Menghadiri Breastfeeding Workshop Shaklee, Refresh Ilmu Penyusuan

Pada hari Sabtu yang lalu, Sue berkesempatan menghadiri breastfeeding workshop yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Kelas ini adalah PERCUMA bagi SID terpilih. Mengikut perkiraan Sue bayaran bagi kelas ni jika di luar adalah dalam RM100++.

Syukur dapat pergi kelas ini secara PERCUMA. Thanks to Shaklee. Kelas breastfeeding pertama yang Sue pergi adalah ketika hamil anak sulong pada usia kandungan 4 bulan. Sekarang anak dah tiga orang. Memang lama sangat dah tak join mana-mana kelas breastfeeding. Rindu betul.

Ini kira refresh balik ilmu breastfeeding yang pernah Sue belajar suatu ketika dahulu. Memang best sangat kelas ini. Banyak topik yang disentuh antaranya perbezaan antara susu ibu dan susu formula, manfaat penyusuan susu ibu pada bayi dan ibu, posisi penyusuan susu ibu, bagaimana nak tahu baby kenyang, dunstan baby language, masalah dan penyelesaian dalam penyusuan susu ibu dan lain-lain lagi.

Kelas 2 jam terasa cepat sangat berlalu, sedar-sedar dah habis. Jom Sue kongsikan beberapa keping gambar dalam workshop  tersebut.








Tahukah anda bila ibu tak sihat, ibu boleh teruskan penyusuan susu ibu. Kebanyakan kita takut berjangkit kepada anak. Betul tak? Sebenarnya bila anak menyusu dari ibu yang tidak sihat, dia sebenarnya mendapat antibodi melawan penyakit tersebut dari anda. Wah, best kan!

Selain itu, untuk ibu menyusu, disarankan mengurangkan minum minuman bercaffein untuk tempoh 6 bulan pertama penyusuan. Bila anda minum minuman bercaffein, semakin kerap anda akan kencing, air keluar dari badan. Ini menyebabkan susu semakin berkurang. Bayi akan meragam bila dia hisap, susu sedikit. Bayi juga menjadi aktif kerana tidak dapat tidur kesan dari minuman caffein tersebut.

Sedikit perkongsian dari Sue untuk semua brestfeeding mommies. Untuk konsultasi lebih lanjut boleh hubungi Sue 013 4774 285. Suka untuk Sue berkongsi pengalaman menyusukan ketiga-tiga anak Sue dengan susu ibu dalam situasi dan cabaran yang berbeza.

Selamat meniti journey breastfeeding anda dengan penuh gembira ya mommies :)

3 ulasan: