Kekerapan Buang Air Kecil Ketika Kehamilan

Ketika kehamilan, anda mungkin ingin membuang air kecil dengan kerap, walaupun pundi kencing anda kosong. Pada akhir kehamilan, ramai wanita terasa seperti ingin membuang air kecil dengan lebih kerap. Ramai wanita hamil akan mengalami sedikit kebocoran air kencing ketika batuk, gelak, bersin atau bersenam. Ia adalah sesuatu yang biasa jika anda terasa seperti ingin membuang air kecil.


Bagaimanakah pundi kencing berfungsi?
Pundi kencing ada otot yang berbentuk seperti belon yang menyimpan air kencing. Otot-otot di bawah pundi kencing memastikan uretra (tiub di mana air kencing disingkirkan dari badan anda) tertutup untuk menghalang air kencing daripada terbocor.

Penyebab pembuangan air kecil yang kerap ketika kehamilan
Kekerapan anda ke bilik air bergantung kepada peringkat kehamilan anda. Kadangkala, anda akan terasa untuk membuang air kecil dengan lebih kerap dan kadangkala, anda akan terasa seperti normal.
  • Pada minggu-minggu pertama kehamilan, tubuh badan akan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang boleh menyebabkan anda untuk sentiasa membuang air kecil.
  • Tubuh badan anda mengandungi lebih banyak cecair ketika kehamilan.
  • Ginjal anda akan ‘bekerja keras’ ketika kehamilan untuk menyingkirkan bahan-bahan bertoksik yang terkandung di dalam tubuh badan anda.
  • Ketika uterus membesar pada trimester kedua, ada wanita berkata mereka kurang membuang air kecil berbanding dahulu
  • Ketika akhir kehamilan, bayi akan ke posisi bawah untuk proses kelahiran. Ini akan meningkatkan tekanan kepada pundi kencing anda, yang akan menyebabkan pembuangan air kecil yang lebih kerap.
  • Tekanan ini boleh kejutkan anda pada waktu malam untuk membuang air kecil
  • Ia juga boleh menyebabkan kebocoran air kencing, terutamanya jika otot di sekeliling uretra tidak begitu kuat.
Selepas kelahiran
Beberapa hari selepas kelahiran, anda mungkin membuang air kecil dengan kerap kerana tubuh badan anda sedang menyingkirkan cecair yang berlebihan. Akan tetapi, selepas itu, keinginan anda untuk membuang air kecil akan kembali normal.

Apa yang boleh anda lakukan
Berikut adalah beberapa tipuntuk menangani pembuangan air kecil atau kebocoran ketika kehamilan:

1) Elakkan daripada minuman berkafein
  • Kafein boleh menyebabkan anda untuk membuang air kecil dengan lebih kerap. 
  • Elakkan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan dan minuman berkafein yang lain.
2) Lakukan senaman kegel
  • Senaman ringkas ini boleh membantu menghalang air kencing dengan menguatkan otot-otot yang memastikan uretra tertutup. Senaman ini juga boleh membantu menyediakan otot-otot untuk proses kelahiran.
  • Lakukan senaman ini dengan mengetatkan otot yang anda gunakan untuk menghalang air kencing daripada terkeluar. Pastikan anda menahannya selama 10 saat.
  • Lakukan sebanyak 10 hingga 20 kali, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
3) Elakkan daripada meminum air sebelum tidur
  • Minumlah air pada waktu siang untuk mengelakkan terjaga pada waktu malam untuk ke bilik air.
  • Kurangkan pengambilan air pada waktu petang dan malam.
  • Pastikan anda meminum air jus yang banyak pada waktu siang untuk mengelakkan dehidrasi.
4) Kosongkan pundi kencing anda
  • Untuk menghalang kebocoran, pastikan pundi kencing anda tidak penuh.
  • Elakkan menahan apabila perasaan ingin membuang air kecil hadir. Ini boleh menyebabkan pembuangan air kecil yang kerap.
  • Apabila anda membuang air kecil, cuba sendengakan badan ke hadapan untuk mengosongkan pundi kencing anda. Anda harulah mengosongkan pundi kencing sebelum bersenam.
5) Pakailah pad atau panty liner
  • Pad atau panty liner boleh memberi perlindungan kepada seluar dalam anda jika air kencing terbocor apabila anda batuk atau bersin.
Bilakah waktunya untuk telefon doktor anda
Jumpalah doktor anda dengan serta merta jika anda mempunyai petanda-petanda ini:
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Perasaan ingin membuang air kecil sejurus selepas membuang air kecil
  • Demam
  • Darah di dalam air kencing
Petanda-petanda ini mungkin bermaksud anda mempunyai jangkitan salur kencing (urinary tract infection –UTI), jangkitan biasa yang dihadapi wanita hamil. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius atau kelahiran pramatang.

1 ulasan:

  1. saya memang alaminya setiap kali mengandung.
    seksanya, tambah-tambah lagi kalau berjalan jauh

    BalasPadam