Assalamualaikum


Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015
Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine max merupakan salah satu daripada 7 "super foods" di dunia. Keistimewaan kacang soya terletak pada khasiatnya kerana ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

kebaikan soya

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan , malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak. Jadi, nikmatilah minuman kacang soya anda kerana kacang soya selamat, berzat, murah dan sesuaibagi semua lapisan umur.

Khasiat kacang soya
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan 12 kali susu. 

kelebihan soya berbanding protein lain

Kacang soya dapat membantu keperluan wanita diantaranya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan dan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga dikatakan efektif meredakan gejala panas (hot flashes) akibat menopaus dan membantu mencegah kanser dan anemia.

Kandungan kalsium dan mineral dalam kacang soya turut membantu memecah lemak, menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.

Kacang soya berada dalam kelompok kekacang yang merupakan sumber makanan yang sangat baik untuk ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja kaya zat besi, kacang ini juga adalah sumber protein bukan daripada haiwan yang murah dan senang didapati.

Susu kacang soya juga adalah antara makanan yang dapat meningkatkan penghasilan susu bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif.

Ini turut diakui oleh Puan Farah berkenaan protin soya dalam membantu beliau membuat stok susu untuk anak beliau. Untuk makluman, Puan Farah adalah seorang jururawat yang bekerja shift di IJN tetapi masih mampu membekalkan susu ibu pada anak beliau.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

Shaklee pun ada juga mengeluarkan produknya yang berasaskan kacang soya iaitu Soy Isolate Powder (ESP). Nak tahu kelebihan soya Shaklee KLIK SINI. Testimoni Shaklee ESP KLIK SINI.

protin soya

Shaklee ESP sesuai di ambil oleh golongan lelaki mahupun wanita. Boleh diambil seusia 13 tahun sehingga usia warga emas. 

Boleh hubungi Sue untuk mendapatkan soya Shaklee anda.
Bersenam ketika hamil mampu mempertingkatkan sistem pernafasan. American College Of Obstericians and Gynecologist (ACOG) menyatakan, kegiatan senaman ringan selama 20 minit setiap hari mampu mencergaskan diri. 

Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar. Tak nakla dalam pantang trauma macam Puan Khadeejah ni, kesian dia sebab mengalami sembelit yang teruk.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit 

Bagusnya bersenam sewaktu hamil antaranya ialah:
  • Meningkatkan pemulihan selepas bersalin 
  • Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung 
  • Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin 
Tengok contoh macam Puan Salwa ni, berjaya menurunkan berat badan sehingga 20kg selepas berpantang. Kagum sungguh Sue melihat semangat beliau.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Selain itu, jenis senaman pula mestilah bersifat lembut dan sederhana seperti pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan sahaja lembut tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting.

Suka Sue nasihatkan pada mommies untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu berhubung senaman yang sesuai anda lakukan. Jadi Sue kongsikan 6 senaman yang boleh ibu hamil lakukan sendiri di rumah mahupun di mana jua.


1) Senaman lantai pelvik
Semasa mengandung, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Jadi anda akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik.

Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.


2) Menaiki tangga
Senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan  bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

Contoh seperti Puan Ainul ni, dah hampir bersalin pun masih kuat memanjat Candi Borobudur, Fuyyo! Cayalah mama gojes ni...

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 

3) Berjalan kaki
Aktiviti berjalan juga boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan berjalan secara perlahan dengan jarak yang dekat. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.

4) Bertinggung
Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atass kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredekan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

mencangkung

5) Kerja rumah
Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh mencederakan ibu dan janin dalam kandungan. Jangan lupa minum banyak air.

Tengok contoh seperti Puan Haridah ni, dalam keadaan berpuasa pun masih kekal cergas dan aktif walaupun sedang hamil.

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni

6) Berenang
Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

swimming

Diharapkan pada ibu hamil untuk mencuba aktiviti senaman yang Sue kongsikan di atas. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti senaman anda. Semoga mommies kekal cergas dan dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Assalamualaikum.

minyak ikan

Minyak ikan terkenal sebagai antara suplemen untuk otak yang bijak di kalangan kanak-kanak. Banyak manfaat yang diperoleh hasil daripada suplemen minyak ikan seperti yang Sue kongsikan DI SINI.

Terdapat pelbagai jenama minyak ikan yang di jual di pasaran. Kenapa anda perlu memilih jenama Shaklee?

1) Minyak ikan Shaklee menjalani proses penyulingan berperingkat (Triple Molecular Distillation). Ianya bertujuan untuk:
  • Menyingkirkan bahan kontaminasi seperti arsenik, kadmium, dioksin dan PCB
  • Mencegah pembentukan lemak trans merbahaya dalam menghasilkan minyak ikan yang sihat
  • Bau dan rasa ikan yang minima
minyak ikan

2) Memberikan jumlah DHA & EPA yang lebih banyak berbanding jenama lain di pasaran. Sila rujuk jadual di bawah.

minyak ikan
Kandungan DHA & EPA minyak ikan Shaklee adalah lebih banyak berbanding jenama lain
3) Harga yang berpatutan. Satu botol mengandungi 90 biji minyak ikan. Sesuai di ambil oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas sehingga usia warga emas mengikut dos yang telah ditentukan.

Bulan ni promosi omega guard sehingga 31 Mei 2015.
- Beli 7 pada harga 6 botol (RM864.96)
- Beli 2 botol diskaun 5% (RM273.90)

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Selepas bersalin, apa yang ada di fikiran ibu-ibu ialah usaha untuk kembali langsing. Ye lah kan, semasa hamil berat badan naik banyak dan bentuk badan banyak berubah. Mestilah nak jaga penampilan yang cantik depan suami. Kang cik abang asyik komplen jer, panas telinga ni mendengar kan?

rahsia cepat kurus selepas bersalin

Contohnya macam Puan Salwa ni, orang tak percaya yang dahulunya beliau pernah kurus. Akibat malu diejek oleh rakan-rakan, kini beliau telah berjaya menurunkan sehingga 20kg selepas bersalin.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Paling nyata, selepas bersalin, perut akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang meregang di abdomen. Jangan putus asa, amalkan tip kurus berikut bagi memastikan impian anda untuk kembali langsing seperti dahulu menjadi kenyataan.

1) Santai
Untuk mengembalikan bentuk tubuh yang langsing, ia memerlukan masa. Tubuh badan anda telah mengalami satu perubahan yang besar selama sembilan bulan hamil. Jadi janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh masa yang singkat.

2) Susukan anak
Seorang ibu yang menyusukan bayi dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Sebanyak 500 kalori dibakar setiap kali anda menyusukan bayi anda.

menyusu bakar 500 kalori
Menyusu membakar 500 kalori setiap hari

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

3) Bergerak


kereta sorong

Dapatkan nasihat doktor mengenai senaman atau olahraga yang sesuai dilakukan selepas bersalin. Paling mudah, membawa bayi berjalan di sekitar rumah dalam kereta sorong/stroller selama 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4) Makan sedikit
Jangan menunggu rasa lapar untuk makan kerana berpotensi untuk makan lebih banyak ketika ini. Kurangkan nasi dan lebihkan lauk dan sayur-sayuran. Anda disyorkan mengambil 5-6 sajian kecil setiap hari.

5) Kudapan sihat


buah tempatan

Gantikan kudapan seperti kerepek dan ais krim kepada makanan yang lebih sihat seperti kekacang, buah-buahan dan salad.

6) Banyakkan serat
Selain mengenyangkan, makanan berserat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. Antara makanan yang disyorkan ialah bijirin, buah-buahan segar, sayur-sayuran, roti gandum dan beras merah.

7) Banyakkan minum air


berapa banyak perlu minum air

Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa  dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan.

8) Ambil protein
Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangkan pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.

Selamat mencuba :)

Assalamualaikum.

Selamat datang ke blog www.sihatitunikmat.com. Di sini Sue berkongsi sedikit tips kecantikan, penyusuan susu ibu, kehamilan, kesuburan, petua turun berat badan, info pelbagai penyakit, info produk, testimoni, bisnes Shaklee dan lain-lain lagi.

Jika anda berminat dengan segala info yang Sue kongsikan di blog picisan ini, boleh lah follow blog ini ye.

