Seminar ADHA ( Allah Dalam Hati Anakku)

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu minggu lepas 30/10/15 telah berlangsungnya seminar ADHA di Bangi. Sue dan suami merupakan antara salah seorang peserta seminar ini.

Seminar ini berkongsi kaedah praktikal mendidik anak menjadi soleh dan solehah dengan:
  • Menanamkan 'Allah awareness' dalam hatinya agar berupaya menjadi 'filter', bezakan haq dan batil
  • Sebagai kekuatan dalaman agar mereka berjaya dan bahagia dalam kehidupan
Maksudnya di sini walau sekecil-kecil perkara, ketika hadapi cabaran, suka duka, si anak itu tetap ingat kepada Allah. Jika ditakdirkan kita meninggal dunia, kita tidak perlu lagi risau tentang anak kerana ikatan hatinya dengan Allah sudah kuat, InsyaAllah.

Sebagai contoh: 
  • Anak teringin nak makan ais krim. Minta dia doa supaya Allah bagi dia dapat makan aiskrim.
  • Jika di sekolah kawan-kawan tak nak kawan dengan anak, atau kawan ejek anak dengan perkataan yang tak baik, si anak tersebut relax je sebab dalam hati dia sudah tertanam "Allah kan ada" :)
Teknik ADHA ini boleh di apply pada anak sedari kecil lagi.


Apa lagi yang dipelajari dalam seminar ini?
  • Falsafah ADHA
  • Teknik ADHA
  • Contoh-contoh aplikasi teknik ADHA dalam situasi harian
  • Kunci keberhasilan teknik ADHA
  • The power of ADHA 
  • Tips mudah untuk melakukannya
  • Dan banyak lagi
Untuk pengetahuan anda semua, teknik ADHA ini bukan sahaja boleh digunakan pada anak-anak, malah boleh digunakan pada semua orang seperti suami, pekerja dan lain-lain.

Memang tak rugi pergi seminar ni. Sue sangat rekemen untuk anda semua menghadirinya.

Untuk maklumat lanjut sila  kunjungi FB: DrSitiUjila Official

5 ulasan:

  1. bagusnya terapkan ciri tu pada anak...

    BalasPadam
  2. waaa....bagusnyer seminar nih...leh menididk hati anak2 mendekati Allah SWT

    BalasPadam
  3. rajinnya sue join seminar ... tq sebab share info nya :)

    BalasPadam
  4. bgusnya..rajin join seminar y bermanfaat camni

    BalasPadam
  5. aida ni minat kalau ada program gini.
    as at now takde satu yg lalu depan mata.
    if ada, memang nak join tambah ilmu.
    kalau boleh bwk anak, lg la best.

    BalasPadam