Cara Melatih Si Manja Tidur Di Bilik Sendiri

Mengasingkan tempat tidur si manja ke tempatnya sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, tambah-tambah lagi bagi si cilik yang sudah terbiasa tidur dengan anda sejak usia bayi lagi. Pada peringkat awal, mungkin berlaku cabaran penolakan. Untuk mengatasinya si ibu atau ayah perlu menjelaskan kepada si manja pada usianya kini, dia perlu tidur berasingan.


1) Tegas dan sabar
Menukar sebarang tabiat mengambil masa. Ibu dan ayah perlu tegas menentukan gol iaitu tempoh masa diberikan supaya si manja boleh tidur sendiri. Misalnya dalam masa sebulan dan menyusun strategi supaya misi tersebut mencapai matlamat tersebut. Sabarlah menghadapi karenah si manja dalam tempoh itu. Ingat, konsisten adalah kunci!

2) Biasakan diri dengan katil



Lakukan secara berperingkat dan usah mengharapkan si manja boleh terus sendirian dalam masa yang singkat. Mula-mula anda mungkin boleh meletakkan katilnya di dalam kamar anda dan biarkan dia membiasakan diri dengan katilnya terlebih dahulu. Pujuklah dia tidur di katilnya sendiri. Kemudian bolehlah dialihkan ke biliknya selepas dia sudah terbiasa dengan katilnya sendiri.

3) Temani dirinya
Anda boleh menemaninya selama seminggu atau pada satu tempoh masa yang diperlukan olehnya sehingga dia terbiasa tidur sendirian di kamarnya sendiri.

4) Masukkan elemen anda
Letakkan barangan peribadi anda di dalam kamarnya supaya dia boleh merasakan kehadiran anda di kamarnya. Selain itu,adakan aktiviti di biliknya seperti solat, bermain, membaca atau mengaji Al-Quran supaya nruang kamarnya tidak terlalu sunyi. Berikan persepsi positif! kepada kamarnya dan elakkan menjadikan biliknya sebagai ruang untuk memarahinya atau mendendanya.

5) Elakkan mesej mengelirukan
Berikan reaksi yang meyakinkan. Elakkan memberikan luahan perasaan yang berbeza untuk mengelakkan si manja keliru. Misalnya si manja sudah berjaya tidur sendirian selama seminggu dan anda memberikan imbalan dengan mengajaknya idur di kamar anda. Hal yang sebegini membuatkan si manja keliru dan akhirnya tidak mampu mengekalkan rutin tidur sendirian.

6) Ucapkan kata semangat
Jika si manja menangis, bertenanglah serta ucapkanlah kata-kata semangat yang positif. Katakanlah bahawa dia anak yang baik kerana cuba untuk tidur sendirian dan kini adalah waktu untuk tidur. Hal ini dilakukan supaya si manja anda tahu dia selamat dan membuatkan dia tahu anda bukanlah tidak menyayanginya lagi.

7) Cipta rutin tidur

Ciptakan rutin tidur. Jika anda mahu dia tidur pada jam 9.30 malam, maka rancang aktiviti yang santai seperti mendengar cerita yang dibacakan oleh anda, mendengar bacaan Al-Quran atau muzik pada sejam sebelumnya. Hal ini akan supaya si manja boleh menenangkan dirinya. Malapkan pencahayaan di kamar tidurnya.

8) Imbalan 
Berikan imbalan jika dia berjaya tidur di kamarnya sendirian, berikan hadiah seperti sesi memasak bersama-sama, pelekat dinding kamar, mainan dan lain-lain sebagai galakan.

Pengalaman Sue pula, selepas anak bercerai susu, dalam umurnya 2 tahun setengah, Sue biasakan anak-anak bermain di dalam biliknya sendiri sambil Sue temani. Alhamdulillah, sekarang ni anak yang sulong 5 tahun dan anak kedua 3 tahun sudah tidur di kamar mereka sendiri.

Parents boleh cuba panduan di atas. Semoga berjaya :)

5 ulasan:

  1. bilik kena cantik2 baru depa mau tidoq

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun ... kalau cantik semangat nak tidur bilik dia hehe :)

      Padam
  2. heheheh....sy dulu masa kecik....ssh betul mak sy suh tido tpt len coz sy byk imaginasi yg tinggi....

    BalasPadam
  3. pengalaman aida la kan.
    kebetulan aida ada 2 anak dara, mudah skit nak suruh diorang tido bilik sendiri, sebab berteman.
    aida & mr.asben kuarkan belanja dgn ubahsuai hiasan bilik.
    beli katil baru. almari baru. meja belajar sorang satu.
    deko deko la. cat pun kaler pink purple. cadar beli yg elok punyer kartun-kartun.
    alhamdulillah. mlm pertama arahan dikeluarkan diorang tido bilik sendiri.
    terus diorang excited!

    BalasPadam
  4. ahaaa..kalau dahada anak leh praktikkan ilmu ni

    BalasPadam