Bagi anda yang ingin mendapatkan suplement Shaklee secara Cash On Delivery (COD) di Kota Damansara, Sue menyediakan perkhidmatan COD di beberapa pick up point antaranya ialah Shell Sekyen 6, Shell Seksyen 7 dan Petronas berhadapan Hospital Tropicana.

Selain tempat-tempat di atas, Sue juga menyediakan servis menghantar suplement Shaklee dengan mengenakan sedikit bayaran di kawasan sekitar Subang Airpot, Tropicana, One Utama, Mutiara Damansara, Sungai Buloh, Bandar Utama, Kelana Jaya dan Sri Damansara.

Perkhidmatan poslaju dan pos antarabangsa juga turut disediakan. Setakat ini suplemen Shaklee telah selamat dihantar ke UAE Dubai dan juga Brunei.

Bagi anda yang ingin mendapatkan suplement Shaklee, boleh menghubungi Sue di talian 013 4774 285. Konsultasi tip top buat semua pelanggan Sue :)

pengedar shaklee petaling jaya

Selamat berhujung minggu.

Apa aktiviti mommies harini? Pagi tadi Sue berkesempatan menghadiri sukan sekolah anak Sue. Awal-awal pagi lagi Amjad bangun dengan mood ceria. Excited dia nak bersukan. 

Masa sarapan siap minta nak makan vitamin omega dan vitalea children, katanya nak bagi kuat nanti boleh menang....bijak sungguh anak ibu ni :) Antara sukan yang Amjad masuk ialah masukkan air dalam botol, bertukar ganti pass belon air dan terompah gergasi.


Teringat zaman Sue dulu, terompah gergasi tu guna tempurung kelapa je, sekarang dah makin advance, ianya dibuat dengan getah.

Selepas selesai aktiviti sukan anak-anak, kini tibalah masanya sukan untuk ibu bapa pula. Acara sukan untuk kaum ibu ialah acara belon paling lambat pecah dan tarik tali antara guru dan kaum ibu. Sue tak join sebab bawa baby, susah sikit la kalau nak join tadi..

Memang best dan kelaka melihat telatah cikgu dan kaum ibu dalam aktiviti sukan tersebut. Cikgu juga yang menjuarai acara tarik tali tadi. Hebat betul cikgu-cikgu ni..


Aktiviti sukan untuk kaum bapa pula ialah tarik tali dan siapa paling cepat habiskan makan buah tembikai potong. Yang ni pun tak kurang kelakanya, melihat aksi bapa-bapa makan buah tembikai habis comot muka.

Apa-apa pun memang enjoy la menghadiri sukan sekolah Amjad. Setahun sekali je kan. Ibu bapa masing-masing ramai yang hadir sebagai tanda sokongan pada anak-anak. First time juga Sue hadir pada majlis sukan sekolah Amjad, tahun lepas tak berkesempatan hadir sebab masih dalam pantang.

Di akhir majlis, semua pelajar diberikan hadiah pingat sebagai tanda penghargaan bermain sukan dengan baik.


Terima kasih pada guru-guru kerana melatih anak-anak kami bersukan, menyediakan tempat sukan yang selesa dan juga makanan yang sedap. Keep it up untuk next year punya sukan pula insyaAllah.
Assalamualaikum.


Setiap manusia selain nabi dan rasul tidak terjamin selamat daripada membuat dosa, maksiat dan kesalahan. Malah, mereka terdedah kepada dosa setiap hari. Buktinya pada kenyataan hadis daripada Anas bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Semua anak Adam berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat." (Riwayat Ahmad)

Dosa Dengan Allah

1) Menyekutukan Allah dengan mana-mana makhluk (syirik). Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.

2) Meninggalkan solat fardhu. Terdapat remaja malah orang dewasa yang tidak mengenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya.

3) Tidak membayar zakat. Ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berganda-ganda tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan zakat mahupun menderma kepada orang miskin. Bagi mereka, cukuplah zakat fitrah yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Syawal.

4) Zina. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan remaja, malah orang tua juga. Perbuatan ini sudah pastinya daripada cabang dosa besar.

