Penawar Cirit Birit (Diarrhea) Agar Tetap Bertenaga Dan Cepat Sembuh

Cirit birit menyebabkan badan individu banyak kehilangan air dan menyebabkan badan keletihan tidak bermaya. Biasanya doktor akan membekalkan garam Oral Rehydration Salt (ORS). ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Selain mengambil ORS, anda juga boleh mencuba petua yang saya kongsikan.


1) Mulakan dengan diet cecair
Air, air teh cair, jus epal, sup kosong sebaik sahaja bermula cirit birit atau anda rasa ia akan bermula. Air kosong menjaga usus daripada bekerja terlalu keras dan membantu mencegah kerengsaan.

2) Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Badan anda mungkin mendapati jumlah yang lebih kecil lebih mudah untuk dihadam.

3) Selepas dua hari cirit birit, tambah makanan yang rendah serat sedikit demi sedikit. Ini akan membantu mengurangkan kerengsaan usus dan memberikan anda beberapa nutrien.

4) Minum sekurang-kurangnya secawan cecair selepas keluar dari tandas supaya anda tidak mengalami dehidrasi.

5) Makan makanan yang kaya dengan pektin seperti epal, pisang dan yogurt. Pektin, serat larut air, membantu mengurangkan cirit birit.

6) Makan makanan yang mempunyai banyak potassium seperti jus buah-buahan, minuman sukan, kentang tanpa kulit dan pisang. Potassium sering hilang melalui cirit birit.

7) Makan makanan yang tinggi sodium seperti sup, minuman isotonik dan keropok. Garam membantu anda mengekalkan air supaya anda tidak mengalami dehidrasi.

8) Dapatkan protein yang mencukupi. Ini boleh membantu anda mengelakkan keletihan.

9) Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dimasak, bukan mentah. Boleh juga mencuba sup yang dibuat  dengan sayur; sup asparagus, lobak merah, cendawan, saderi atau tomato puri atau kentang panggang tanpa kulit.

10) Elakkan kafein, alkohol, atau minuman berkarbonat dan makanan yang sangat panas atau sejuk. Ini kerana makanan tersebut boleh menyebabkan kerengsaan  dan keradangan pada saluran pencernaan anda.

11) Elakkan lemak yang tinggi, makanan goreng dan berminyak. Mereka boleh menyebabkan cirit-birit.

12) Elakkan makanan yang menyebabkan gas, seperti minuman berkarbonat. Minuman bergas boleh mengakibatkan cirit-birit menjadi lebih teruk.

13) Hadkan susu  dan produk tenusu. Ini akan memberi beban pada usus kerana sukar untuk dihadam dan menggalakkan lagi proses cirit birit.

Semoga cepat sembuh :)

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan