Bentan ialah keadaan bagi ibu-ibu selepas bersalin yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala. Bentan boleh berlaku akibat memakan benda yang berbisa, melakukan kerja-kerja yang berat atau ibu jari kaki tersepak benda keras.
Sekiranya keadaan ini berlaku, ibu tersebut hendaklah berehat secepat mungkin dan cuba panaskan badan dengan berselimut serta menyapu minyak panas ke seluruh badan.
Mereka turut disarankan agar meminum secawan kopi atau air gula panas.
Nak susu ibu meriah sewaktu dalam pantang? Risau takut tak dapat buat stok untuk anak sebelum naik kerja nanti? Jemput tonton video ini:
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan
Berdasarkan amalan masyarakat Melayu, semasa berpantang, pemakanan adalah perkara utama yang perlu dijaga. Ibu-ibu disarankan agar elakkan daripada memakan ikan berbisa seperti bawal hitam, pari, duri dan sembilang kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, ikan yang boleh mengakibatkan gatal serta menimbulkan reaksi alahan juga perlu dielakkan. Antaranya ialah ikan kembung, tamban, cencaru dan tongkol. Ikan-ikan yang sesuai untuk ibu selepas bersalin ialah seperti ikan haruan dan ikan yu. Ikan-ikan ini dikatakan boleh memulihkan luka yang dialami sepanjag proses kelahiran.
Video pengalaman sembelit teruk Puan Khadeejah semasa berpantang anak sulong berjaya diatasi sewaktu melahirkan anak yang kedua. Bagaimana? Jemput tonton video ini:
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit
Sekiranya mengalami bentan, beberapa kaedah rawatan dicadangkan:
1) Cekur, lada hitam, halia dan bawang putih ditumbuk dan dibalut pada ibu jari kaki
2) Sapukan sehiris bawang merah pada ibu jari kaki
3) Untuk memulihkan bentan yang teruk, bolehlah minum air rebusan secekak daun sawi dan jintan manis bersama gula batu. (Rawatan ini boleh juga diamalkan dua kali seinggu semasa dalam pantang untuk mencerahkan mata)
4) Gosokkan sedikit kunyit hidup dengan kapur makan lalu disapukan pada kuku kaki dan tangan
Info untuk mengelakkan bentan:
1) Jagalah pemakanan dan elakkan mandi menggunakan air sejuk
2) Para ibu digalakkan mencium jintan hitam yang telah dibunjut dan diikat
3) Ibu-ibu dikehendaki menjaga kaki, memakai stokin dan jangan tersepak benda-benda keras
Sumber: Berpantang Cara Alami |MS: 64
Selain mencuba kaedah rawatan seperti yang disyorkan di atas, mommies boleh juga mencuba Vivix Shaklee. Vivix ialah minuman botanikal yang membantu memanaskan tubuh badan ibu sewaktu bentan.
Jom lihat testimoni ini:
Bentan kali pertama: Kena bentan urat sebab terpaksa buat banyak benda, basuh pinggan,mandi anak, sidai kain. Macam nak rasa bentan rahim punya sebab sengal-sengal kat area kiri kanan. Saya tak makan jamu memanh harap Shaklee je.
Bentan kali kedua: Malam tu saya dah sakit sengal-sengal badan. Malam tu saya try ambil vivix dan ostematrix.
Bentan kali ketiga: Mula-mula macam ye sebab vivix dan ostematrix...tapi bila kali ketiga kena dan saya ambil lagi cara yang sama..memang hilang bentan tu.
Jika mommies ada bajet lebih, Sue sangat mengesyorkan mommies beli Vivix ini sebagai set berpantang. Baaaanyak sangat kebaikan Vivix ini tau. Boleh baca di SINI dan SINI.
Ibu ini berjaya menurunkan 20KG berat badan semasa berpantang. Apa rahsianya? Jom tonton tips dalam video ini:
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
Nota hati: Sepanjang berpantang dengan 3 orang anak, alhamdulillah Sue belum pernah terkena bentan. Cuma pernah terkena bengkak susu, itu pun sakit sangat tau...
Sebarang maklum balas boleh dikongsi di komen atau menghubungi sue melalui sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).
mmg cukup2 risau lau terjadi bentan dlm ms pantang
BalasPadamkita jaga2..jgn amek mudah
tq sharing,, good info
BalasPadamteruk juga kalau terkena bentan ni ya sue..
BalasPadamRengat pnh kena... Bentan mmg tak pernah...
BalasPadampernah kena semasa berpantang akibat tersalah makan, memang menakutkan ,perkongsian yang baik tq so much :)
BalasPadamAlhamdulillah tak pernah kena. nway nice info :)
BalasPadam*tak pernah kena bentan :)
Padamkena jaga betul2 kan masa pantang...payah gak kalu kena bentan tu
BalasPadamadus tersepak benda keras bukan stakat ibu ngandung aje seram sejuk..
BalasPadamyang tak ngandung pun.. huhu..
nice sharing Sue
BalasPadammemang cukup takut kena bentan time berpantang
BalasPadammemang betul-betul kena jaga pemakanan dan pergerakan kita
dengar ja pun dah seram sejuk
blogwalking :)
BalasPadam