5) Homoseksual yang berlaku dalam masyarakat kita tanpa kawalan. Mereka tahu perbuatan ini songsang dan salah, tetapi tetap melakukannya.

Dosa Dengan Manusia

1) Menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Kini, masih terdapat umat Islam yang mengamalkan sihir terutama peniaga atau pasangan suami isteri.

2) Menderhakai ibu bapa. Sejak remaja lagi sudahtahu melawan ibu bapa, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa untuk mengambil pandangan ibu bapa. Hakikatnya mereka menderhaka kepada ibu bapa tanpa sedar.

3) Memutuskan silaturrahim. Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa hanya mungkin kerana sedikit salah faham.

4) Tidak menunaikan hak suami, isteri dan anak. Suami atau ayah menyalahgunakan harta yang ada untuk perkara yang haram. Begitu juga kepada isteri dan ibu yang tidak menunaikan tanggungjawab untu keluarganya.

5) Mengabaikan jiran. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan kekenyangan. Inilah perkara lazim kehidupan masyarakat kita.

Sama-sama kita renungkan dan kembali bertaubat kepada Allah swt. 

Sumber: Solusi isu #46
Assalamualaikum.

Zaman sekarang hendak mencari sebuah pekerjaan adalah agak sukar. Harus memenuhi kesemua syarat kelayakan untuk diterima masuk sebagai pekerja di sesebuah syarikat, kalau bernasib baik dengan hanya satu temuduga anda sudah diambil bekerja.

Jika tidak bernasib baik, anda harus menunggu lama penantian surat tawaran pekerjaan sampai di rumah. Masa terbuang begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara yang bermanfaat.

kerja kosong

Antara dilema lain yang dihadapi ialah, belum lagi menerima surat panggilan kerja, surat bayaran balik pinjaman PTPTN sampai dahulu di rumah. Belum lagi memikirkan di mana hendak mencari duit untuk membeli kereta dan rumah yang selesa. Sudah la harga rumah semakin hari semakin naik melambung tinggi. Stress betul memikirkan soal kerja ni kan?

Buat mereka yang telah bekerja, turut merasa perkara yang sama bila mana memikirkan setiap hujung bulan gaji, pelbagai bayaran bil yang harus dibayar. Sehinggakan tiada lebihan wang untuk simpanan. Duit gaji habis begitu sahaja. Jika berlaku kecemasan, di mana hendak mendapatkan duit? Hidup diibaratkan seperti nyawa-nyawa ikan menanti masuknya gaji pada bulan hadapan.


Berita baik buat anda di luar sana yang masih mencari pekerjaan atau yang mencari sumber pendapatan tambahan, Shaklee menawarkan satu program yang diberi nama Young Entrepreneur System (YES).

Young Entrepreneur System (YES) adalah sebuah program yang disusun rapi selama 13 bulan dari tarikh awal pendaftaran bermula dari bulan May sehingga Oktober 2015 di mana anda akan dibimbing dan ditunjuk jalan untuk membina Empayar Perniagaan anda sendiri.

Tawaran Hadiah tambahan sebanyak RM10 Ribu Tunai tidak termasuk bonus tambahan 50% setiap bulan dan sebuah Trofi bagi mereka yang berjaya mencapai pangkat tertinggi di dalam Shaklee dalam masa yang ditetapkan melalui program YES..!!


Bagaimana hendak bermula?

1) Anda boleh menghubungi saya sekarang di talian 013 4774 285 (sue). Fast action, Fast result bak kata Doktor Azizan (DAO).

2) Sign up sebagai ahli Shaklee dengan membuat bayaran RM69 dan membuat pembelian mana-mana YES pack. Saya yang akan menguruskan urusan pendaftaran keahlian anda.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit 



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya 

3) Tunggu memberkit dan barang Shaklee anda sampai di rumah. Anda sudah boleh memulakan biz Shaklee anda di bawah bimbingan saya.

Apa keistimewaan yang anda akan dapat jika memilih saya sebagai mentor anda?

