Buku Motivasi Untuk Turun Berat Badan Kurus Secara Sihat

Assalamualaikum.

Siapa azam tahun 2016 nak turunkan berat badan? Angkat keyboard. Hehehe...

Di sini, Sue ingin mencadangkan 2 buah buku yang dapat membantu anda semua menurunkan berat badan secara sihat.

Buku ini Sue minta tolong kawan belikan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. 2 buah buku ni harganya RM50 sahaja dapat diskaun RM16. Jimat duit... Siap dapat autograph dari abang sado Aizat Razak yeeeha.....best..best..

buku aku dah kurus
Buku aku dah kurus! dan 21 hari cabaran untuk kurus
aku dah kurus!

Buku "21 hari cabaran untuk kurus" memberikan pelbagai menu diet selama 21 hari. Menu yang dikongsikan semua sedap-sedap belaka. Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Ada pelbagai info tentang pengenalan eat clean, kelebihan eat clean, jadual waktu makan dan sebagainya.

Anda dah tak payah susah-susah nak fikir menu apa nak masak. Just follow je buku ni. Dia bagi menu ikut minggu. Mudah kan?

Buku "aku dah kurus!" menghimpunkan 88 kisah individu yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka. Kisah hidup mereka berbeza-beza, tetapi mereka mempunyai masalah berat yang sama.

Buku ini sebagai sumber inspirasi transformasi diri anda selepas selesai membacanya.

Anda semua boleh mendapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda atau boleh membuat pesanan seperti dalam gambarajah di bawah.


Change your mind, change your body. Selamat berdiet :)

3 ulasan:

  1. buku?ni hari2 tgk kelab diet ni..hari2 pun x bermotivasi hahahaha

    BalasPadam