Mak Menangis Solat Hajat Untuk Anak Call Tanya Khabar

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Bergenang air mata baca kisah realiti ni. Semoga sama-sama kita dapat mengambil pengajaran.

.
Allahuakbar ! Jangan sampai jadi anak derhaka bang ! kak !


Ingat !

Hidup kita ini ada putaran

Ingat !

Apa yang kita ada sekarang adalah hasil daripada mak ayah kita juga.

Kalau tak dak depa, jangan harap bang, jangan harap kak, hang nak ada lagu mana hang ada lani ni.

=======================
Serius !

Saya menangis bila dengar luahan hati seorang mak baru-baru ini dalam radio.

"Ustadzah, adakah Allah tidak dengar doa dan rintihan saya seorang ibu yang merindui anaknya"

"Adakah Allah tangguhkan doa saya?"

"Adakah solat hajat saya pagi, petang dan malam Allah tangguhkan untuk akhirat kelak"

"Saya tak minta banyak ustadzah, saya cuma mahu anak saya call dan pulang ke rumah ziarah saya"

"Saya merindui dia"

Kata seorang ibu sambil tersedu-sedu di dalam radio (Saya fikir umur lingkungan 60an)
.
.
=======================
Allahuakbar.

Berderu-deru airmata saya mengalir !

Ustadzah di radio pun terdiam dan cuma mendengar bunyi tersedu-di talian.

=======================
Saya tanya kepada korang

1. Agak-agak, apakah kedudukan anak ini ya?
2. Bagaimana hancur lebur hati seorang ibu itu?
3. Bagaimana perasaan anda jika menjadi ibu di radio itu?
.
=======================
Sahabat audit diri !

1. Bila kali terakhir kita hubungi mak/ayah kita?
2. Bila kali terakhir kita pulang ke kampung melawat mak/ayah kita?
3. Ingatlah bahawa jika anda "anak lelaki" tidak membahagiakan ibunya. Kata drmaza "Boleh jatuh kepada anak derhaka"
4. Ingatlah bahawa jika anda "anak perempuan" Allah akan beri cash begitu juga bila anda menjadi ibu nanti.

.
.

PS : Saya percaya, ini bukan kes pertama. Mungkin ada yang lebih dasyat lagi. Tiada apa yang aku pinta cuma hormatilah kedua ibubapa kita. inshaAllah bahagia dunia dan akhirat.


Kredit fb: Ridhauddin Hariz

1 ulasan: