Betul Ke Minum Ais Kosong Perut Jadi Buncit?

Adakah pengambilan ais kosong (air dalam peti ais) boleh menyebabkan perut buncit?
Atau minuman yang mengandungi ais ketul juga penyumbang kepada perut buncit?


Pengambilan ais kosong atau ais atau ais ketul tidak menyumbang kepada perut buncit. Walau bagaimanapun, sekiranya ais kosong atau apa sahaja jenis air diminum dengan kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan buncit buat sementara.

Ini kerana isipadu air akan disingkirkan melalui peluh  atau nyahtinja (membuang air kecil) sekiranya berlebihan. Ais kosong atau ais ketul tidak akan mempunyai suhu yang sama setelah ia memasuki tubuh badan, sebaliknya suhu air akan berubah mengikut suhu badan dan ia berperanan untuk mengawal suhu badan supaya sentiasa pada tahap 37 C.

Masalah perut buncit adalah disebabkan makanan yang diambil tidak dicerna dan ditukarkan menjadi tenaga. Contohnya apabila makanan yang bersumberkan karbohidrat tidak ditukar kepada bentuk tenaga (tidak digunakan), makanan tersebut akan disimpan dalam bentuk lemak di lapisan peritoneum di bahagian perut.

Semakin banyak tidak digunakan, semakin menebal lapisan lemak di bahagian perut sehingga menjadi buncit.

Kredit sumber: Rapi Mei 2016

1 ulasan:

  1. huhu iols hantu air kosong ngan air sejuk..perut buncit tu dah sebati kut haha

    BalasPadam