Tanda-Tanda Perempuan Yang Baik Maruah Dan Akhlaknya

Assalamualaikum.

Salam Jumaat Mubarokah :)


1) Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintahNya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah.

2) Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

3) Berakhlak dengan ibu bapa, memuliakan mereka serta membantu menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.

4) Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5) Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumah tangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

Semoga kita semua dapat mencontohi dan berakhlak seperti yang ditulis di atas insyaAllah.

3 ulasan:

  1. no 5 tu paling menangkap hati aida.
    in shaa Allah :)

    BalasPadam
  2. semoga kita menjadi wanita berakhlak...sis JM pun byk perlu baiki diri

    BalasPadam
  3. mudah-mudahan kita semua tergolong dalam wanita yang berakhlak baik ni

    BalasPadam