Assalamualaikum.

Hari ni adalah hari terakhir untuk promosi Vivix, B Complex dan Vitalea for Children.

Vivix sesuai di ambil oleh mereka yang ada sakit kritikal atau individu yang ingin maintain tahap kesihatan tanpa perlu menelan banyak suplemen. Vivix memang pilihan terbaik. Jika ragu-ragu, anda boleh bertanya doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini.


B Complex juga terdapat dalam pelbagai set antaranya set menyusu, set ibu hamil, set tambah berat badan dan lain-lain.

Vitalea for Children menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak yang tidak suka makan sayur atau buah-buahan sebagai nutrisi tambahan kepada anak-anak mereka.

Pendek kata, suplemen ini sesuai diambil oleh setiap individu tak kira lah samada anda surirumah, pekerja, pelajar dan sebagainya.

Mereka sudah, anda bila lagi? Cepat-cepat hubungi Sue sebelum jam 12 tengah malam ini untuk order anda ya. SMS/WHATSAPP: 013 4774 285 (Sue). Konsultasi terbaik untuk semua pelanggan Sue.
Makanan pelengkap ialah apa sahaja makanan lain selain daripada susu yang diberikan kepada bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama dan memperkenalkan makanan pelengkap ketika bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan.

Selepas berusia 6 bulan, bayi memerlukan lebih zat besi dan nutrien lain dan susu sahaja tidak dapat menampung keperluan itu. Walaupun ada yang memulakan makanan pelengkap seawal usia bayi 4 bulan, namun banyak kajian terbaru mendapati 6 bulan adalah masa yang terbaik.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?
Kisah 2 ibu yang dirundum sedih kerana anak2 mereka terlalu kurus & selalu sakit. Kini tidak lagi...

Anda mungkin tidak dapat melihat kesannya sekarang, tetapi anda akan lebih yakin bahawa anda telah memberikan makanan pelengkap pada masa yang tepat dan dalam keadaan yang tepat.

Bagi bayi pramatang, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik dan pakar pemakanan anda mengenai masa yang terbaik untuk bayi anda.

cara membuat puri bayi

Kenapa 6 Bulan?

1) Mengganggu proses penyusuan ibu
Memperkenalkan makanan pelengkap terlalu awal akan mengurangkan minat dan permintaan bayi terhadap susu ibu, sekali gus mengurangkan bekalan susu ibu. Sedangkan susu ibu penting untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh bayi dan mengelakkan jangkitan penyakit.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? 
Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk gagal. Saksikan apa yg membantu beliau hingga berjaya?

2) Sistem penghadaman bayi belum matang
Pada usia bawah 6 bulan, sistem penghadaman bayi belum cukup matang. Buah pinggang dan enzim di dalam tubuh masih belum bersedia untuk memproses nutrien lain. Penghadaman yang tidak betul boleh mengakibatkan sakit perut, angin, sembelit dan masalah-masalah lain. 

Bayi juga berisiko mengalami alahan makanan.

3) Koordinasi tubuh
Sebelum makan, koordinasi yang matang diperlukan. Bayi perlu mampu menegakkan leher dan menelan makanan.

4) Bekalan zat besi bayi anda mungkin terjejas
Kekurangan zat besi menyebabkan anemia, satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko masalah mental dan fizikal. Adalah lebih baik jika anda memberi bayi anda susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama kerana susu ibu mengandungi khasiat istimewa yang membantu bayi anda menyerap zat besi dengan lebih baik.

5) Kemungkinan meningkatkan risiko kegemukan
Pemberian makanan pelengkap yang terlalu awal, boleh menyebabkan pengambilan makanan yang berlebihan dan seterusnya meningkatkan lemak badan dan berat badan di peringkat kanak-kanak.

Biasanya orang tua-tua, jika melihat anak kita menjejes air liur sewaktu kita makan, pasti mereka menyuruh kita memberi bayi makan. Alasannya ialah bayi turut ingin makan. Jika bayi belum cukup 6 bulan, anda seharusnya menerangkan mengenai bahaya memberi bayi makan terlalu awal sebelum usia 6 bulan.

Kredit: AnnaRozy Homemade Kids Couture
Info ini harus disebar luaskan supaya masyarakat faham kenapa bayi di bawah usia 6 bulan belum boleh diberikan makanan pelengkap selain susu ibu sahaja.
Keguguran rambut selepas bersalin merupakan sesuatu yang lazim berlaku terhadap setiap wanita. Ketika hamil, hormon estrogen yang tinggi menyebabkan rambut berada dalam fasa rehat. 

Selepas bersalin, penurunan hormon estrogen menyebabkan rambut gugur dengan banyaknya berbanding dalam keadaan biasa. 

Namun anda tidak harus risau kerana keadaan ini merupakan keadaan sementara dan akan pulih dalam masa 4-6 bulan. Tetapi ada sesetengah wanita mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Ada beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin. Antaranya:

rambut gugur selepas bersalin

1) Elak mengikat rambut dengan ketat kerana ini boleh menyebabkan tarikan yang kuat/stres/trauma terhadap kulit kepala.

Trauma rambut gugur turut dialami oleh Puan Maria sehinggakan beliau sangat malu untuk berhadapan dengan suami sendiri. Jom tonton kisahnya.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini...

2) Pemakanan yang seimbang dapat memastikan kulit dan rambut mendapat nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi flavonoid serta anti-oksida yang boleh melindungi folikel rambut serta merangsang pertumbuhan rambut.

3) Pengambilan vitamin B Kompleks, vitamin E, vitamin C, Zink serta Biotin boleh membantu menjadikan rambut lebih sihat.

4) Penggunaan syampu yang mengandungi biotin atau silika dapat merangsang pertumbuhan rambut. Rambut yang telah dicuci dengan syampu haruslah dibilas bersih dengan air sejuk.

5) Penggunaan sikat yang mempunyai gigi yang jarang dapat mengurangkan rambut gugur.

6) Elak atau kurangkan penggunaan pengering rambut.

7) Rambut yang pendek dapat mengurangkan tarikan ke atas kulit kepala secara tidak langsung mengurangkan rambut gugur.

Selamat mencuba :)
Jerawat lebih sinonim di bahagian muka, namun ada sesetengah orang yang mengalami pertumbuhan jerawat di belakang badan.

Antara punca jerawat tumbuh pada badan ialah:
  • Badan berpeluh
  • Tidak menjaga kebersihan tuala, sarung bantal, sarung cadar dan selimut
  • Tidur sebelum mandi
  • Stress
  • Pemakanan yang tidak seimbang
petua menghilangkan jerawat di belakang badan

Cara mengatasi jerawat di belakang badan ialah:

1) Kerap menukar pakaian sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

2) Seminggu sekali tukarlah tuala, sarung bantal, sarung cadar dan selimut yang bersih

3) Pastikan anda mandi sebelum tidur. Jika anda pulang dari sebarang aktiviti jangan terus tidur dengan keadaan berpeluh tanpa menukar baju baru.

4) Kurangkan stress dengan bersembahyang dan berzikir.

5) Kurangkan makanan berminyak dan pedas. Banyakkan mengambil makanan yang direbus, di stim atau dipanggang kerana ianya lebih sihat untuk diamalkan.

6) Mengambil suplemen vitamin C Sustained Release secara konsisten membantu menyelesaikan masalah jerawat di belakang badan.

petua menghilangkan jerawat di belakang badan


Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 
Assalamualaikum.

ubat tahan mengantuk

Masuk je waktu petang, mata pun kuyu je, rasa berat nak buka atau ada yang dah tersengguk-sengguk depan meja komputer? Haa...

Antara solusi yang biasa kita buat untuk menahan mengantuk ialah dengan membasuh muka, atau membancuh secawan kopi. Betul tak?

Haaa...ni Sue kongsikan tip terbaru iaitu dengan mengambil secawan Cinch Energy Tea Mix.

Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo!
Tercari2 ubat tahan mengantuk yg xde sebarang dadah, steroid & bahan kimia? Tengok apa wanita ni guna sampai boleh tak tidur malam...

Tingkatkan Tenaga Anda

Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
  • Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Campuran Teh di dalam Shaklee Cinch
  • Matcha Green Tea Powder - Menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan
  • Red Tea Extract - Antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol – pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak
  • White Tea Extract - Dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau
  • Rooibos Red Tea Extract - Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol- antioksidan

Teh ini sesuai diambil oleh sesiapa sahaja terutamanya golongan pekerja, pelajar (lagi-lagi yang suka stay up), ahli sukan dan sebagainya.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 
Assalamualaikum.

Hari raya ketiga, Sue berkesempatan ke Esplanade Penang di Jalan Padang Kota Lama melihat pameran Transformers. Anak-anak lah yang paling teruja apabila melihat replika robot Transformers di situ.


Oleh kerana setibanya kami di sana pengunjung agak ramai, dan anak Sue yang baby masih tidur, kami hanya sempat bergambar dengan replika robot sahaja. Tidak sempat bergambar di street art kerana cuaca yang agak panas.

Jom Sue belanja gambar.




Pameran ini diadakan sehingga 17 September 2015. Bermula dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah malam pada hujung minggu dan hari cuti am, serta dari pukul 12 tengahari sehingga 12 tengah malam pada hari bekerja. Masuk adalah percuma.

Anda yang berada di sekitar Penang khasnya dan peminat-peminat Transformers amnya, boleh la datang ke sini dan melihat sendiri Optimus Prime dan Bumble Bee. Pasti terselit suatu pengalaman baru yang indah untuk anda sekeluarga.
Kanak-kanak terutamanya si kecil yang sedang membesar biasanya akan makan apa sahaja yang ada di rumah. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting untuk mengawal pemakanan anak-anak anda yang bermula dari rumah.

perlukah makanan tambahan pada kanak-kanak

Ibu bapa contoh terbaik
Cara terbaik untuk menggalakkan cara pemakanan yang sihat adalah bermula daripada anda. Anak-anak pastinya akan mengikut apa yang ibu bapa mereka buat setiap hari berdasarkan pemerhatian mereka.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? 
Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk gagal. Saksikan apa yg membantu beliau hingga berjaya?

Dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kerap dan mengurangkan pengambilan makanan yang kurang nutrisi di rumah, mereka tentu faham dan terikut dengan cara yang anda tentukan itu.

Beberapa langkah mudah untuk anda amalkan, antaranya ialah:

1) Jadikan rutin memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda menghidangkan makanan sihat itu setiap kali anda makan.

2) Jadikan ia snek pilihan anak anda di rumah. Simpan buah-buahan yang telah dikupas dan sedia untuk dimakan untuk memudahkan mereka memakannya setiap kali lapar. Yogurt rendah lemak, mentega kacang dan keropok keju atau gandum juga baik untuk mereka.

3) Hidangkan daging tanpa lemak dan sumber protein lain yang baik seperti ikan, telur dan kekacang.

4) Pilih bijirin dan roti gandum supaya si kecil anda dapat lebih serat. Antara sumber makanan yang banyak serat ialah epal, oren, pisang, kekacang dan banyak lagi.     

5) Hadkan pengambilan lemak dengan cara masakan yang sihat. Elakkan makanan bergoreng dan gunakan cara seperti panggang, bakar dan stim. Gunakan juga produk tenusu yang kurang lemak.

6) Kurangkan minuman yang tinggi gula seperti soda, air berperisa dan jus buah-buahan.

Apa yang anda makan melambangkan diri anda. Oleh itu jadilah contoh yang terbaik untuk anak anda supaya mereka dapat membesar dengan baik dan sihat.

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek 
Kisah menyayat hati seorang ibu yg anaknya sembelit teruk. Sembelit yg sangat teruk sampai suaminya kena standby nak seluk tangan untuk tolong keluarkan najis.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kelebihan jika membaca untuk bayi anda, sedangkan mereka langsung tidak memahami apa yang anda buat, membaca atau bercerita kepada mereka sejak mereka bayi adalah satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara anda dan bayi selain ia sebagai salah satu bentuk rangsangan yang penting untuk tumbesaran mereka.

manfaat bayi pandai membaca

Antara kelebihan membaca dan bercerita bersama bayi dan anak anda ialah:
1) Mengajar bayi tentang komunikasi

2) Memperkenalkan anak anda kepada huruf, nombor, warna dan bentuk dalam cara yang menyeronokkan

3) Membina kemahiran mendengar, menguatkan memori mereka dan juga mengasah perbendaharaan kata mereka sejak kecil

4) Memberi gambaran kepada si kecil tentang dunia di sekeliling mereka

Bila dan bagaimana?
Bayi yang berusia empat hingga enam bulan mungkin sudah mula menunjukkan minat mereka terhadap buku. Mereka memegang, masukkan dalam mulut dan bermain dengan buku.

Seawal umur mereka enam bulan hingga dua belas bulan, mereka mula mengenali objek daripada gambar, warna dan bentuk yang ada dalam buku.

Terbukti ia dapat merangsang minda anak anda dengan baik. Tidak perlu kemahiran dan peralatan khas untuk membaca, hanya anda, bayi dan juga buku.

Bacakan mereka setiap hari ketika waktu rehat mereka atau malam pasti ia sesuatu yang mereka tunggu-tunggu. Siapa tahu ini juga dapat membantu mereka tidur dengan nyenyak selepas anda membacakan buku cerita.

Tip mudah untuk anda mula membaca bersama si kecil:
1) Letakkan si kecil di riba anda supaya mereka berasa selamat, selesa dan sentiasa dekat dengan anda.

2) Membaca dengan penuh ekspresi, tukarkan suara tinggi atau rendah atau gunakan suara yang berbeza-beza untuk watak yang berbeza.

3) Nyanyikan lagu kanak-kanak, buat sura haiwan yang comel atau geletek dan peluk mereka setelah habis membaca tentu buat si kecil anda terhibur.

4) Apabila mereka mula membesar, berinteraksi bersama mereka dengan mengajar mereka menyentuh objek-objek yang ada dalam buku tersebut.

5) Si kecil anda suka dan biasanya belajar daripada benda yang berulang. Oleh itu tak perlu risau untuk membaca buku yang sama setiap hari kerana mereka sukakannya.

Tip ni yang Sue apply pada anak-anak, Alhamdulillah mereka semua memang pecinta buku. Banyak perkataan baru yang mereka dapat selain dari bonding antara ibu dan anak. Selamat mencuba.
IRSYAD FATWA KE-43: HUKUM QADHA’ PUASA RAMADAN BERSEKALI DENGAN PUASA 6 SYAWAL

DITULIS OLEH NADZIRAH PADA 16 JULAI 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA

Mukaddimah

Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. 

Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. 

Dalam Irsyad Fatwa kali ini, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. 

Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.

Kelebihan Puasa Enam

Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.

Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.

PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
Imam Ibn Hajar al-Haitami

Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)

Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin

KEDUA: TIDAK SAH

Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
Imam al-Asnawi
Syeikh Ibn al-Solah
Abu Makhramah
Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

Tarjih

Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).

Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

29 Ramadan 1436H bersamaan 16 Julai 2015

Kredit FB: Ustaz Hasnan
------------------
Sue pernah mengajukan soalan yang sama pada ustaz dan ustazah di sekolah dahulu, mereka juga sependapat mengatakan untuk mengasingkan antara puasa ganti Ramadhan dengan puasa sunat Syawal.

Jika ia melakukan puasa qadho dengan niat qadho bertepatan di hari Syawal secara automatik ia kan mendapatkan pahala puasa di bulan Syawal. Jadi cara niatnya cukup niat puasa qadho saja dan disaat itu ia mendapatkan pahalanya puasa Syawal. -Buya Yahya-

Sekarang tengah merathon berpuasa ganti. Peneman puasa Sue semestinya set triple gem. Kalau ada kawan-kawan yang berminat ingin mencuba set ini boleh hubungi Sue ye.

Keliru puting ini adalah perkara biasa yang berlaku di kalangan bayi. Sebenarnya tiada cara yang spesifik untuk melatih bayi untuk meminum susu menggunakan botol susu.


Anda hanya perlu mencuba puting-puting yang berlainan mengikut kesesuaian pada bayi. Jika bayi enggan minum menggunakan botol, pemberian susu boleh dilakukan dengan menggunakan picagari (syringe) atau sudu. 

Puting getah (rubber teat) lebih lembut berbanding dengan puting silikon dan selalunya lebih mudah untuk bayi menyesuaikan diri dengan puting tersebut.

Ibu-ibu jangan berputus asa untuk mencuba pelbagai jenis puting susu di pasaran, walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit duit, asalkan anak anda mahu minum dari botol susu, anda pasti akan gembira setelah usaha berhasil.
Menurut Dr Jennifer Anders, doktor pakar pediatrik dari John Hopkins Children's Center, Amerika Syarikat, bayi seusia enam bulan ke bawah tidak memerlukan air tambahan selain susu ibu kerana ia berupaya meragut nyawanya.

Antara masalah yang boleh timbul rentetan daripada perbuatan memberi bayi yang berumur bawah enam bulan minum air kosong seperti berikut.

bahaya air masak pada bayi bawah 6 bulan

1) Mengancam nyawa
Air kosong yang anda beri kepada bayi berkemungkinan mengandungi kuman. Lazimnya, air yang dicemari kuman apabila ia diperoleh daripada sumber yang tidak selamat atau tidak bersih. Oleh yang demikian, bayi terdedah kepada masalah cirit birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.

2) Menghakis pelindung penyakit
Air kosong yang diberi akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Keadaan ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis penyakit sehingga boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh minum air kosong berlebihan.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?

3) Menyebabkan sawan tarik
Bayi di bawah lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku kerana apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.

4) Merencatkan tumbesaran
Saiz perut bayi sangat kecil iaitu sebesar syiling 20 sen sahaja. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan dia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sangat diperlukannya. 

Tambahan pula, air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat pemakanan. Secara tidak langsung, hal ini menyebabkan pertumbuhan dan kesihatan bayi terjejas.

5) Menjejaskan akal
Didapati amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

Menurut pakar laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan maslaah terencat akal.

Apabila bayi melepasi usia enam bulan, anda boleh mula memberikannya air. Namun, diingatkan agar anda memberinya air hanya sekadar yang perlu. 

Hal ini kerana memberikan air secara berlebihan akan menyebabkan si manja anda mengalami kembung perut dan tidak mempunyai selera untuk makan. Sementara itu, setelah anak anda berusia satu tahun, dia bolehlah meminum air mengikut keinginannya tanpa perlu disekat lagi.
Setiap ibu pasti menginginkan proses kelahiran berjalan dengan lancar. Namun ada segelintir daripada mereka terpaksa melalui kaedah kelahiran secara caesarean. Ada beberapa tip berguna buat mereka andai terpaksa melahirkan bayi secara caesarean.


1) Baca buku panduan dan persiapan
Bakal ibu amat digalakkan untuk membaca info yang berguna tentang prosedur caesarean. Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu memberi persediaan mental dan psikologi untuk berhadapan dengan pembedahan kelak.

Namun harus diingatkan, janganlah pula bakal ibu berasa ngeri apabila terbaca perkara yang kurang enak tentang pembedahan ini.

Elakkan stres sewaktu berpantang ok, takut terkena gila meroyan. Tengok video ni, Puan Kadijah begitu stres sewaktu berpantang anak sulong. Kesian sangat dengan beliau.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

2) Berbincang dengan doktor
Jika anda sudah menetapkan untuk melakukan pembedahan caesarean, selalulah berbincang dengan doktor pada pertemuan pemeriksaan. Anda boleh mengutarakan sebarang kelainan yang dialami bagi memudahkan doktor membuat pemantauan kesihatan menjelang hari pembedahan.

3) Kelengkapan ke hospital
Jika anda memilih tarikh pembedahan caesarean, anda mendapat kelebihan untuk bersiap lebih awal. Sediakan senarai barangan bagi mengelakkan anda tertinggal barangan penting.

Biasanya ibu yang baru bersalin secara caesarean akan ditahan lebih lama di hospital berbanding mereka yang bersalin normal iaitu lebih kurang tiga hari sehingga lima hari sebelum dibenarkan pulang. Jadi pastikan anda membawa baju dan keperluan yang mencukupi.

4) Keadaan selepas caesarean
Selesai pembedahan, anda akan dibawa ke wad dan dipantau selama beberapa jam. Pada ketika itu, anda mungkin menggigil, mengantuk dan juga mual. Sebolehnya jangan menerima terlalu ramai pelawat kerana pada ketika itu anda perlu berehat secukupnya. Kesan pembedahan mungkin boleh sembuh di dalam masa enam minggu. Elakkan daripada membuat banyak tugas.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

5) Kos hospital
Umumnya kos pembedahan caesarean adalah lebih tinggi dan mahal berbanding kos bersalin normal. Jadi anda harus bijak merencanakan perbelanjaan supaya ia tidak mendatangkan kesulitan semasa ingin keluar hospital.

6) Dengar pengalaman rakan-rakan
Tidak salah rasanya jika anda ingin mendengar pengalaman rakan-rakan atau saudara yang pernah menjalani kaedah bersalin secara caesarean. Mungkin daripada perbualan tersebut, anda sudah boleh membayangkan serba sedikit keadaan, rasa sakit dan cara menguruskan diri selepas bersalin.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? 

Sue pernah menjalani kaedah bersalin secara caesarean semasa anak sulong berikutan bayi sudah lemas di dalam perut. Selepas keluar dari bilik OT, memang Sue menggigil kesejukan. Di dalam wad nurse memasang alat pemanas dan selimut tebal. Alhamdulillah kurang sedikit rasa sejuk.

Selepas tu terus terlelap sampai keesokan paginya (Sue bersalin malam). Esok paginya doktor datang check ibu dan anak, kemudian dah boleh discharge balik ke rumah. Yeay! Bonding time dengan baby baru. Memang syok..

Anda anda pengalaman bersalin caesarean? Jom kongsikan pengalaman anda dengan Sue :)

Anda berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee boleh sms/whatsapp 013 4774 285 (sue).
Assalamualaikum.

hilangkan bekas parut gigitan nyamuk

Samada di bandar mahupun di kampung halaman, kita tak dapat lari berhadapan dengan masalah nyamuk. Kita yang dewasa pun tak tahan digigit nyamuk, apatah lagi kanak-kanak. Ada sesetengah anak-anak yang memang alah dengan gigitan nyamuk. Habis kulit jadi gatal dan kemerah-merahan. Kesian dekat anak kan...

Boleh cuba petua di bawah ini:


Paling cepat dan mudah adalah dengan menggunakan kulit pisang, buah lemon dan bawang besar.

Tapi ada lagi cara yang lebih mudah iaitu dengan menyapu krim Herbal Blend Shaklee.

  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary
Apa kata mereka yang telah menggunakannya. (Klik imej untuk lebih jelas)

Testimoni 1

Testimoni 2


Testimoni 3
Testimoni 4


Anda harus memiliki krim serba guna ini. Tak mahal pun, 1 tiub ini cuma beharga RM27.50 sahaja.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee
Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih.
Assalamualaikum.

Al-Quran adalah satu mukjizat agung yang diturunkan oleh Allah pada Nabi Muhammad saw. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat Islam di samping sunnah Rasulullah. 

Mari kita kongsi kelebihan dan keistimewaan 10 surah Al-Quran berikut. Semoga bermanfaat kepada kita semua yang mengamalkannya….


Assalamualaikum.

Waktu kecil-kecil dulu kalau ikut pergi rumah kawan mak ayah memang tujuannya nak kutip duit raya. Hehe..masa tu belum faham lagi. Maklumla otak budak lagi.

Tertarik Sue nak kongsikan buku yang Sue jumpa di FB Ustazah Fatimah Syarha. Dalam petikan buku ini menyebut peranan ibu bapa untuk mengulang-ulang kepada anak itu tentang tujuan ziarah yang sebenar.

Bukan untuk makan sedap-sedap atau berseronok dengan rumah besar. Namun hakikatnya untuk merapatkan ukhuwah, bertanya khabar, menghormati sesama Muslim dan sebagainya. Walaupun anak-anak kecil mungkin tidak dapat memahami sepenuhnya tujuan itu, tapi sedikit  sebanyak cara ini akan memudahkan kita menegurnya apabila dia berkelakuan melampau di rumah yang diziarahi itu.

Tujuan ziarah:
1) Merapatkan ukhuwah
2) Bertanya khabar
3) Menghormati sesama Muslim


Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Walaupun anak-anak masih kecil, tapi tiada salahnya jika kita sebagai ibu bapa menerangkan tujuan ziarah kepada mereka. Nanti bila anak-anak dah besar mereka akan faham sebab telah dibiasakan dari kecil.

Semoga bermanfaat :)
Assalamualaikum semua.

Di sini Sue ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog SihatItuNikmat. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah swt.


Selamat menyambung tali silaturrahim dengan adik beradik, sanak saudara dan jiran tetangga. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Silaturrahim akan membuat rezeki seseorang semakin bertambah dan dipanjangkan umurnya. Rasulullah pernah bersabda:
"Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan usianya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia menyambung silaturrahim." (H.R Bukhari) 

Dalam bulan Syawal dianjurkan kita untuk berpuasa sunat 6 Syawal. Sedikit info kelebihan berpuasa sunat 6 dalam bulan Syawal.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun."

Nabi SAW menjelaskan puasa enam hari pada Syawal pahalanya sama seperti puasa setahun secara penuh. Namun syaratnya, setelah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.

Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.

Jom sama2 kita rebut pahala puasa sunat 6 ini ok..

Akhir sekali, berpada-pada dalam menjamu selera. Jangan lupa ambil suplemen Shaklee tau. ahaks hehehe..
Assalamualaikum.

Mendapat gambar ini daripada FB sahabat. 


Ya benar. Jaga lidah kita daripada mencederakan emosi ahli keluarga dan sahabat handai pada hari mulia dan seterusnya. 

Good words, give hope.
Assalamualaikum.

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.

Mahram pula bermaksud orang yang HARAM berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Adalah perlu untuk mengetahui siapakah mahram kita supaya dapat menjaga aurat dari dilihat oleh orang yang tidak dibenarkan oleh Islam. Perlu juga tahu siapakah mahram kita agar TIDAK bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.

(Sila klik imej untuk lebih jelas)

Mahram bagi wanita
Wajib menjaga aurat dan bersalam dengan siapa?
Dengan siapa tak boleh bersalam
Sama-sama saling ingat mengingati, semoga lebaran kali ini disambut dengan meriah di samping menjaga batas-batas syarak InsyaAllah.

Assalamualaikum.


Ada yang sudah sampai di kampung ke? Bagi yang ingin memulakan perjalanan pulang ke kampung nanti, boleh baca doa ini.

Doa ini sebenarnya terdapat di dalam al mathurat. Di baca pagi dan petang dan sangat elok jika diamalkan.


Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menceritakan kepada kami tentang kaifiyat (kelebihan) doa ini. Bacakan 3 kali setiap kali sebelum memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan yg membuatkan kita berhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja, diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar perjalanan kita itu. 

Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan diperjalanan. Wallahua'lam - Admin 

*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga. 

Adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, mertua semua sila baca.

*Mohon jangan salah anggap. Status ini fokus kepada ANAK MENGAMUK SEMASA RAYA. Bukan post ' KENAPA ANAK KAU, AKU YANG KENA JAGA. ' atau ' KENAPA KAU TAK MASUK DAPUR, ASYIK GENTEL ANAK'. Saya bercerita perihal anak mengamuk ya :)


Raya sudah semakin dekat. Maka ramailah orang yang akan kita jumpa. Ada ibu yang risau akan perangai anak-anak nanti. Takut ada yang mengamuk, buat hal di rumah orang, tumpahkan air, bergaduh dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kerisauan itu ditambah pula dengan pandangan orang, cakap-cakap orang dan sebagainya.

Don't be jungemental.

Anak seorang tidak sama dengan 2 orang anak. Tidak akan sama juga dengan 3 orang anak. 4 orang dan seterusnya.

Anak lelaki seorang tidak sama dengan anak lelaki yang 4 orang. Anak perempuan mungkin tidak sama dengan anak lelaki.

Don't ever compare.

Jika nampak anak orang lain mengamuk contohnya, apa yang kita boleh bantu?

1. Jangan nak provok lagi - eh...kenapa ni mengamuk-mengamuk ni. Pak Long masukkan dalam toilet kang. Tengok Ahmad tu, diam je, mane ade nangis.

2. Bantu untuk tenteramkan. Tak mampu tolong jangan pandang sinis pada ibu bapanya. Jangan mengata yang bukan-bukan. Bukan mudah mahu membesarkan anak. Jadi, jangan tambah beban mereka. Kasihankan mereka. Kena ada empati.

3. Biasanya kita beraya beramai-ramai kan? Jadi, hadkanlah kunjungan ke rumah-rumah. Janganlah terlalu lama. Ambil kira emosi anak-anak. Mereka bukan seperti kita. Mereka mudah penat. Mereka cepat lapar. Mereka tak boleh sabar. Semuanya ada had.

4. Adik beradik, ipar duai, mertua dan sesiapa sahaja, mestilah saling menyokong. Kalau yang itu menangis, kita tolong, kalau anak kita menangis, org lain pula tolong - tak perlulah menambah sakit hati si ibu dengan kata-kata yang tak membantu langsung seperti ' anak dia yang kedua tu memang lain sikit. ', ' anak ko tu kenapa? Cuba bagi makan. Lapar agaknya budak tu. ' ' anak ko tu kembung agaknya.' - jangan hanya bercakap. Cuba bantu sama-sama. Boleh?

Kepada para ibu pula:

1. Be positive - jangan rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal. Jika kita berilmu, jangan risau.

2. Selalu ingatkan anak to be behave - dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main - selalu ulang, adik kena jadi anak yg baik, main elok-elok, main sama-sama.

3. Mata jangan lekang dari tengok anak. Selalu tanya keadaan anak. Bila kita close monitor, kita dapat kurangkan banyak risiko - risiko gaduh, risiko merajuk, risiko mengamuk.

4. Jika anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa satu tempat. Cuba tenteramkan anak. Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.

5. Sediakan barang yang cukup - busy bag, permainan, buku, biskut, air. Mungkin barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak.

6. Suami isteri saling membantu. Kalau nampak anak dah mengamuk, isteri/suami jangan buat tak nampak. Lagi panjang pula perbualan. Sama-samalah pujuk anak.

Tanggapan kita, pandangan kita sama juga macam doa. Kalau kita fikir macam-macam pasal anak orang lain, lain kali Allah uji pada kita pula. Jadi, jangan bebankan fikiran kita dengan fikir apa masalah anak dia.

Anak memang begitu.
Suka main.
Merajuk.
Menjerit.
Bergaduh.
Tumpahkan air.
Sekejap ok, sekejap tak ok.
Itu normal.
Kalau tak percaya, buka buku pendidikan awal kanak-kanak. 
Beli buku saya pun ok. Cari buku Ibu Bijak Anak Bahagia :)

Kita tak pernah nampak sisi positif anak itu.
Mungkin di rumah sendiri dia sangat baik, dengar kata, tiada banyak masalah.

Sekali lagi, tolonglah!
Tolong ibu-ibu yang gigih mengasuh dan mendidik anak mereka. Jangan bunuh jiwa mereka dengan kata-kata yang tak membantu langsung dan tanggapan negatif yang hanya menambah dosa.

Jika ibu kepada anak yang mengamuk itu stress, lagi kasihan daripada kita yang anak tak mengamuk. Dia nak handle anak lagi, nak handle diri sendiri lagi. Betul tak? Jom kita saling membantu.

Kita happy-happy je raya ni.
Jangan stress-stress ok? ;)

Itu sahaja dari saya.
Selamat berhari raya.
Selamat mendidik dengan kasih sayang :)

Kredit FB: Ashikin Hashim

Tahun ni Sue bakal beraya dengan 3 orang anak, macam-macam peel diaorang ni. Biasanya kalau ngamuk pun sebab nak tidur. Tip di atas ni memang sangat membantu. So kalau keluar ziarah hadkan dalam sehari berapa buah rumah je yang kami akan pergi. Kesian kat anak-anak bila diorang dah letih kan.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah 27 hari kita berpuasa. Lagi 3 hari kita bakal menyambut Syawal. Tentu ramai sekarang ini yang tengah membuat persedian akhir sebelum menjelang Syawal. Berpada-pada dalam berbelanja, jangan sampai membazir udoh la ye..

Raya nanti saya percaya ramai yang akan pulang ke kampung halaman kan? Jom saya kongsikan tips pulang ke kampung di hari raya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sebagai persediaan pulang ke kampung nanti.


Keselamatan rumah:


1) Pastikan segala suis dimatikan dan kepala dapur gas anda dicabut keluar.

2) Tutup semua tingkap dan pintu bilik anda dengan rapi.

3) Buka beberapa lampu di ruang utama rumah seperti di pintu hadapan dan belakang rumah.

4) Pesan pada jiran untuk tengok-tengokkan rumah anda.

5) Maklumla kepada pihak polis untuk membuat rondaan berkala jika kawasan rumah anda kawasan yang tinggi dengan kes rompakan dan pecah rumah.

Keselamatan ketika memandu:


1) Pastikan kereta anda telah dihantar servis sebelum pulang ke kampung.

2) Jangan membawa lebih muatan.

3) Pakai tali pinggang keledar sewaktu memandu.

4) Jika mengantuk atau letih, berhentilah di RnR yang telah disediakan di sepanjang lebuh raya.

5) Patuhi had laju dan memandulah dengan berhemah.

Jangan lupa simpan nombor telefon yang tertera di gambarajah

Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog sihatitunikmat.