Kursus Ibu Bapa Profesional Dan Anak Cemerlang Anjuran Institut Nury

Assalamualaikum.


Pada hujung minggu lepas 19-20/12/2015, Sue telah berkesempatan mengikuti kursus Ibu Bapa Profesional & Anak Cemerlang Anjuran Institut Nury di Ampang.


Kursus ini menerangkan lebih lanjut bagaimana peranan ibu bapa dalam membantu pembangunan otak anak kecil sejak dari lahir lagi. Antara topik yang dibincangkan ialah otak dan kemampuannya, umur kronologi tak semestinya umur neurologi, amalan pemakanan yang merangsang pembangunan otak, peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dan lain-lain.

Kursus ini turut disertai dengan latihan amali. Ini sangat membantu meningkatkan kefahaman kami yang menyertai kursus ini.

Antara fakta yang menarik perhatian Sue ialah:

1) Anak yang baru lahir tidak perlu dipakaikan mittens dan booties (sarung tangan dan sarung kaki). Ini adalah berdasarkan dari kajian oleh Dr Glenn Doman bahawa ianya membantu memberi rangsangan awal kepada bayi apabila bayi anda memegang ibunya (sewaktu menyusu), menyentuh tilam tempat dia tidur dan lain-lain.

Bayi dapat rasa pelbagai tekstur daripada sentuhan yang dilakukan. Bayi juga akan faham bahawa tangan dan kaki adalah sebahagian daripada anggota badannya.

Kebiasannya bayi dipakaikan sarung tangan untuk elakkan daripada mencakar mukanya sendiri. Oleh itu, jangan lupa untuk memotong kuku bayi anda bagi mengelak kecederaan di wajahnya.

2) Bayi disarankan untuk tidur meniarap. Mesti anda tertanya-tanya, tak sakit ke pusat bayi? Sebenarnya bayi kita sangat bijak tau. Dia pandai adjust dengan keadaan dirinya sendiri, dimana bayi akan mengangkat punggung sedikit sewaktu ditiarapkan. Maka dengan ini pusat bayi tidak akan sakit, dan tali pusat akan cepat luruh dari tarikan graviti.

3) Tak perlu bedung bayi. Kebiasaannya amalan bedung ini adalah bertujuan untuk mengelak dari bayi terkejut. Sebenarnya bagus untuk bayi terkejut kerana ia juga merupakan rangsangan awal pada bayi. Maksudnya bayi itu peka dengan persekitaran dan tiada masalah pendengaran.

4) Sebetulnya bayi tidak boleh skip proses untuk mereka merangkak dan sebagainya. Sebab apa? Kerana setiap skill baru yang bayi buat ianya telah mengembangkan sel otak mereka, membantu pernafasan mereka, membantu imbangan mereka dan lain-lain lagi.

Cuba anda fikir-fikiran, anda pernah terlepas mana-mana step sewaktu bayi tak? Jika YA, anda perlu ulang proses tersebut contohnya merangkak walaupun anda sudah dewasa. Huhu..

Penceramah juga meminta ibu bapa untuk mengelakkan penggunaan walker. Disuruhnya anda tanam sahaja walker jika masih ada walker di rumah. Sebenarnya walker mengangganggu perkembangan otak anak kerana anak anda akan skip proses merangkak.

5) Penceramah menekankan bahawa pemakanan yang sihat pada kanak-kanak sangat penting. Beliau ada menceritakan seorang kanak-kanak autisma yang agak teruk telah berjumpa dengan beliau namun tak nampak seperti budak autisma pun. Penceremah pun bertanya dengan emak budak tersebut apa yang beliau telah lakukan. Nak tahu apa? Mak budak tersebut membuang kesemua stok koko krunch ke dalam tong sampah. Sesungguhnya koko krunch itu merupakan makanan 'dera diri'.

Penceramah ada juga mencadangkan pengambilan suplemen kepada kanak-kanak jika sekiranya kanak-kanak tersebut kekurangan nutrisi dalam diet harian beliau. Of course nama Shaklee juga tersenarai dalam suplemen tersebut.

Nak tahu apakah suplemen terbaik untuk kanak-kanak. Klik SINI.

Banyak lagi sebenarnya input yang Sue dapat daripada kursus 2 hari ini. Sue amat menggalakkan kawan-kawan yang sudah mempunyai anak terutamanya yang berusia 0-6 tahun, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, ibu hamil, pengurus dan pengasuh taska dan juga guru untuk hadir ke kursus ini.

Memang sangat berbaloi-baloi dengan ilmu yang anda akan dapat nanti inshaa Allah. Di akhir kursus ini, kesemua peserta telah diberikan sijil.

Untuk maklumat lanjut anda boleh like FB Institut Nury atau hubungi Puan Zai 013 3519 659.

2 ulasan: