Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California Yang Mesra Pengguna & Mesra Alam

Ibu pejabat Shaklee di Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee.

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang- Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang Harmoni Bersama Alam Semulajadi".


Anda boleh menikmati pemandangan indah seperti langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang di pelbagai posisi kedudukan anda dalam bangunan ini.

Rekabentuknya yang moden dan maju, diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar serta pembinaannya daripada bahan dan warna yang semulajadi.

Di antara keunikan pejabat shaklee ialah:

- bahan2 kayu dan pintu dari kawasan hutan

- pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula

- kerusi2 diperbuat daripada bahan kitar semula

- tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat dalam produk2 shaklee

- penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga

- penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan

- penggunaan "low e- glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien

- peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara

- ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar

- orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam

Wow hebatkan 😱 😲

Tak pernah lagi Cik Sue jumpa ciri-ciri pejabat macam ni di Malaysia. Ni yang makin bertambah sayang dengan Shaklee 😍

3 ulasan:

  1. bestnya...besar office nya kan

    BalasPadam
  2. wahhh pejabat yang more to earth...terbaiklah

    BalasPadam
  3. Bestnya kalau dapat kerja dalam bangunan macam ni. Mesra alam

    BalasPadam