1) Bimbingan dari A-Z akan diberikan kepada anda samada secara online atau offline
2) Saya akan add anda dalam group coaching di facebook dan group whatsapp
3) Menyertai kumpulan Jutawan Shaklee di bawah Master yang hebat seperti Master Shareeza dan Master Lyna Noh
4) Group support yang saling membantu
5) Anda turut diberikan kelas percuma untuk teknik marketing seperti facebook page, blog, instagram dan lain-lain

faedah join membership shaklee
If not from YOU, who else, if not NOW, when will it be?
Segalanya bermula dengan langkah pertama. Yang penting kena ada USAHA.

Anda Teruja..? Jadi apa ditunggu lagi..? Ingin menjadi salah seorang Protoge saya di YES..?? Hubungi saya sekarang di talian 013 4774 285 (sue). 
Assalamualaikum.

Baru-baru ini viral dilaman sosial pasal seorang penuntut Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta yang dikatakan meninggal dunia disebabkan mengambil suplement berlebihan.

Salah satu suplement yang disebut ialah Alfalfa Shaklee. Namun, pihak doktor telah mengesahkan bahawa kematian beliau bukanlah disebabkan oleh suplement tetapi kerana pendarahan berlaku di dalam otak yang sememangnya susah untuk dirawat dan arwah juga mempunyai masalah migrain.

Ingin saya tekankan di sini, pilihlah suplement yang benar-benar selamat sebelum membeli sesuatu produk. Biarlah terpaksa mengeluarkan belanja yang sedikit besar namun produk tersebut telah terjamin berkualiti dan selamat di makan.

Produk Shaklee semuanya dijamin selamat, berkesan dan sentiasa mesra alam. Setiap produk Shaklee telah menjalani kajian klinikal dan ujian ke atas bahan-bahan yang digunakan. Sebanyak USD 300juta dilaburkan dalam R&D dalam tempoh setahun. Banyak tu kan!?

Di bawah ini adalah kenyataan rasmi daripada syarikat Shaklee berkenaan isu Alfalfa Shaklee. Mohon di baca sehingga habis. Sebarang persoalan atau inginkan maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan person in charge seperti nombor yang tertera dalam gambar.

alfalfa

Semoga dengan kenyataan ini, tiada lagi keraguan atau perasaan was-was anda di luar sana untuk menggunakan produk Shaklee. Saya sendiri telah menggunakan lebih daripada 10 jenis suplement Shaklee selama hampir 3 tahun. Malah orang lama dalam Shaklee yang menjadi pengguna tegar produk Shaklee lebih daripada 20 tahun, masih kekal sihat, cantik dan aktif. Alhamdulillah.

Bersama kita sedekahkah Al-fatihah kepada allahyarhamah. Semoga beliau dirahmati Allah. 
Assalamualaikum.

Gambar sekadar hiasan dari Google
Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..

"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"

Ustaz pun menjawab :

"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..

Ustaz menjelaskan :

"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.

Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.

Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.

Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.

Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"

Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.

Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA ANDA SENTIASA DALAM SENARAI..

JAGALAH MASA...SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN, DIKEKALKAN SERTA DIKAYAKAN KITA DGN IMAN & TAQWA AAMIIN YA ROBBAL ALAMIN
Assalamualaikum.

Biskut keju atau cheesekut nama glamornya adalah salah satu pencuci mulut kegemaran Sue. Resepinya sangat mudah kerana tak perlu menggunakan ketuhar. Jom kita lihat resepinya di bawah.

Sumber google
Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
250gram krim keju
1 paket biskut cracker original
1 kotak kecil susu segar
150gram nestum

Cara-cara menyediakannya:
1) Campurkan susu pekat bersama keju
2) Pukul sebati sehingga kembang
3) Rendamkan sebentar biskut caracker dengan susu segar, jangan sampai kembang
4) Susun rapat di dalam loyang empat segi
5) Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker
6) Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah 3,4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki. Sejukkan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Info: Biskut keju ini amat mudah dan sedap dimakan sejuk
Assalamualaikum.

Pernah tak bila tiba waktu anda hendak tidur, tiba-tiba anda tak boleh tidur sedangkan anda nak sangat tidur memandangkan otak dan badan pun dah letih. Haaa...jangan risau, jom cuba tips yang Sue kongsikan ini.

tips relax badan

NotahatiSue: Sebelum tidur jangan lupa solat Isyak, solat sunat taubat dan maafkan semua orang. Tak lupa juga mengambil 4 biji Ostematrix. Semoga esok hari,  anda bangun dengan ceria dan lebih bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang.
Assalamualaikum.

