1) Tegas dan sabar
Menukar sebarang tabiat mengambil masa. Ibu dan ayah perlu tegas menentukan gol iaitu tempoh masa diberikan supaya si manja boleh tidur sendiri. Misalnya dalam masa sebulan dan menyusun strategi supaya misi tersebut mencapai matlamat tersebut. Sabarlah menghadapi karenah si manja dalam tempoh itu. Ingat, konsisten adalah kunci!

2) Biasakan diri dengan katil



Lakukan secara berperingkat dan usah mengharapkan si manja boleh terus sendirian dalam masa yang singkat. Mula-mula anda mungkin boleh meletakkan katilnya di dalam kamar anda dan biarkan dia membiasakan diri dengan katilnya terlebih dahulu. Pujuklah dia tidur di katilnya sendiri. Kemudian bolehlah dialihkan ke biliknya selepas dia sudah terbiasa dengan katilnya sendiri.

3) Temani dirinya
Anda boleh menemaninya selama seminggu atau pada satu tempoh masa yang diperlukan olehnya sehingga dia terbiasa tidur sendirian di kamarnya sendiri.

4) Masukkan elemen anda
Letakkan barangan peribadi anda di dalam kamarnya supaya dia boleh merasakan kehadiran anda di kamarnya. Selain itu,adakan aktiviti di biliknya seperti solat, bermain, membaca atau mengaji Al-Quran supaya nruang kamarnya tidak terlalu sunyi. Berikan persepsi positif! kepada kamarnya dan elakkan menjadikan biliknya sebagai ruang untuk memarahinya atau mendendanya.

5) Elakkan mesej mengelirukan
Berikan reaksi yang meyakinkan. Elakkan memberikan luahan perasaan yang berbeza untuk mengelakkan si manja keliru. Misalnya si manja sudah berjaya tidur sendirian selama seminggu dan anda memberikan imbalan dengan mengajaknya idur di kamar anda. Hal yang sebegini membuatkan si manja keliru dan akhirnya tidak mampu mengekalkan rutin tidur sendirian.

6) Ucapkan kata semangat
Jika si manja menangis, bertenanglah serta ucapkanlah kata-kata semangat yang positif. Katakanlah bahawa dia anak yang baik kerana cuba untuk tidur sendirian dan kini adalah waktu untuk tidur. Hal ini dilakukan supaya si manja anda tahu dia selamat dan membuatkan dia tahu anda bukanlah tidak menyayanginya lagi.

7) Cipta rutin tidur

Ciptakan rutin tidur. Jika anda mahu dia tidur pada jam 9.30 malam, maka rancang aktiviti yang santai seperti mendengar cerita yang dibacakan oleh anda, mendengar bacaan Al-Quran atau muzik pada sejam sebelumnya. Hal ini akan supaya si manja boleh menenangkan dirinya. Malapkan pencahayaan di kamar tidurnya.

8) Imbalan 
Berikan imbalan jika dia berjaya tidur di kamarnya sendirian, berikan hadiah seperti sesi memasak bersama-sama, pelekat dinding kamar, mainan dan lain-lain sebagai galakan.

Pengalaman Sue pula, selepas anak bercerai susu, dalam umurnya 2 tahun setengah, Sue biasakan anak-anak bermain di dalam biliknya sendiri sambil Sue temani. Alhamdulillah, sekarang ni anak yang sulong 5 tahun dan anak kedua 3 tahun sudah tidur di kamar mereka sendiri.

Parents boleh cuba panduan di atas. Semoga berjaya :)
Nutrisi post natal adalah mengenai pemulihan, penyembuhan dan membantu anda mengatasi kesan selepas kelahiran. Meredakan keradangan dan menghalang jangkitan di bahagian peranakan adalah prioritinya malah ia melegakan kesakitan, memudahkan pergerakan usus dan pengaliran susu boleh dibantu dengan makanan yang mempunyai nutrien.

set post natal shaklee

Makanan yang berkualiti dan baik dapat memberikan tenaga dan mood serta menyediakan anda dengan nutrien-nutrien anti-stress yang penting seperti zink, vitamin B dan magnesium. Jika anda menyusu badan, ia adalah amat penting kerana semasa penyusuan anda perlu sihat dan bayi anda memerlukan nutrien-nutrien untuk membesar.

Penghasilan susu memerlukan sekurang-kurangnya 500 kalori tambahan dalam sehari dan ia perlu diperolehi daripada makanan yang mempunyai kandungan nutrien yang banyak.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan

Oren diketahui mempunyai kandungan vitamin C yang menyembuh dan menyediakan satu bentuk kalsiaum tercerna dengan mudah yang memberikan perlindungan kepada tulang post natal.

Kalsium adalah satu kepentingan optimum pada kehamilan. Pertama, simpanan yang digunakan semasa kehamilan untuk perkembangan rangka tulang bayi perlu diganti. Kalsium diambil dari tulang dan gigi dan bukan daripada diet. 

Keperluan ibu-ibu yang menyusu badan harus dipenuhi kerana mereka berterusan memberikan kalsium, vitamin C yang mana ia diperlukan untuk menghasilkan kolagen yang hadir di dalam semua struktur tubuh kita.

Vitamin C tidak boleh disimpan di dalam tubuh  dan harus digunakan setiap hari. Satu kekurangan akan muncul dengan sendiri selepas anda bersalin seperti kualiti rambut,kuku dan kulit yang merosot. Manakala tulang dan gigi pula akan menjadi rapuh.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini

Antioksidan yang terdapat di dalam oren membantu mengurangakan simptom-simptom keradangan seperti mastitis dan penyembuhan luka yang lambat.
  • Kalsium dibekalkan kepada bayi di dalam susu ibu dan ia memastikan tulang dan gigi ibu kekal sihat pada kadar optimum selepas hamil
  • Vitamin C menggalakkan kolagen untuk memperbaiki rambut, kulit dan kuku
  • Kandungan antioksidan yang tinggi membantu mengurangkan keradangan yang dikaitkan dengan mastitis dan kapasiti penyembuhan yang rendah
Tip praktikal:
Memakan sebiji oren adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan nutrien. Anda mendapat lebih antioksidan dan penggalak penyembuhan dengan memakan sebiji oren segar daripada meminum jusnya dan mendapat serat daripada oren bermakna anda mengelakkan diri daripada pengambilan gula yang berlebihan.

Untuk pengetahuan anda semua, Set Bersalin Shaklee memenuhi semua kriteria-kriteria utama di atas. Nak tahu kenapa dan bagaimana vitamin-vitamin yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee mampu membantu anda untuk menjadi lebih sihat ketika di dalam selain merangsang penghasilan susu yang lebih meriah ketika di dalam pantang? Jemput baca di SINI.

set postnatal shaklee

Jom tengok testimoni customer yang telah mencuba:

Testimoni 1: Susu terpancut-pancut, luka jahitan cepat baik, badan rasa segar dan bertenaga


Testimoni 2:  Badan bertenaga, luka cepat sembuh, tidak kena bentan


Lagi testimoni KLIK SINI dan SINI.

Sepanjang bulan November ini sedang berlangsungnya promosi vitamin C.

- Beli 6 PERCUMA 1 (RM588.30)
- Beli 2 diskaun 5% (RM186.30)

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan stok vitamin C anda pada harga yang lebih menjimatkan.

Saya percaya set berpantang Shaklee dapat membantu menambah baik kesihatan ibu semua. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. Harga set ini adalah RM451 tidak termasuk postage. Set ini mampu bertahan sehingga 4-6 bulan makan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Punca yang menimbulkan kesan regangan datang daripada beberapa faktor. Tekanan terhadap kulit seperti pertambahan berat badan mendadak dan kehamilan adalah antara penyebabnya.

Lazimnya, kesan regangan paling kerap berlaku di bahagian perut. Ia timbul selepas bersalin. Kesan yang ada ini tidak akan hilang dengan sendirinya tetapi memerlukan rawatan. Selain daripada rawatan moden, terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur rumah anda.

Panduan-panduan berikut boleh anda cuba dan lihatlah hasilnya nanti.


1) Aloe vera


Lidah buaya mengandungi kolagen yang sangat bagus untuk pembaikan kulit

Bahan-bahan:
- Daun lidah buaya
- Air biasa mencukupi

Cara-cara:
1) Buang duri dari kulitnya
2) Keluarkan gel dari bahagian dalam daun
3) Sapukan gel terus ke bahagian bermasalah
4) Biarkan selama 2 jam
5) Basuh dengan air

2) Aprikot

Anda boleh menggunakan aprikot dengan menjadikannya sebagai skrub

Bahan-bahan:
- Dua atau tiga biji aprikot
- Air suam mencukupi

Cara-cara:
1) Potong buah aprikot dan keluarkan bijinya
2) Lenyekkan buah ini untuk mendapatkan pesnya
3) Tampal pes aprikot pada kawasan kesan regangan
4) Biarkan kira-kira 15-20 minit
5) Basuh dengan air suam

Amalkan panduan ini setiap hari sebelum tidur. Anda digalakkan untuk melakukannya dua kali sehari selama sebulan.

3) Kentang


Kentang adalah makanan super food kerana ia mengandungi asid lemak dan pelbagai fitokimia seperti karotenoid dan polifenol. Ia juga mempunyai banyak vitamin dan mineral termasuk vitamin C, B Complex, kalium, magnesium, kalsium, fosforus dan zink. Oleh kerana kentang mampu merangsang kolagen dan sintesis elastin, ia berkesan memulihkan semula sel-sel kulit kesan regangan anda.

Bahan-bahan:
- 1 biji kentang bersaiz sederhana
- Air suam mencukupi

Cara-cara:
1) Potong kentang menjadi kepingan bersaiz tebal
2) Letakkan kepingan kentang dan gosok secara perlahan-lahan di kawasan regangan
3) Pastikan air daripada kentang meresap ke kulit bahagian regangan
4) Biarkan selama 5-10 minit

4) Lemon


Lemon merupakan agen peluntur semulajadi yang sangat berkesan. Alfa hydroxy asid (AHA) dan vitamin C dalam lemon sangat penting kerana fungsinya membuang kulit mati dan menjadikan kesan regangan anda pudar dalam masa yang singkat.

Bahan-bahan:
- Sebiji lemon
- Air suam mencukupi

Cara-cara: 
1) Potong lemon kepada dua bahagian
2) Ambil separuh daripada lemon itu dan perlahan-perlahan sapukan pada kawasan kesan regangan
3) Sambil itu, perahkan sedikit demi sedikit jus dari lemon pada kawasan berkenaan
4) Lakukannya sekurang-kurangnya 10 minit
5) Kemudian cuci dengan air suam

Untuk menjadikan petua ini lebih berkesan, anda boleh mencampurkan jus lemon dengan bahan-bahan lain dalam kuantiti yang sama. Contohnya 1 sudu besar jus lemon dengan 1 sudu besar jus yang lain seperti timun, kentang atau tomato.

5) Minyak vitamin E

Vitamin E  adalah antioksidan yang mampu menembusi lapisan kulit dan membantu proses penyembuhan luka semulajadi semasa membuang parut di atasnya.

Bahan-bahan:
- 1 biji kapsul vitamin E
- Air bersih

Cara-cara:
1) Cucuk kapsul menggunakan jarum peniti dan keluarkan minyak vitamin E itu
2) Sapu rata ke permukaan kulit di kawasan regangan kulit
3) Biarkan selama 40 minit. Kemudian basuh

6) Putih telur


Putih telur mengandungi 40 protein berbeza. Ia juga kaya dengan kolagen dan vitamin A. Ia boleh merawat parut dengan berkesan.

Bahan-bahan:
- Sebiji telur
- Minyak zaitun
- Air secukupnya

Cara-cara:
1) Pisahkan putih telur daripada telur
2) Pukul putih telur dengan garfu perlahan-lahan
3) Campurkan bersama dengan minyak zaitun
4) Sapukan pada kawasan kesan regangan
5) Biarkan selama 15 minit
6) Basuh dengan air

7) Alfalfa


Kaya dengan asid amino , vitamin E dan K, alfalfa digunakan untuk memudarkan kesan regangan kerana ia dikatakan bertindak sebagai toner yang bagus untuk kulit.

Bahan-bahan:
1) Tiga hingga empat biji alfalfa
2) Minyak chamomile
3) Air mencukupi

Cara-cara:
1) Tumbuk alfalfa sehingga menjadi serbuk
2) Campurkan dengan minyak chamomile dan jadikannya sebagai pes
3) Tampal pada kawasan regangan
4) Biarkan selama 15 minit
5) Basuh dengan air
6) Lakukan setiap hari untuk kesan yang lebih cepat

8) Air kosong


Tiada ubat yang mampu berfungsi dengan baik jika kulit terhidrat. Oleh itu, minum air mencukupi sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari. Bukan sahaja kulit terhidrat malah tubuh akan menyingkirkan toksin dan mengembalikan keanjalan kulit.

