Assalamualaikum.


Tertarik nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang buku ini. Ianya adalah perkongsian cerita dari jutawan muda iaitu Puan Fellina dan suaminya Tuan Rafie.

Buku ini menceritakan serba sedikit biodata jutawan muda ini bermula dari perkahwinan mereka sehinggalah pahit manis mereka dalam dunia bisnes.

Buku ini sangat menarik dengan menggunakan kulit buku yang keras dan licin, warna buku yang menarik, di setiap muka surat terdapat gambar bewarna, tulisan yang mudah dibaca. Pasti anda tidak akan jemu membacanya.

Isi kandungan buku ini, pada pendapat Sue sesuai untuk semua golongan samada yang sedang atau baru nak menjalankan perniagaan, malah yang tidak berniaga pun bagus juga mendapatkan buku ini.

Puan Felinna memberi tips untuk berjaya dalam bisnes antaranya ialah solat di awal waktu, sedekah, jangan abaikan ibu bapa, membantu atau menggembirakan orang yang susah. Baaanyak lagi yang Puan Fel kongsikan.

Boleh dapatkan buku ini yang dijual secara online di facebook. Buku ini beharga RM28 tidak termasuk postage dengan mempunyai 201 halaman muka surat. Selamat membaca :)
Assalamualaikum.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa promosi Shaklee Collagen Powder (SCP) hanya berbaki 1 hari saja lagi.

shaklee collagen powder

Apa kesan2 dan faedah2 mengambil kolagen?

1. ANTI PENUAAN
Mengurangkan liang pori2, kedutan dan garis2 halus yang kelihatan.

2. MENGHIDRATKAN
Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka.

3. MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT
Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.

4. MELICINKAN
Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

5. MENYUBURKAN
Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.

6. MENCERAHKAN
Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

7. MENEGANGKAN
Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.

Ujian klinikal menunjukkan yang 71% pengguna berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan selama 8 minggu bertutut-turut.

Sebenarnya kolagen bukan sahaja terbaik untuk kecantikan malah sangat baik untuk kesihatan tubuh badan bagi mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Saya ada kongsikan testimoni sakit lutut dan slip disc yang semakin baik selepas konsisten pengambilan kolagen.

Promosi kolagen bakal berakhir pada 31 Disember 2015. Promosi kolagen hanya setahun sekali sahaja tau u olls. Jadi sangat rugi jika anda tidak merebut peluang keemasan ini dengan membeli stok kolagen anda.

- Collagen powder buy 6 FREE 1 RM1788
- Collagen powder buy 2 get 5% discount RM566.20

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan dan kecantikan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. 

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Sepanjang tempoh kehamilan ketiga-tiga anak Sue, Alhamdulillah tidak pernah lagi mengalami keguguran. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Sue hanya sekadar mendengar cerita dari kawan-kawan yang pernah mengalami keguguran.

keguguran bayi

Keguguran adalah satu perkara yang menyedihkan dalam hidup suami isteri. Apatah lagi, ia berlaku secara spontan dan tidak dijangka. Kebanyakan wanita yang melalui masalah ini sering bertanya mengapa ia berlaku kepada diri mereka. Dalam kebanyakan kes keguguran, tidak ada jawapan khusus kepada soalan mengapa ataupun kenapa.

Wanita yang mengalami keguguran selalunya dinasihatkan untuk berehat selama tiga hingga enam bulan (atau tiga kali kitaran haid) sebelum hamil sekali lagi. Walaubagaimana pun, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa wanita tidak perlu menunggu untuk hamil sekali lagi selepas mengalami keguguran!

Sebaik-baiknya pergi semula ke hospital yang merawat anda untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan sebelum hamil sekali lagi. Jika anda tidak mengalamisebarang masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan umur anda belum mencecah 35 tahun, selalunya adalah selamat untuk anda menunggu kitaran haid berlalu secara normal sebelum hamil semula.

Langkah ini akan membolehkan anda:
  • Bersedia secara mental dan fizikal untuk hamil semula
  • Berpeluang untuk mengambil vitamin asid folik seperti yang disarankan sebelum hamil
  • Mencatat tarikh hari pertama haid dengan tepat. Langkah ini penting untuk doktor mengira usia bayi dalam kandungan nanti.
Namun,sekiranya anda mempunyai apa-apa jenis masalah kesihatan, sila dapatkan rawatan bagi menstabilkan terlebih dahulu masalah yang dialami sebelum hamil lagi. Hal ini penting agar tidak berlaku keguguran untuk kesekian kalinya ataupun masalah-masalah lain apabila anda disahkan hamil kelak.
Berita baik kepada anda yang ingin hamil atau sedang hamil, Shaklee turut menawarkan set vitamin Pre Natal untuk ibu hamil. Ianya boleh dimakan sejak dari ibu disahkan hamil, dan boleh diteruskan pengambilannya sewaktu berpantang dan menyusukan anak. Tahan sehingga 4-6 bulan makan, jimat kan... Sue juga adalah pengamal tegar set ini ;)


Best sangat! Badan rasa bertenaga, mood yang ceria, bacaan HB cantik (nurse pun tak bising), luka cepat sembuh, susu ibu pekat dan banyak, kulit licin dan gebu, ishh banyak lagi lah. Mommies kena cuba dulu baru tahu.

Saya kongsikan beberapa testimoni pengguna set hamil ini. (Klik imej untuk lebih jelas)

Testimoni 1: Bacaan HB naik, badan rasa cergas tidak letih walau baby asyik menyusu, luka cepat sembuh, muka berseri-seri, berat badan naik secara terkawal


Testimoni 2: Doktor O&G pun mengesyorkan suplemen Shaklee sepanjang kehamilan


Testimoni 3: Berat badan naik terkawal, muka tidak mengembang sangat (sampaikan orang tak perasan hamil), tak kena tarik mengkarung, muka glowing berseri-seri


Buat kawan-kawan yang pernah keguguran, anda beruntung kerana ada yang menanti anda di syurga sana. Ketahuilah anda masih punya peluang untuk kembali hamil dengan izin Allah swt.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu melengkapkan nutrisi sewaktu kehamilan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. 

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Sue pernah mengalami masalah rambut gugur yang banyak selepas kelahiran anak-anak. Selepas membuat sedikit bacaan, rambut gugur selepas bersalin adalah normal atas beberapa faktor. Boleh baca DI SINI.

cara mengatasi botak kepala

Bagi manusia normal, biasanya setiap hari rambut akan gugur Cuma bilangannya tidak banyak, lebih kurang 30 helai sehari. Apabila bilangannya melebihi 100 helai, ini dikatakan permulaan rambut gugur.

Rambut anda yang semakin menipis sebenarnya bermaksud rambut semakin kurang mendapat nutrisi. Amalkan penjagaan kulit kepala yang sihat dengan mencuci rambut setiap hari. Anda juga boleh mengambil suplemen seperti vitamin B, zat besi dan zink. Minumlah 2 liter air sehari.

Masalah rambut gugur Puan Maria sangat kronik sehingga beliau mencuba produk Shaklee, akhirnya rambut gugur beliau semakin berkurang dan kembali yakin diri berhadapan dengan suami. Jom tonton kisah beliau di bawah.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini

Selain itu, ambil lebih banyak makanan yang kaya dengan protein dan mineral seperti susu, telur, keju, daging, ikan, sayur hijau, kekacang dan buah-buahan.

Jika masalah anda masih berterusan, anda dinasihati untuk mengunjungi pusat rawatan rambut untuk membuat analisa yang lebih terperinci.

Jom lihat testimoni mereka yang mengalami masalah yang sama:

Testimoni 1: Masalah rambut nipis boleh cuba revitalzing atau purifying shampoo dan replenishing conditioner. Set penjagaan rambut Shaklee yang bebas bahan kimia semestinya.


Testimoni 2: Rambut gugur tahap kritikal boleh cuba zink, esp, set penjagaan rambut Prosante (purifying shampoo, replenishing conditioner dan scalp treatment)


Testimoni 3: Selepas 2 bulan konsisten purifying shampoo, lightweight conditioner, zinc, esp, b complex, rambut sudah kurang gugur. Dulu hari-hari kena sapu lantai.


Masalah keguguran rambut ini lelaki dan perempuan juga ada. Kepada kawan-kawan yang ada masalah keguguran rambut, boleh la mencuba produk Shaklee ye. :)

Ini senarai harganya iaitu Zink 120 biji RM33.75, B Complex 120 biji RM53.75, Vitalea Iron Formula 120 biji RM88.75, ESP 850g RM150.  Nak harga lagi murah jom sertai keahlian ahli Shaklee sekarang!

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. 

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Rasa tak selesa bila angin banyak dalam badan, badan lemau dan urat-urat badan rasa sakit ditambah pula dengan perut sebu. Rasa loya dan pening kepala. Serba tak kena jadinya.

gastrik

Dulu sebelum kenal Shaklee Sue biasanya akan ambil Eno halia, tapi sekarang Sue telah bertukar kepada Peppermint Ginger Plus.

hilangkan sebu perut

Peppermint Gingger Plus ni ada 4 herba utama:-

1. Peppermint (pudina)
2. Ginger (halia)
3. Anise (bunga lawang)
4. Fennel (jintan manis)

Dah macam nak masak sup pulak, hehehe....

Bahan-bahan ni semua ada khasiat tersendiri tau!

Pudina - membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati, loya2, membantu kalau selesema

Halia - buang angin dalam badan, membantu proses pencernaan, mengurangkan ketidakselesaan perut dan loya

Bunga lawang - mengurangkan kembung perut, mengurangkan demam, membantu masa selesema dan batuk

Jintan - buang angin, cuci usus, pecah lemak!

Haa macam banyak sgt pula kegunaan Peppermint Ginger Plus ni kan dan kalau tak tahan bau sesetengah vitamin macam vitalea, b complex ke...boleh telan sama-sama dengan Peppermint Ginger Plus ni. Rasa nyaman je.

Kalau belum try ce try... Boleh telan terus camtu atau minum sebagai teh. Sedappp teh herba gitu.

Apa kata mereka yang telah mencuba Peppermint Ginger Plus ni:


Lagi testimoni Peppermint Ginger Plus KLIK SINI.

Bagi ibu hamil, pengidap gastrik dan sesiapa sahaja yang badannya cepat berangin, perut sebu atau kembung, jadikan Peppermint Ginger Plus sebagai teman setia anda.

Bawalah ke mana-mana sebagai first aid kit anda dikala badan berangin dan perut tak selesa.

Sebotol Peppermint Ginger Plus 90 biji RM45 tidak termasuk postage. Saya percaya Peppermint Ginger Plus ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. 

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalamualaikum.

Cuti umum sempena Maulidur Rasul baru-baru ini, Sue berkesempatan ke jualan gudang Edukid Books. Sue sampai lebih kurang dalam pukul 2 petang. Hujan renyai-renyai pada masa itu.

Alhamdulillah orang tak berapa ramai, parking pun senang, mudah sangat nak memilih buku.

Di jualan gudang Edukid Books ini terdapat pelbagai buku kanak-kanak seperti buku cerita, buku latihan latih tubi, flashcard dan juga poster. Banyak pilihan buku yang sesuai dari peringkat kanak-kanak hingga sekolah rendah.

Buku dewasa juga ada seperti buku resepi masakan dan fesyen muslimah. Cuma tak banyak pilihan seperti buku kanak-kanak.

Jualan gudang Edukid Books bermula dari 4 Disember 2015 sehingga 10 Januari 2016. Lama lagi tu jualan gudang ni nak habis. Bagi warga KL, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan buku-buku menarik untuk anak-anak anda.

Maklumat lanjut boleh rujuk poster di bawah:


Antara buku-buku yang Sue beli untuk anak-anak:


Rasa macam nak datang lagi je ke jualan buku Edukid ni, tunggu hubby dapat gaji dulu kita datang semula, hehehe...

Ada kawan-kawan yang dah pergi? Apa buku-buku yang dibeli? Jom kongsi :)
Assalamualaikum.


Terdapat pelbagai jenis semut dan kebiasaannya semut hitam, semut kecik-kecik (bila dipicit berbau busuk, tak tahu nama ape) dan semut merah la yang paling kerap ada di dalam rumah kita.

