Membeli Belah Di Big Bad Wolf (BBW) 2015 Miecc The Mines

Assalamualaikum.

Semalam adalah public holiday bagi negeri Selangor bersempena dengan hari lahir Yang Di Pertuan Agong. Kesempatan cuti semalam, Sue dan suami membawa anak-anak membeli buku di BBW, MIECC The Mines Seri Kembangan.

Big Bad Wolf
Kami bertolak selepas sarapan pagi dan sampai di sana lebih kurang dalam pukul 9.45 pagi. Alhamdulillah, jalan tak jem. Sampai di sana, parking masih banyak dan orang pun masih tak ramai. Syukur sangat dipermudahkan.

Ini adalah kali pertama Sue ke BBW, sebelum ni hanya melihat kawan-kawan je update pasal beli buku. Kali ni target ke BBW memang nak cari buku untuk anak-anak je, sebab buku Sue ada yang masih belum habis baca, jadi jangan tamak ye...hehe..

Sesampai je kami di sana, disambut dengan penuh mesra oleh staf BBW. Kemudian Sue terus ke bahagian children books dan bermulalah episod mencari buku-buku yang bersesuaian dengan anak-anak Sue. Terliur tengok kawan-kawan dalam group Homeschooling Genius Syurga dok update hasil tangkapan. Harus la Sue cari sampai dapat juga kan fufufu...

Masa ni orang tak berapa ramai lagi, jadi agak mudah juga sebenarnya nak mencari buku anak-anak yang berkenan di hati. Bahagian buku kanak-kanak ni, dari pintu masuk anda terus jalan straight je ke hadapan, tak payah toleh kiri kanan, pandang hadapan je, pasti akan jumpa. Dia area escelator yang tak bergerak tu.

Sebelum nak pilih buku jangan lupa ambil bakul yang disediakan ye. Nak bawa beg atau bakul sendiri pun takpe. Air masak pun elok dibawa bersama, mana tau kan kalau nak lepak lama kat sana. Memang boleh jadi rambang mata tengok banyak buku yang best best belaka. Semua nak (amboih tamaknye)...

Oh ye, untuk buku kanak-kanak, selain daripada yang Sue bagitau tadi, ada juga dijual di bahagian kaunter cashier sewaktu nak membayar buku nanti ye, dan juga selepas KELUAR daripada kaunter cashier. Dekat bahagian luar ni pun buku kanak-kanak yang dijual adalah sangat menarik seperti pop up book, flashcards, board book dan pelbagai lagi.

Selain itu turut dijual adalah pelbagai jenama alat tulis, fridge magnet, t-shirt, frame gambar, dan lain-lain. Yang pasti, semuanya memang menarik. Anda hanya perlu sediakan wang yang secukupnya sahaja atau nak guna credit kad pun boleh je.

Meh tengok hasil tangkapan Sue yang tak seberapa di BBW 2015, semoga tahun depan mudah-mudahan ada rezeki Sue dapat pergi sekali lagi insyaAllah.

Buku anak-anak
Buku anak-anak
Buku suami
Antara fridge magnet yang dijual
So korang yang berdekatan, sila terjah BBW ye, memang banyak sangat buku menarik yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Bagi anda yang jauh tak dapat datang, jangan risau kerana anda boleh kirim pesanan buku anda pada personal shopper BBW (sila google personal shopper bbw).

Jangan berlengah lagi, BBW akan berakhir pada hari Isnin 14/12 ni ye. Selamat bershopping. Awuuuukk...

7 ulasan:

  1. dulu el igt big bad wolf ni movie tau
    hahahah byk ke sopin tu sue

    BalasPadam
  2. hritu g the mines...nk masuk parking pun jam....ramai kot yg g BBW ni....sy lom kesempatan nk g BBW nih... hhiih

    BalasPadam
  3. aaaaa fridge magnet captain !!! huwaaaa.. nak sebijik =(

    BalasPadam
  4. banyaknya sue grab buku, ni mesti rajin membaca :)

    BalasPadam