Selain daripada menjaga kulit agar sentiasa terhidrat, anda juga perlu menjaga pemakanan. Kekurangan sumber nutrien akan menjejaskan usaha anda menganjalkan semula kulit kawasan kesan regangan.

Mengambil protein mencukupi setiap hari seperti kacang, ikan, putih telur, yogurt, badam dan lain-lain di samping makanan  yang tinggi dengan vitamin C dan E akan menggalakkan pertumbuhan tisu kulit.

Cili, jambu, sayur-sayuran hijau, brokoli, betik, oren, strawberi sangat kaya dengan vitamin C. Manakala bayam, kacang, minyak zaitun, buah-buahan tropika seperti betik dan kiwi, gandum pula tinggi dengan kandungan vitamin E.

Elakkan lemak tepu dalam diet kerana ia menyebabkan pertambahan berat badan. Ia juga boleh menyebabkan regangan kulit berlaku menjadikan kesan regangan bertambah hodoh.

Assalamualaikum.

Nak mengajar anak-anak mengenal huruf hijaiyyah tidak terhad kepada buku sahaja. Kini, terdapat pelbagai cara yang lebih menarik untuk mengajar anak-anak mengenal huruf Al-Quran antaranya ialah flashcard, board game, puzzle, fridge magnet dan lain-lain.

Istimewa buat semua pengunjung blog sihatitunikmat, Sue kini membuka preorder fridge magnet arabic english hijaiyyah. Maklumat lanjut seperti di bawah.

[PREORDER] 

Arabic Hijaiyyah Fridge Magnet




ARABIC/ENGLISH HIJAIYYAH FRIDGE MAGNET.

Ia adalah yang pertama di pasaran untuk membantu anak-anak mengenal huruf alquran sekaligus mendalami ilmu bahasa arab. Direka dengan ilustrasi gambar yang menarik dan ceria.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
Kenapa perlu memiliki arabic/english hijaiyyah fridge magnet?

✅28 huruf hijaiyah beserta perkataan haiwan-haiwan dalam bahasa arab & english.

✅ Warna-warna yang menarik dan haiwan yang menceriakan.

✅ Size normal badge 5cmx5cm yang mudah dibawa kemana-mana.

✅ Boleh dilekat di fridge, whiteboard, mana-mana permukaan besi.

✅ Mudah disimpan kerana disediakan bag/pouch

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Tarikh PRE ORDER (11/11-18/11 2015)

Harga asal rm60
Harga PROMOSI rm55 (1 set 28 huruf/badges)

Harga promosi hanya untuk 100 orang terawal yang membuat tempahan.

Kos penghantaran PERCUMA untuk pelanggan yang membeli 5 set.
(Boleh kumpul order dengan saudara mara atau sahabat handai )

Ingin mendapatkannya??
Whatsapp : +6013 4774 285
Assalamualaikum.

Mendidik anak untuk solat perlu dimulakan sedari kecil lagi. Ketika umur anak menjangkau 10 tahun jika tidak solat barulah dipukul. Pukul tu pula ada batas dan adabnya. Bukan main semberono jer pukul.

Matlamat pohon solat:

Credit: Puan Azila Aziz
  • Pembelajaran santai sambil bercerita mengenai SOLAT bersama si ANAK
  • Mendidik ANAK cintakan SOLAT Dan SOLAT di awal waktu
  • Meningkatkan motivasi diri ANAK untuk SOLAT Kerana Allah
  • Mendidik ANAK untuk DISIPLIN SOLAT
  • Melahirkan generasi cintakan SOLAT
Bagaimana pohon solat ini berfungsi?
Klik Sini untuk maklumat lanjut.

Berminat untuk belajar mengenai pohon solat? 
Anda dialu-alukan untuk hadir bersama pada hari Sabtu ini bertempat di Subang.

Jumpa nanti di sana :)
Assalamualaikum.

Sudah lama sebenarnya anak sulong Sue minta buatkan playdoh. Baru-baru ini Sue berkesempatan membuat sendiri playdoh. Resepi playdoh credit kepada group Homeschooling Genius Syurga.

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung
1/2 cawan garam yang dikisar halus
1 cawan air mendidih
2 sudu kecil cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
Perasa ros/vanilla/pandan/ essential oil
Pewarna

diy homemade playdoh

Cara-caranya:
1) Masukkan semua ke dalam mangkuk kecuali air dan pewarna, gaul dengan tangan biar semua sebati
2) Masukkan air mendidih kacau dengan sudu, bila dah suam sikit uli dengan tangan
3) Bahagikan dan campur pewarna uli lagi
4) Simpan dalam peti sejuk dalam bekas tertutup, tahan berbulan-bulan :)

Cream of tartar tak masukkan pun takpe. Ianya berfungsi untuk bagi plastisin nampak berkilat, lagi cantik.

Anak-anak teruja bila melihat plastisin dah siap ibu buat. Diaorang enjoy bermain. Permainan ini ringkas tapi sangat bagus mengasah imaginasi anak-anak dalam mereka bentuk sesuatu benda yang diaorang suka.


Bagi ibu yang anak-anaknya suka bermain playdoh, anda patut cuba resepi ini. Murah dan selamat untuk anak-anak anda :)
Assalamualaikum.

Tahun hadapan InsyaAllah Amsyar berusia 4 tahun. Cadangnya nak hantar ke PASTI tetapi sudah penuh. Pendaftaran sudah ditutup.

Jadinya kami survey tadika yang lain selain dari sekolah abang Amsyar. Kebetulan ternampak bunting di lampu isyarat, terus Sue menghubungi Al Baghdadi One Stop Centre ni.


Al Baghdadi menawarkan sesi persekolahan seawal usia 18 bulan sehingga 12 tahun. Ada juga ditawarkan kelas untuk ibu hamil dan orang dewasa.

Kredit : Azfar Azri
Yuran pendaftaran untuk usia 4 tahun ialah RM1100. Yuran bulanan untuk separuh hari (8.30- 12.30pm) ialah RM280 dan untuk sehari penuh RM520 (2.30- 5.30pm). Kenderaan atau van sekolah di sekitar Kota Damansara juga ada disediakan dengan bayaran RM100.

Maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan dan bayaran yang dikenakan boleh rujuk gambar di bawah. (Klik untik imej yang lebih besar)

Senarai program dan juga harga
Jika ada antara kawan-kawan yang berminat menghantar anak ke sana boleh hubungi mereka seperti maklumat yang tertera di bawah.

No telefon: 03 6151 6999 atau 019 5592586 (Deeana)
Alamat: Pusat Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Kota Damansara, 33-2 Jln Pju 5/20E,
The Strand Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor.

Suami Sue lebih suka Amsyar sekolah yang sama dengan abangnya Amjad. Senang katanya. Sue akui memang mudah jika dihantar satu sekolah.

Untuk ke Al-Baghdadi ni, Sue terpaksa keluar awal dari rumah serta mengharungi jalan yang 'jem' kerana perlu melalui banyak sangat lampu isyarat. Jadinya kata sepakat telah diambil, hantar je sekolah yang sama dengan Amjad :)
Vitamin C dapat ditemui dalam banyak buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran contohnya oren, betik, kiwi, strawberi, kubis dan carrot. Namun pengambilan dalam diet seharian masih tidak mencukupi. Dan jika anda jatuh dalam kategori di bawah, anda memerlukan lebih banyak vitamin C.


1) Merokok
Merokok menurunkan vitamin C dengan cepat. Anda memerlukan vitamin C untuk melawan kerosakan sel yang disebabkan oleh merokok. Orang yang terdedah dengan asap rokok juga memerlukan vitamin C tambahan.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya 

2) Diabetes

Vitamin C tidak diserap dengan baik dalam sel badan anda.

3) Alahan dan athma
Melawan athma, reaksi alahan dan serangan athma memerlukan vitamin C yang banyak.


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi 

4) Sakit dan infeksi penyakit seperti batuk dan selsema


Imun sistem anda memerlukan banyak vitamin C terutamanya bila anda sedang melawan penyakit seperti demam.

5) Selepas pembedahan
Vitamin C membantu menyembuhkan luka dan melawan jangkitan.

6) Orang dewasa
Orang dewasa memerlukan lebih banyak vitamin C jika ada mengambil ubat-ubatan yang mengganggu penyerapan vitamin C.

7) Mengandung dan menyusu
Anda menyalurkan banyak khasiat vitamin C kepada bayi anda.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

8) Pengambilan aspirin, pil pencegah kehamilan, antibiotik dan dadah yang mengandungi steroid


Dadah ini samada menghalang penyerapan vitamin C dalam badan anda atau memusnahkan vitamin C dalam badan dengan cepat.

9) Mengambil alkohol


Mereka yang terlibat dengan pengambilan alkohol kebiasannya tidak makan dengan betul (diet tidak seimbang), dan alkohol juga memusnahkan vitamin C.

Sepanjang bulan November ini sedang berlangsungnya promosi vitamin C.
- Beli 6 PERCUMA 1 (RM588.30)
- Beli 2 diskaun 5% (RM186.30)

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan stok vitamin C anda pada harga yang lebih menjimatkan.

Saya percaya vitamin C ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda semua. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda.
Assalamualaikum.

Salam jumaat kawan-kawan :)

Sedikit tazkirah untuk ingatan kita bersama.


Di antara tanda-tanda hati yang mati ialah:

1. Berani meninggalkan solat
2. Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar
3. Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi ayat-ayat Al-Quran
4. Terus menerus buat maksiat
5. Sibuknya mengumpat dan buruk sangka
6. Sangat benci dengan nasihat baik dan ulama
7. Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian,kubur dan akhirat
8. Gilanya pada dunia tanpa peduli dosa
9. Senang melihat orang susah dan menderita

Semoga kita semua dijauhkan dari hati yang mati. Setiap hari selalu upgrade diri dan iman kita insyaAllah.
Assalamualaikum.

Pada hari Ahad minggu lepas 31/10/15, Sue telah berpeluang menghadiri ke program Didik Anak Fasih Berbahasa Inggeris di Subang. Program selama 2 jam setengah ini banyak memberi manfaat pada Sue untuk apply pada anak-anak.


Coach Ridz dan Coach Sha berkongsi kenapa perlu menguasai bahasa Inggeris? Niatkan untuk baik dalam bahasa Inggeris supaya boleh membaca, menulis, mendengar dan bercakap untuk menjadi hamba Allah dan membantu ummah serta mengikut Rasulullah saw.


Selain itu, Coach juga menerangkan bagaimana untuk mendidik anak-anak berbahasa Inggeris, dan 3 teknik pantas untuk berbahasa Inggeris.

Program ini diselang selikan dengan game yang membuatkan suasana lebih meriah dengan gelak ketawa tetapi kami semua belajar sesuatu dari game itu dan juga skill mengasah sebutan bahasa Inggeris yang betul  (tongue twisted game).

Di akhir program, Coach menerangkan mengenai ICS Learning Pack. ICS ini adalah alat bantu mengajar anak untuk kenal Allah, Sayang Nabi dan Cinta Al-Quran. 

Apakah ICS Learning Pack?
----------------------------------
1. ICS ialah kit pembelajaran English-Islami untuk seisi keluarga.
2. Ada input (mendengar, membaca) dan output (menyanyi, menjawab soalan lisan, menulis, melukis).

Satu set mengandungi:

>> 1 CD (10 lagu) - lagu nursery rhymes seperti Itsy Bitsy Spider / Rain, Rain Go Away/ Twinkle, Twinkle Little Star / Ants Marching One by One.

Lirik diubahsuai dengan pengisian Islamik, contohnya:

1. Lagu Our Faith (rentak BINGO): Memperkenalkan 3 kalimah awal dan utama iaitu Allah, Muhammad dan Al Quran.

2. Lagu Battle of Badr (rentak Ants Marching One by One): Berkisar cerita dan semangat Perang Badar.

>> 1 Buku Aktiviti: 67 halaman

Aktiviti berdasarkan 10 lagu. Direka untuk anak-anak seawal boleh memegang pensel sehingga 12 tahun, dengan bantuan dan sokongan ibu ayah.

>> 1 kotak Quran Quiz Cards: 79 keping
Ada 3 tahap: Level 1, 2, 3.
Bagus untuk ibu ayah!
Boleh dimainkan di dalam kereta.

Ganti kepada kad bola, pokemon, Uno

>> PERCUMA! Stickers.
Yang ini, semua orang suka.

Harga satu set rm50.00



Anda semua boleh mengikuti siaran bahasa Inggeris bersama Coach Ridz dan Coach Sha di radio IKIM.fm setiap hari Ahad 5.40 petang.