Kawan-kawan, jom support giveaway dari adik Wani kita ni ^^. Sue merupakan salah seorang sponsor hadiah giveaway ni. Jom ramai-ramai join k.

Assalamualaikum and peace upon you. ^^


First Giveaway 2015
Senarai Hadiah.

Top Refferal.
  • 1 set Beauty Product x1 by Merlyn
  • Topup RM5 x1 by Sheila
Random.
Good luck! ^_^

Assalamualaikum.

Tamat 7/2/15
Assalamualaikum.

Kebiasaan bagi anak eczema adalah kulit terasa sangat gatal kemudian menggaru sehingga berdarah. Salah satu cara untuk melegakan rasa gatal tersebut ialah memandikan anak dengan air rooibos tea.

rooibos tea

FAKTA KEBAIKAN TEH ROOIBOS - UNTUK SEISI KELUARGA
  • Tulen dan Semulajadi - tidak mengandungi pengawet serta pewarna tambahan.
  • Tanpa Kafien - yang mengganggu sistem saraf.
  • Mengandungi Anti-oksidan yang kuat, yang melawan radikal-bebas yang melemahkan pertahanan semulajadi badan dan membawa kepada ketuaan.
  • Sangat berfaedah bagi masalah sakit kepala, gangguan tidur, insomnia, gementar, tekanan dan darah tinggi.
  • Masalah penghadaman - kembung perut, muntah-muntah, panas-dalam, ulcer perut, dan sembelit.
  • Ciri-ciri Anti-spasmodic, yang melegakan kekejangan perut pada bayi.
  • Membantu mengawal alahan seperti demam dan lelah.
  • Mempunyai kesan "lembut" pada kulit - melegakan keringsaan dan masalah kulit seperti eczema dan ruam lampin.
  • Mengandungi pemanis tanpa gula - sesuai untuk pengidap kencing manis.
  • Rendah tannin - tidak mengganggu penyerapan zat besi oleh badan.
  • Mengandungi zat besi, potassium dan kuprum - penting untuk proses metabolisma badan.
  • Kaya kalsium, mangan dan florida - penting untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Mengandungi zink dan asid alpha hydroxy, berperanan dalam mencantikkan kulit.
  • Mengandungi magnesium - penting untuk sistem saraf.
  • Tidak mengandungi asid oksalik - sesuai untuk pengidap batu karang.
  • Penghilang dahaga - hidangkan bersama ais, sedikit gula/madu dan limau.
Pilihan rooibos tea Sue ialah dari Cosway.

rooibos tea
1 kotak 30 sachet. Harga dah tak ingat berapa.

Cara-cara mandikan anak ekzema dengan rooibos tea ialah:

1) Rendamkan 1 sachet rooibos tea ke dalam 500ml air panas.
2) Kemudian dicampurkan ke dalam air mandian (bath tub) bayi
3) Rendamkan bayi di dalam air sekurang-kurangnya 15 minit
4) Siap. Tak perlu dibilas

InsyaAllah gatal-gatal akan berkurangan. Ini adalah salah satu ikhtiar selain menggunakan produk Moogoo, Buds dan lain-lain yang bebas steroid. Selamat mencuba.

Jemput baca:
Assalamualaikum.

Jom ramai2 join.
Assalamualaikum.


Tahun baru, semangat pun baru. Semoga tahun baru 2015 memberi lebih banyak kejayaan dalam hidup Sue dan kawan-kawan semua.

Awal tahun 2015, setiap hujung minggu jadual padat dengan kelas Shaklee. Hujung minggu pertama Sue menghadiri kelas marketing Shaklee yang diadakan di Mirc Bangi.

Dalam kelas ini diajar sedikit berkenaan penulisan di blog, cara menjual di instagram dan bagaimana menguruskan bisnes menggunakan smartphone.

Kelas bermula dari pagi dan tamat selepas Zohor.


Kelas seterusnya diadakan di Faizlworld Training Centre, Paragoint Bangi. Kelas bermula dari pagi dan tamat pada jam 6 petang.

Dalam kelas ini menyentuh topik beberapa produk Shaklee, bagaimana membuat marketing di instagram serta slot motivasi di akhir program. 


Heee..ada terselit gambar Sue dapat hadiah kerana berjaya menjawab soalan kuiz produk Shaklee. Rezeki dapat hadiah pada hari tersebut, alhamdulillah..

Jika anda perasan dalam kedua-dua gambar di atas, ternampak kelibat anak-anak kecil dan juga suami. Ya tepat sekali, ini kerana dalam kelas Shaklee boleh je bawa suami dan anak-anak. Asalkan korang pandai-pandailah mengawal anak-anak supaya tidak terlampau membuat bising.

Itu yang bestnye kelas Shaklee ini. Sambil menimba ilmu, anak-anak tidak terabai.

Dalam kelas tersebut juga, ada suami yang turut berkongsi kisah bagaimana dia dahulu tidak support isteri buat bisnes Shaklee, akhirnya kini beliau telah memberikan sokongan 100% pada isteri beliau buat bisnes Shaklee. Sharing yang saya rasa dalam tawa ada tangisnya..


Oh ya, kelas-kelas ini bukan dianjurkan oleh syarikat Shaklee ye. Kelas ini adalah inisiatif leader itu sendiri. Kelas Shaklee pun ada saya kongsikan iaitu Bengkel Nutrisi Shaklee dan banyak lagi sebenarnya.

Anda mempunyai pilihan samada mahu atau tidak untuk menghadiri kelas-kelas ini. Yuran yang dikenakan pun adalah sangat minimum iaitu sekadar membayar untuk duit makan je sebenarnya.

Namun bagi saya, jika ada kelapangan ruang dan waktu, saya pasti akan menghadiri kelas-kelas tersebut. Ilmu yang dapat lebih bernilai dari wang yang dibelanjakan untuk kelas. Pasti akan dapat sesuatu yang berharga setiap kali datang kelas. Percayalah!

Bulan Januari, sudah top up dengan ilmu, aura kejayaan dan kasih sayang dengan insan-insan hebat dalam Shaklee. Semoga 2015 ini memberi satu perubahan besar yang positif dalam hidup Sue InsyaAllah. 

Doakan Sue ye kawan-kawan. Semoga kawan-kawan juga dilimpahi kekayaan, kejayaan dan keberkatan dalam hidup insyaAllah :) ...
Penyakit campak atau lebih dikenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan melalui bersin atau batuk.

cara mengatasi parut demam campak

Al kisahnya begini, sewaktu kecik dulu Sue, belum kena demam campak lagi. Semasa anak sulong berada di taska, waktu tu dia berusia 3 bulan kalau tak silap. Pada masa itu, Sue masih bekerja di pejabat. Habis jer pantang terus hantar anak ke taska.

Balik kerja petang tu main sekejap dengan anak, Sue perasan ada biji-biji berair di tepi pinggang badan dia. Dalam hati terdetik, Oh no! campak ke ni? Sebab dia tak demam pun.

Esok pagi bangun tengok dah penuh badan dia, belum lagi turun ke kaki. Jadi, memang confirmlah kena campak.

Kesian anak Sue, baru habis pantang dah kena demam campak pulak. Sue hanya sapu calamine lotion dan mandikan dia dengan air sabun Neem, memandangkan susah nak mendapatkan daun semambu di kawasan perumahan Sue.

sabun neem

Selepas 10 hari, demam campak  anak dah hampir sembuh, giliran Sue pulak kena. Tak sangka di usia Sue 25 tahun ketika itu kena demam campak. Malam tu Sue rasa seakan-akan sakit sendi, lenguh segala urat, badan rasa seram sejuk. Malam tu tidur selubung dengan sweater dan selimut.

Esok pagi bangun terkejut tengok badan dah penuh dengan campak. Pasrah je lah...Setiap hari Sue sapu seluruh badan dengan calamine lotion, minum air kelapa dan mandi dengan sabun Neem. Alhamdulillah memang tak menggaru.

Selepas seminggu, demam campak Sue mula surut, alhamdulillah bersyukur sangat.

Demam campak ni orang kata boleh berulang lagi, so kena jaga-jagalah ye. Part yang paling mencabar ialah nak menahan gatal tangan nak menggaru dengan nak hilangkan parut selepas demam campak.

Dilema ini turut dirasai oleh Puan Hidayah yang mengalami demam campak sewaktu di usia dewasa. Muka beliau bercapuk, penuh parut. Apa yang beliau buat untuk kembali cantik? Jom tonton video ni.


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

Puan Hidayah berasa sangat rendah diri akibat parut yang teruk di muka. Beliau malu dengan suami dan juga dengan orang sekeliling.

Selepas sebulan mengambil set kecantikan kulit Shaklee iaitu B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Gla Complex, beliau kembali cantik dan kembali yakin tampak cantik di mata suami. Alhamdulillah, usaha yang membuahkan hasil.

Menghilangkan parut adalah cabaran terbesar, tapi dengan set kecantikan Shaklee ini, tiada apa yang menjadi masalah lagi.

Mengapa perlu tunggu lagi? Jangan biarkan kekesalan menyelubungi anda pada masa akan datang. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Alah membeli, menang memakai.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

Tahukah anda buah dan sayur yang mempunyai warna yang berbeza mempunyai khasiat yang pelbagai.


1) Hijau
Mengandungi kandungan antioksidan iaitu lutein yang tinggi yang membantu memberikan penglihatan yang baik. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

2) Merah
Sayur dan buah merah juga pilihan yang bagus kerana kandungan antioksidan iaitu lycopene dan anthocyanin yang merupakan anti radang baik untuk jantung. Ia juga menguatkan daya ingatan dan mengurangkan risiko barah.

3) Kuning dan oren
Sayur dan buah berona kuning kaya dengan vitamin C serta antioksidan seperti karotenoid dan bioflavonoid.

Mereka baik untuk mata dan jantung serta mengurangkan risiko sakit sendi serta kanser. Vitamin C dan bioflavonoid bergabung menguatkan sistem kekebalan tubuh.

4) Ungu
Sayur dan buah warna ungu bukan sahaja menarik tetapi banyak kelebihannya. Semakin tua warnanya maka semakin tinggi kandungan nutriennya. Kaya dengan flavonoid, ia boleh menguatkan memori dan merendahkan risiko sakit jantung.

Selepas mengetahui khasiat warna setiap sayur , lagi bertambah minat anda, untuk makan sayur setiap hari bukan.
Tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, kadang kala akan mengalami masalah penat, letih, badan lesu dan tiada tenaga. Itu bagi saya adalah normal.

panduan hilangkan rasa penat

Namun jika sekiranya anda mengalami penat yang terlampau sehingga mengganggu tugas hakiki, langsung tak boleh bangun sehingga perlu ambil cuti sakit (MC), tekanan darah tinggi naik, production susu ibu merudum, anda perlu cuba ikhtiarkan sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut.

Pada perkiraan saya, golongan yang sering mengalami rasa penat, letih, badan lesu dan tiada tenaga ini ialah:

1) Surirumah
2) Individu yang sentiasa balik kerja lambat
3) Individu yang sering outstation
4) Ibu yang bekerjaya
5) Individu yang sering travel atau backpack
6) Dan lain-lain

Masalah yang sama turut dikongsikan oleh Puan Norazlina yang sering outstation ketika bekerja sebagai jurutera suatu ketika dulu.


Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik...

Balik saja dari travel beliau terpaksa ambil MC keesokan harinya kerana badan terlalu penat.

Setelah beliau konsisten Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP dan CoQ10, alhamdulillah beliau tidak lagi mengalami keletihan yang terlampau. Beliau dapat meneruskan kerja seperti biasa tanpa risau akan kepenatan lagi.

Anda di luar sana mengalami masalah yang sama? Apa kata anda cuba produk Shaklee ini. Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini.

Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.


Selamat hari lahir Kak Fuza yang cantik, manis dan solehah :). Semoga dipanjangkan umur dalam kebaikan, dimurahkan rezeki yang berkat, mendapat kasih sayangNya di dunia dan akhirat InsyaAllah.


Assalamualaikum.

Nile.com.my yang merupakan online shopping Malaysia yang menjual baju muslimah , Kasut , Beg , Barang-barang Gym , Buku , Barang Dapur , dan banyak lagi akan melancarkan GiveAway semasa Tahun Baru China iaitu pada 19 Februari 2015 .

Untuk maklumat lanjut cara-cara join giveaway ni, kalian boleh klik link LYSSA FAIZUREEN.

Klik banner untuk memilih produk

RM53.50

RM26.80
RM29.90 + RM 32.90 + RM53.50 + RM26.80 + RM3.50 + RM3.20 = RM149.80

Jom ramai-ramai join :)

Assalamualaikum.


Haid tidak teratur memang menggusarkan kebanyakan wanita, terutamanya yang bergelar isteri. Kadang-kadang tu sampai terbawa-bawa fikir benda lain seperti:

haid tidak teratur, cara mengatasi haid tidak teratur

1) Takut-takut petanda kepada sebarang penyakit yang tak diketahui. Mungkinkah isteri anda sebenarnya ada penyakit endometriosis, atau PCOS ? Ish, takut la pulak.

2) Isteri asyik2 nak ngamuk, asyik2 nak merajuk atau sikit2 tak boleh. Kalau berpanjangan, rumah tangga boleh jadi panas.Yang suami dok ingat isteri dia ok je sbb setiap kali tanya "awak OK?", isteri dia pasti jwb "ai ok je"; padahal sang isteri nak dibelai2 nak di tolong2, etc.

3) Sukar nak rancang hubungan suami isteri; lebih-lebih lagi kalau duduk berjauhan. Suami kerja kat Delhi (India) & isteri pulak berkhidmat di Shanghai (China), 3-6 bulan baru boleh ambik cuti nak bersua-muka. 

Dah susah2 ambek cuti dan travel jauh2, pun masih tak dapat bersama. Ingatkan dah lampu HIJAU, sekali masih lampu MERAH. Haid tak teratur punya pasal. sedih? kecewa? rugi pun ade...

4) Of cos, sukar nak rancang kehamilan. dah kahwin 5-7 tahun masih belum ada rezeki. Atau elok2 dah bajet nak anak setiap 2-tahun, sekali lepas setahun pun dapat anak lagi. Bila haid tak datang-datang, tak tahu masa tu subur ke tak ke, tau-tau dah mengandung. 

Ini yg bila doktor bagitau "tahniah, awak berbadan dua", kita tak tahu nak gembira terlompat2 ke atau seram sejuk nak tunggu timing cantek baru nak bagitau suami.

Begitu serius kan haid tak teratur nih?

Mengapa haid saya tidak teratur? 
Ada beberapa perkara yang menyebabkan ia berlaku. Pertama, hormon anda mungkin tidak seimbang. Stress juga adalah faktor penyumbang lain kepada haid yang tidak teratur. 

Diet atau riadah yang melampau juga boleh menyebabkan haid tidak teratur. Jika masalah ini berterusan, kami menasihatkan anda supaya berjumpa pakar ginekologi.  

Masalah yang sama turut dialami oleh Puan Ija Ramli. Haid tidak datang selama setahun. Badan rasa letih, emosi terganggu dan tidak selesa. Apa yang beliau buat?

Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung 

Selepas konsisten selama 3 minggu menggunakan Set Asas Shaklee dan GLA Complex Shaklee, haid beliau kembali datang seperti biasa. Tak rugi tau cuba!! Bukan sahaja dapat mengembalikan kitaran haid yang normal, malah sebagai BONUS dapat kulit yang cantik jugak!! Wow syokkan??

Testimoni kulit cantik dengan GLA Shaklee.

Apakah keistimewaan Shaklee GLA Complex berbanding Evening Primrose Oil (EPO) jenama lain?


cara mengatasi haidtidak teratur

Evening Primrose Oil diambil daripada bunga evening primrose (EP). Benih bunga liar EP mengandungi sehingga 25% asid lemak penting termasuk Linoleic Acid (LA) dan Gamma-Linoleic Acid (GLA). 

Asid Lemak sangat mempunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutamanya wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8% GLA complex.

Shaklee GLA diekstrak daripada minyak borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah diserap. 

Ia dinamakan GLA complex kerana selain borage oil di dalamnya terdapat campuran vitamin E dan minyak benih bunga matahari.

GLA complex BOLEH diambil semasa kedatangan haid.

Peringatan : Jika anda mengambil warfarin atau ubat mencairkan darah, elakkan pengambilan GLA.

Kenapa GLA penting?
Gamma-linoleic Acid (GLA) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal.

testimoni period tak teratur

Testimoni mereka yang telah mencuba GLA COMPLEX: (Klik imej untuk lebih jelas)

Testimoni 1

testimoni period tak teratur

Testimoni 2

testimoni period tak teratur

Testimoni 3

testimoni period tak teratur

Anda di luar sana mengalami masalah yang sama? Apa kata anda cuba produk Shaklee ini. Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini.

Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.


Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

solat sunat dhuha

SOLAT DHUHA

Menarik bantuan Allah swt

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunatkan untuk kita mengerjakannya sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu zohor.

1) Dosa terampun

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

(HR Tarmidzi)

2) Orang bertaubat

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

(HR Hakim)

3) Orang yang taat

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."

(HR At-Thabrani)

4) Masuk syurga dari pintu yang khas

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

(HR At-Thabrani)

5) Rezeki beres

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”

(HR Abu Darda)

6) Sudah bersedekah

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."

(HR Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.

Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.
Buah pinggang mempunyai peranan penting dalam pengawalan tekanan darah. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik akibat sakit buah pinggang, bahan buangan akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan pesakit tidak sihat.

sakit buah pinggang

Penyakit buah pinggang kronik boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang perlu menerima rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. 

Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal boleh mencegah atau melambatkan komplikasi penyakit buah pinggang kronik.

Siapa yang birisiko?
  • Pesakit yang menghidap kencing manis.
  • Kerap makan ubat tahan sakit atau ubat-ubatan tambahan (supplement) yang tidak diketahui.
  • Pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari.
  • Pesakit yang mempunyai sejarah keluarga penyakit buah pinggang yang ketara.
Apakah tanda - tanda dan gejala penyakit buah pinggang kronik?

Gejala penyakit buah pinggang bergantung kepada tahap dan peringkat penyakit itu. Pada peringkat awal penyakit buah pinggang, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala. 

Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit. Pada peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku :
  • Sentiasa rasa letih
  • Bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam / berdiri yang berpanjangan
  • Rasa loya / muntah berterusan
  • Tekanan darah tidak terkawal
  • Jumlah air kencing berkurangan
Suplemen Shaklee untuk ikhtiar sakit buah pinggang ialah:

sakit ginjal

- Mengandungi 15 polifenol yang berkuasa dalam setiap 1 sudu teh
- Membekalkan tenaga
- Melindungi dan memperbaiki DNA
- Sumber yang semulajadi  iaitu dari anggur muscadine, european elderberry, polygonum cuspidatum dan purple carrot

- Mengurangkan tekanan darah
- Menurunkan paras kolesterol
- Mengurangkan risiko berlakunya darah beku

- Mengandungi 15 mineral, 10 vitamin gantian (fiber) dan protein
- Membantu sistem badan berjalan dengan lancar
- Mengurangkan sembab (water retention), kelesuan, masalah pencernaan, kekurangan selera makan
- Membantu melawaskan usus

Testimoni Produk Shaklee:

Testimoni 1

sakit ginjal

Testimoni 2

sakit buah pinggang

Testimoni 3

sakit ginjal


Testimoni 4

sakit ginjal

sakit ginjal

Peranan kita hanya satu iaitu berikan sel kita zat makanan yang ia perlukan dan bukan yang tekak kita inginkan. Berikan badan kita pemakanan yang terbaik dan jangan yang kedua terbaik.

Tanya diri kita berapakah harga nilai KESIHATAN kerana kesihatan itu MAHAL.

Bukan mustahil jika kita berusaha mencari ikhtiar kerana Tuhan telah menjanjikan bahawa setiap penyakit diturunkan juga ubatnya KECUALI penyakit mati. Tetapi jika kita berhenti mencari ubatnya maka disitulah akhirnya.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

Resepi ringkas ini selain dari kita yang makan, ianya juga boleh dijadikan salah satu menu berpantang bagi ibu selepas bersalin.

Sumber: google
Bahan-bahan:
Setengah cawan ikan bilis
2 batang serai dihiris
2 biji cili padi dihiris 
1 biji tomato dihiris
1 biji limau nipis diambil airnya
Sedikit daun bawang dihiris
Sedikit daun ketumbar dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Penyediaan:
1) Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
2) Campurkan kesemua bahan hirisan dan gaulkan bersama ikan bilis.
3) Perasakan dengan garam, gula dan sedikit air limau nipis.
4) Gaul rata dan hidangkan.

Selamat mencuba.
Hampir semua bayi baru lahir masa kini akan mengalami jaundis. Jaundis yang kini kerap menyerang bayi baru lahir dikenali sebagai physiological jaundis. Ia bukannya penyakit! Selagi paras bilirubin mencecah paras berbahaya, ia tidaka memudaratkan.

kuning pada bayi

Bayi pramatang atau kurang berat badan amat mudah untuk mengalami jaundis. Malah, bayi yang tidak menyusu secukupnya terutama di awal kelahiran dan tidak membuang najis dengan kerap sangat mudah mengalami jaundis.

KOLUSTRUM dan susu ibu yang diterima bayi akan membantunya membuang air besar. Ia mampu mempercepatkan proses penyingkiran bilirubin dari sistem tubuh bayi.

Sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperoleh oksigen daripada darah anda. Sejurus lahir, dia tidak lagi memerlukannya kerana memperoleh oksigen melalui udara.

Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin itu perlu disingkirkan segera daripada tubuhnya selepas lahir. Jika tidak, ia boleh diserap semula ke dalam sistem tubuh bayi.

Bilirubin pula merupakan sisa sel darah yang perlu dikeluarkan daripada aliran darah oleh hati dan dibuang melalui mekonium dan najis bayi.

Walaubagaimanapun, hati bayi belum sepenuhnya matang lalu menyebabkan ia tidak berupaya untuk memproses dan membuang bilirubin dengan segera pada hari pertama kelahiran bayi.

Kebiasaannya, hati bayi baru lahir mengambil masa antara SEMINGGU hingga DUA MINGGU untuk menjadi matang bagi menangani pertumbuhan bilirubin dalam darah.

Secara puratanya bayi baru lahir yang normal akan mengalami paras tertinggi iaitu 6mg/dl sekitar hari ketiga hingga kelima. Namun, ia akan turun kira-kira 2-3mg/dl di akhir minggu pertama dan beransur-ansur menjadi 1mg/dl di akhir minggu kedua selepas tarikh kelahiran.

Bagi mengatasi masalah peningkatan paras jaundis, rawatan TERAPI FOTO akan disarankan oleh kebanyakan doktor. Rawatan ini memerlukan kulit bayi didedahkan kepada lampu biru yang berupaya memecahkan bilirubin sekali gus memudahkan penyingkirannya dari sistem tubuh bayi.

photo therapy

Ia sangat efektif kerana terapi ini boleh menurunkan paras bilirubin dengan pantas.

Panduan Mengelak dan atau Merawat Jaundis

1) Susukan bayi sejurus selepas lahir dan sekerap yang boleh. Kolustrum bertindak sebagai laksatif  dan kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin.

2) Elakkan memberi bayi AIR! Perlu diingatkan, hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.

3) Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap DUA jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.

4) Jika bayi kerap lena ketika menyusu terus daripada payudara dan membuang najis KURANG daripada tiga kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payudara setiap kali selepas sesi penyusuan dan beri dia susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan atau tiub penyusuan.

5) Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Bogelkan (hanya memakai lampin) dan dedahkan dia di kawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari sepertia anjung di luar rumah.

6) Anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan sulfa. Anda mungkin boleh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.

Jenis-jenis Jaundis

1) Jaundis pathologic berlaku dalam tempoh 24jam kelahiran berikutan peningkatan dalam pemecahan sel darah merah mahupun ketidaksesuaian jenis darah anda dan bayi atau penyakit yang mengganggu pemprosesan bilirubin oleh hati.

Penyusuan susu ibu sangat digalakkan dalam kebanyakan kes pathologic kecuali jaundis itu disebabkan oleh galaktosemia.

2) Jaundis susu ibu (late-onset) berlaku dalam 4% bayi yang dilahirkan dan biasanya berlaku selepas hari kelima dan berpanjangan sehingga 10 minggu atau lebih. Penyusuan susu ibu perlu diteruskan seperti biasa tanpa campur makanan lain seperti air, susu kambing dan lain-lain.

Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk mengurangkan jaundis.


Susah membuang air besar atau sembelit semasa dalam pantang memang masalah biasa bagi ibu-ibu selepas bersalin. Tapi, jika tidak dirawat, kesannya cukup menyeksakan dan boleh jadi trauma.

sembelit selepas bersalin

Saksikan video pengalaman berpantang Puan Khadijah Hasmad yang mengalami sembelit yang teruk sehingga trauma untuk hamil kali kedua.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? 

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara.

1) Kurang minum air. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.

2) Pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba.

3) Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’.

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan.

Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor.

1) Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

2) Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.

3) Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomy terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut

Cara mengatasi sembelit:

1) Banyak minum air iaitu 6-8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing serta mengurangkan sembelit.

Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu akan menjadi kurang.

2) Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamnya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya memburukkan lagi keadaan.

3) Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4) Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5) Pengambilan set berpantang Shaklee sangat membantu. Tonton video di atas sebagai bukti bahawa set berpantang Shaklee sangat terbaik untuk ibu-ibu berpantang.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)