Omega Guard Shaklee merupakan Minyak Ikan Terbaik di Dunia kerana ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain2 lagi. Fungsi EPA adalah menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting untuk perkembangan dan fungsi2 otak.

khasiat minyak ikan

Sempena promosi May 2015, Shaklee menawarkan:
- Beli 7 pada harga 6 botol (RM864.96)
- Beli 2 botol diskaun 5% (RM273.90)

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietary tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega – 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

minyak ikan shaklee

Omega Guard Shaklee boleh diambil kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas sehingga golongan warga emas. Kepada pesakit yang mengambil ubat mencairkan darah seperti warfarin, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil minyak ikan Shaklee ini.

Secara umumnya, kebaikan Omega Guard terlalu banyak dan diperlukan oleh semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa. KLIK SINI untuk melihat golongan yang memerlukan Omega Guard.

kebaikan minyak ikan
Golongan yang memerlukan Omega Guard Shaklee
Antara testimoni mereka yang menggunakan Omega Guard Shaklee:

1) Omega membantu menurunkan berat badan

kebaikan minyak ikan

2) Omega menyembuhkan ekzema kanak-kanak

ekzema

eczema

3) Omega membantu mengurangkan batuk, selsema dan hidung tersumbat

minyak ikan

4) Omega membantu mengurangkan serangan asthma 


5) Omega bagus untuk perkembangan minda kanak2, menurunkan paras kolesterol jahat


6) Omega membantu memanaskan badan dan menghalang meroyan (postpartum depression) ibu dalam pantang


dan lain-lain lagi. Klik SINI untuk lain-lain testimoni Omega Guard.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

Bulan May ini Shaklee telah mengumumkan satu program baru di mana syarikat Shaklee sangat mengalu-alukan golongan muda untuk terlibat sama dalam perniagaan produk Shaklee.

Program ini dinamakan Young Entrepreneur System (YES). Sebanyak 5 insentif yang bakal anda dapat iaitu:

1) Sebotol Vitalea PERCUMA bernilai RM88.75
2) Dengan mendaftar 6 orang ahli baru anda layak mendapat bayaran 100% bonus
3) Bonus naik pangkat dan berjaya maintain kedudukan di pangkat tersebut
4) Pembelian PAKEJ YES yang lebih murah sebanyak 5% diskaun dengan POINTS yg lebih banyak
5) Matching bonus insentif jika anda maintain tiap2 bulan bonus RM500 ke atas


Program YES terbuka kepada pendaftaran ahli baru bermula dari bulan May sehingga Oktober 2015. Program ini berjalan selama 13 bulan bagi anda melayakkan diri untuk menerima BONUS besar yang telah ditawarkan.

Selain itu juga, Shaklee turut menyediakan kelas-kelas latihan yang wajib diikuti bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam kemahiran perniagaan dan ilmu berkaitan tentang produk Shaklee.

Dalam tempoh 13 bulan tersebut jika anda berjaya memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarikat Shaklee, anda akan mendapat piala YES dan wang tunai RM10 ribu.


Jika anda berjaya menghabiskan tempoh 13 bulan tersebut dengan cemerlang, anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari kerjaya yang baru kerana Shaklee telah menjadi KERJAYA TETAP anda dengan BONUS yang jauh lebih besar.

Program yang Shaklee anjurkan ini sebenarnya bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda di kalangan belia remaja di samping membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.

Untuk berjaya, perlu ada usaha yang gigih. Tanpa usaha kejayaan hanyalah sekadar mimpi dan angan-angan kosong sahaja.


Jika anda berminat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kesihatan diri dan keluarga anda, segeralah menghubungi saya di talian 013 4774 285. YES i'm your dedicated mentor, bersedia membantu anda mencapai segala impian manis anda.


Kalo bukan sekarang, bila lagi? Bertindak sekarang dengan menghubungi saya ok :)