Hebatnya Susu Ibu Pada Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak

Alhamdulillah, Sue diberikan peluang untuk menyusukan ketiga-tiga anak dengan susu ibu. Nampak mudah, namun pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang penyusuan susu ibu.

Penyusuan bayi secara eksklusif amat digalakkan buat bayi baru lahir hinggalah usianya menginjak enam bulan. Namun, disarankan supaya terus menyusukan si kecil sehingga usianya dua tahun. Banyak khasiat dan kebaikan yang boleh didapati daripada susu ibu.

kebaikan susu ibu

1) Rambut
Sehingga usia anak 2 tahun, susu ibu masih menyediakan 95% sumber vitamin A yang diperlukan oleh sel kulit dan rambut si kecil. Kandungan 60% vitamin C yang turut terkandung dalam susu ibu dapat membantu anak anda mempunyai rambut yang sihat.

2) Mata  
Vitamin A dalam susu ibu baik untuk mata anak anda. Ia dapat membantu menajamkan penglihatan si kecil anda, selain mampu melihat dalam pencahayaan rendah. Ia juga dapat membantu dia mengenali warna sejak usia kecil.

3) Deria rasa
Kandungan zat besi dalm susu ibu mudah diserap oleh badan anak. Ia membuatkan deria rasanya lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Ini penting untuk meningkatkan selera makan si kecil agar dia boleh menerima apa sahaja makanan yang ada.

4) Mengeratkan hubungan ibu dan anak
Hubungan rapat yang terjalain di antara ibu dan anak ketika menyusu memberi rangsangan untuk kecerdasan intelektual, sosial, emosi, bahasa, muzikal dan sebagainya.

5) Sistem imun
Kandungan khasiat yang terdapat dalam susu ibu berubah dari semasa ke semasa.  Jika pada minggu pertama ia kaya dengan kolostrum yang baik untuk pencernaan bayi. 

Seterusnya, ia memenuhi keperluan bayi yang hanya bergantung kepada susu ibu. Namun, bagi kanak-kanak yang berusia setahun setengah hingga dua tahun, susu ibu berfungsi sebagai daya tahan tubuh dan bukan sebagai makanan lagi.

6) Otak
Berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat, anak-anak yang minum susu ibu sehingga usia dua tahun mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding anak-anak yang minum susu formula. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah anak juga lebih bijak.

7) Tulang
Kandungan kalsium dalam susu ibu merupakan sumber terpenting dan terbesar bagi pertumbuhan dan kekuatan tulang si kecil. Bukan sahaja ia  baik untuk tulang anak anda, malah anda yang menyusukan anak juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

8) Kulit
Vitamin A dan C yang terkandung di dalam susu ibu membuat kulitnya sihat dan gebu. Bayi dan kanak-kanak yang minum susu ibu juga kurang mengalami masalah alahan dan penghadaman.

9) Sendi dan otot
Kanak-kanak yang minum susu ibu biasanya akan kurang mendapat penyakit otot.

10) Berat badan ideal
Bagi anak-anak yang menyusu susu ibu, risiko mengalami obesiti agak kecil berbanding yang tidak minum susu ibu. Ini kerana nutrisi di dalam susu ibu sudah mencukupi untuk keperluan si manja. Ketika bayi, anak-anak biasanya akan berhenti menyusu dengan sendiri apabila sudah kenyang. Hal ini dapat membantu dirinya untuk tidak makan secara berlebihan.

11) Sistem penghadaman
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mengalami masalah cirit-birit selain daripada kurang berisiko terhadap alahan makanan. Ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat apendiks pada usia kanak-kanak.

Sumber: Pa & Ma Jan 2016

Betapa banyaknya khasiat dari susu ibu ni kan. Sekarang pun kebanyakan hospital adalah rakan bayi iaitu support breastfeeding. Kalau ada masalah dalam penyusuan susu ibu pun, banyak sumber yang boleh dirujuk seperti pakar laktasi, rakan mbpc (malaysian breastfeeding peer counselor), doktor atau jururawat yang mahir dalam penyusuan susu ibu, bacaan melalui buku, website dan sebagainya.

Buat kawan-kawan yang menyusu anak-anak dengan susu ibu, tahniah diucapkan. Bagi yang sebaliknya, masih belum terlambat lagi untuk menuntut ilmu penyusuan susu ibu. Masih ada peluang kedua untuk anda.

Jom support breastfeeding :)

4 ulasan:

  1. support breastfeeding yeay!!

    BalasPadam
  2. setuju, mmg BF ni byk khasiat dia...dia mmg makanan first utk baby kann :D sebab perut baby pon belom boleh digest susu formular kann... :D

    BalasPadam