Tampil Bergaya Ke Majlis Perkahwinan

Setiap kali tibanya musim cuti sekolah, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Bagi anda yang diundang ke majlis bersejarah tersebut pastikan penampilan anda sesuai dengan majlis yang dihadiri. Tip-tip di bawah pasti membantu anda tampil menawan saat menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara mahupun sahabat handai.


1) Patuhi kod pakai (jika ada)
Terdapat sesetengah pihak mempelai yang mengenakan kod pakaian untuk tetamu menghadiri majlis perkahwinan mereka. Bagi menghormati permintaan pihak mempelai anda seharusnya mematuhi kod pakaian yang dipinta.

2) Pilih pakaian yang sesuai
Sesuaikan pakaian anda dengan suasana persekitaran majlis yang diadakan seperti di bawah khemah, di dewan, di hotel dan sebagainya.

3) Elak bergaya seksi
Majlis perkahwinan biasanya dihadiri oleh pelbagai peringkat umur. lebih manis jika anda memakai baju kurung mahupun kebaya.

4) Kasut yang selesa
Anda perlu mementingkan faktor keselesaan terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain. Mungkin anda boleh mengenakan kasut bertumit rata supaya pergerakan anda lebih selesa lebih-lebih lagi jika tempat meletak kenderaan jauh dari rumah pengantin. Jika boleh elakkan daripada memakai selipar.

5) Jangan abaikan solekan
Anda tidak perlu bersolek tebal, namun cukuplah sekadar solekan yang nipis tetapi kelihatan segar. Cukuplah sekadar memakai maskara, bedak asas serta gincu bibir.

6) Tetamu lelaki
Berbaju Melayu lengkap bersamping pasti membuat penampilan anda kelihatan kemas dan segak. Ataupun anda boleh memilih berbaju batik agar nampak sempurna. Jika memilih t-shirt dan jean pastikan ia berkolar dan baju dimasukkan ke dalam agar lebih kemas.

7) Penggayaan aksesori
Gayakan aksesori seperti rantai, subang mahupun kerongsang yang bersesuaian dengan pakaian yang dikenakan. Namun jangan terlalu sarat dengan aksesori kerana ia akan menjadikan anda kelihatan serabut.

8) Semburan minyak wangi
Pastikan anda tidak lupa menyembur minyak wangi sebelum melangkah ke majlis. Sekurang-kurangnya anda akan berasa segar serta berkeyakinan tinggi biarpun ketika suasana berada dalam waktu panas.

5 ulasan:

  1. kena amik kira tips nih...skg dh musim org kawen....hehehhe

    BalasPadam
  2. Yang no8 tu pending,huhuu.... Dan plng sakit mata bila ade yg dtg kndri pki seluar jeans(girl)

    BalasPadam
  3. Kalau gi kenduri nani suka pakai kasut flat je sennag nak berjalan. Hehhe

    BalasPadam
  4. nice tips ... yang penting kemas kan :)

    BalasPadam