Paling membimbangkan adalah bagi ibu bapa yang ada anak kecil. Takut anak kecil digigit semut terutama sekali semut merah (semut api). Sakit o...

Kalau anak Sue digigit semut api, cepat-cepat Sue sapukan krim Herbal Blend yang berfungsi pelbagai guna. Krim ini patut ada dalam setiap rumah sebagai first aid kit.

Jika terdapat semut di dalam rumah anda, selain mencuba petua-petua tradisional, Sue rekemen pada kawan-kawan untuk mencuba Basic H Shaklee.

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate diperbuat dari ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. Ianya dua kali ganda lebih pekat, memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Ianya
  • Selamat 
  • Tidak bertoksik 
  • Tanpa gas beracun 
  • Tanpa bahan kimia berbahaya 
  • Tanpa bahan pewangi 
  • Lembut pada tangan 
  • pH seimbang 
  • Tanpa klorin
Walaupun Basic H ini berfungsi untuk membersihkan kawasan rumah anda, seperti mengemop lantai, mencuci tingkap TETAPI ianya juga boleh digunakan untuk menghalau semut.

Caranya ialah dengan meletakkan mencampurkan titis Basic H dan air ke dalam botol spray dan spray pada kawasan yang banyak semut ATAU anda boleh juga titiskan terus Basic H di tempat-tempat yang semut selalu berkeliaran.

Selamat mencuba :)

Apa kata mereka yang telah menggunakannya:

Semut jarang berkeliaran, sudah jarang nampak semut dalam rumah

1 botol Basic H 16oz beharga RM46 tidak termasuk pos. Saya percaya Basic H ini dapat membantu membersihkan kawasan rumah dan berfungsi pelbagai guna. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. 

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalammualaikum.


اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى ال سيدنا محمد

Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya..

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy yakni tidak pandai membaca dan menulis kerana orang yang berhajat kepada menulis dan membaca adalah orang yang berhajat kepada ilmu manakala Allah jadikan Baginda Nabi Saw tak berhajat kepada menulis dan membaca adalah kerana Baginda Nabi Saw itu sendiri menjadi gedung ilmu.

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan 
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

اللهم صل على سيدنا محمد 
وعلى ال سيدنا محمد

Kredit FB: Ibnu Muhammad
Assalamualaikum.


Kelmarin, Sue dihubungi oleh seorang ibu yang risaukan anaknya yang kurang makan. Hanya mahu minum susu sahaja. Hati ibu mana yang tak risau bila anak tak mahu makan kan? Tumbesaran boleh jadi terbantut tau akibat kekurangan protin, vitamin dan mineral.

Nasihat Sue, pelbagaikan menu yang anak suka tidak terhad hanya kepada nasi sahaja. Mungkin boleh masakkan pasta, mee, bihun dan lain-lain pada anak anda. Hiaskan makanan anak anda cantik-cantik, boleh dapatkan idea dalam group fb bento.

Puji anak anda walaupun hanya sedikit yang dia makan. Cuba lagi untuk esok hari dan hari yang seterusnya dengan menu yang lain pula. Jangan putus asa ok!

Dari sehari ke sehari, cuba kurangkan jumlah susu yang diberikan kepada anak anda. Akibat minum susu yang banyak itulah menyebabkan anak tidak mahu makan, hanya mahu minum sahaja. Untuk anak 2 tahun ke atas tak perlu lagi atau minimumkan pengambilan susu.

Sumber kalsium selain susu boleh didapati dari sayur-sayuran dan juga kekacang.


Selain itu juga pengambilan suplemen sangat membantu untuk meningkatkan selera makan si kecil. Sue cadangkan pengambilan Mealshakes.

Apa itu Mealshakes?
Hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi-buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya lactabulmin (sejenis susu) dan lain-lain. 

Mealshakes dihasilkan untuk semua golongan iaitu bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Mealshakes merupakan pilihan yang bijak.


Manfaat Utama:
  • Nutrisi Lengkap- Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh- Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran- Mengandungi asid folik, boitin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Antioksida- Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi- Kaya dengan serat larut untuk membantu mebuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya- Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi;penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
10 sebab anak anda perlu ambil Mealshakes KLIK SINI.


Sue kongsikan satu testimoni pengguna tegar Mealshakes Shaklee:

Anak membuang air besar setiap hari dengan lancar dan anak makan 3 kali setiap hari
Lagi testimoni Melashakes KLIK SINI dan SINI.

1 canister Mealshakes 544g beharga RM113.75 tidak termasuk pos. Saya percaya Mealshakes ini dapat membantu menambah baik kesihatan dan selera anak anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. 

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalamualaikum.


Pada hujung minggu lepas 19-20/12/2015, Sue telah berkesempatan mengikuti kursus Ibu Bapa Profesional & Anak Cemerlang Anjuran Institut Nury di Ampang.


Kursus ini menerangkan lebih lanjut bagaimana peranan ibu bapa dalam membantu pembangunan otak anak kecil sejak dari lahir lagi. Antara topik yang dibincangkan ialah otak dan kemampuannya, umur kronologi tak semestinya umur neurologi, amalan pemakanan yang merangsang pembangunan otak, peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dan lain-lain.

Kursus ini turut disertai dengan latihan amali. Ini sangat membantu meningkatkan kefahaman kami yang menyertai kursus ini.

Antara fakta yang menarik perhatian Sue ialah:

1) Anak yang baru lahir tidak perlu dipakaikan mittens dan booties (sarung tangan dan sarung kaki). Ini adalah berdasarkan dari kajian oleh Dr Glenn Doman bahawa ianya membantu memberi rangsangan awal kepada bayi apabila bayi anda memegang ibunya (sewaktu menyusu), menyentuh tilam tempat dia tidur dan lain-lain.

Bayi dapat rasa pelbagai tekstur daripada sentuhan yang dilakukan. Bayi juga akan faham bahawa tangan dan kaki adalah sebahagian daripada anggota badannya.

Kebiasannya bayi dipakaikan sarung tangan untuk elakkan daripada mencakar mukanya sendiri. Oleh itu, jangan lupa untuk memotong kuku bayi anda bagi mengelak kecederaan di wajahnya.

2) Bayi disarankan untuk tidur meniarap. Mesti anda tertanya-tanya, tak sakit ke pusat bayi? Sebenarnya bayi kita sangat bijak tau. Dia pandai adjust dengan keadaan dirinya sendiri, dimana bayi akan mengangkat punggung sedikit sewaktu ditiarapkan. Maka dengan ini pusat bayi tidak akan sakit, dan tali pusat akan cepat luruh dari tarikan graviti.

3) Tak perlu bedung bayi. Kebiasaannya amalan bedung ini adalah bertujuan untuk mengelak dari bayi terkejut. Sebenarnya bagus untuk bayi terkejut kerana ia juga merupakan rangsangan awal pada bayi. Maksudnya bayi itu peka dengan persekitaran dan tiada masalah pendengaran.

4) Sebetulnya bayi tidak boleh skip proses untuk mereka merangkak dan sebagainya. Sebab apa? Kerana setiap skill baru yang bayi buat ianya telah mengembangkan sel otak mereka, membantu pernafasan mereka, membantu imbangan mereka dan lain-lain lagi.

Cuba anda fikir-fikiran, anda pernah terlepas mana-mana step sewaktu bayi tak? Jika YA, anda perlu ulang proses tersebut contohnya merangkak walaupun anda sudah dewasa. Huhu..

Penceramah juga meminta ibu bapa untuk mengelakkan penggunaan walker. Disuruhnya anda tanam sahaja walker jika masih ada walker di rumah. Sebenarnya walker mengangganggu perkembangan otak anak kerana anak anda akan skip proses merangkak.

5) Penceramah menekankan bahawa pemakanan yang sihat pada kanak-kanak sangat penting. Beliau ada menceritakan seorang kanak-kanak autisma yang agak teruk telah berjumpa dengan beliau namun tak nampak seperti budak autisma pun. Penceremah pun bertanya dengan emak budak tersebut apa yang beliau telah lakukan. Nak tahu apa? Mak budak tersebut membuang kesemua stok koko krunch ke dalam tong sampah. Sesungguhnya koko krunch itu merupakan makanan 'dera diri'.

Penceramah ada juga mencadangkan pengambilan suplemen kepada kanak-kanak jika sekiranya kanak-kanak tersebut kekurangan nutrisi dalam diet harian beliau. Of course nama Shaklee juga tersenarai dalam suplemen tersebut.

Nak tahu apakah suplemen terbaik untuk kanak-kanak. Klik SINI.

Banyak lagi sebenarnya input yang Sue dapat daripada kursus 2 hari ini. Sue amat menggalakkan kawan-kawan yang sudah mempunyai anak terutamanya yang berusia 0-6 tahun, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, ibu hamil, pengurus dan pengasuh taska dan juga guru untuk hadir ke kursus ini.

Memang sangat berbaloi-baloi dengan ilmu yang anda akan dapat nanti inshaa Allah. Di akhir kursus ini, kesemua peserta telah diberikan sijil.

Untuk maklumat lanjut anda boleh like FB Institut Nury atau hubungi Puan Zai 013 3519 659.
Assalamualaikum.


Kalau sebut sahaja tentang kolagen, pasti ramai yang terbayangkan wajah yang cantik, kulit yang halus dan anjal serta awet muda. Namun, tahukah anda, bahawasanya kolagen membantu membina tulang rawan kita. Bila rawan tak cukup kolagen, ia boleh tercedera, menipis. Hasilnya sendi kita makin lama makin haus. Bila makin haus dan bergeser akan menyebabkan kesakitan.

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!

Hari ini Sue ingin berkongsi kisah seorang anak yang menghadiahkan kolagen pada ibu mertuanya. Pada awalnya ibu mertua beliau ingin merawat wajah dengan rawatan BLEACHING. Tapi tidak jadi buat kerana selepas konsisten makan kolagen Shaklee, jeragat di wajah beliau makin menghilang.

Kolagen Shaklee terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.

Ya, kolagen Shaklee dan semua produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian (R&D) dan ujian oleh saintis Shaklee sebelum ianya dijual kepada pengguna. Ianya penting bagi memastikan sesuatu produk itu selamat dan berkesan kepada pengguna.

Berbalik kepada testimoni tadi, yang menariknya 2 in 1 kesan yang ibu mertua beliau dapat iaitu jeragat dan sakit lutut makin hilang. Dulu tak boleh lipat kaki dan terpaksa solat duduk, kini ibu mertua beliau dapat solat seperti biasa dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah.


Anak mana yang tak happy bila melihat ibu mereka semakin cantik dan sihat bukan?  Berita baik buat anda semua, sepanjang bulan Disember ini adalah promosi kolagen Shaklee.

- Collagen powder buy 6 free 1 rm1788
- Collagen powder buy 2 get 5% discount rm566.20

Kalau anda ingin beli dengan harga yang lebih murah, jom sertai keahlian Shaklee sekarang dengan saya :)

Saya percaya kolagen ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda semua. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda. 

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalamualaikum.

Salam Jumaat :)


1. Tidak liat membayar hutang.
Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya): "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang." (Muttafaqun ‘alaih)

2. Belajar al-Quran dan mengajarkannya.
Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya): “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Paling diharapkan kebaikannya.
Rasulullah S.A.W pernah berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda maksudnya: “Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?”

Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: “Ya, kami mahu wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami.”

Baginda bersabda: “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

4. Suami yang paling baik terhadap keluarganya.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

5. Paling baik akhlaknya dan menuntut ilmu.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kalian Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (Hadis Riwayat Ahmad)

6. Memberi makan.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan.” (Hadis Riwayat Ahmad)

7. Panjang umur dan baik perbuatannya.
Ada seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?”

Baginda S.A.W menjawab maksudnya: “Siapa yang paling panjang umurnya dan baik amalannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

8. Paling bermanfaat bagi manusia.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Thabrani & Daruqutni)

via Ustaz Hasnan

Semoga kita sama-sama dapat mencontohi 8 ciri di atas inshaa Allah. Ingatan untuk diri sendiri terutamanya.