Bagaimana Saya Mendapat Kepercayaan Dan Restu Suami Dalam Bisnes Shaklee

Cik Sue start serius buat bisnes Shaklee ni masa berpantang anak kedua.

Sebabnya Cik Sue dah resign dari keje hakiki. Sebelum resign memang dah discuss elok-elok dengan encik suami, dia pun izinkan.

Bulan-bulan memang ada komitmen untuk bayar hutang kereta dan hutang belajar. Takkan nak bebankan encik suami lagi.


Alhamdulillah bisnes Shaklee mampu membantu untuk Cik Sue settlekan bayaran hutang tersebut setiap bulan.

Malah lebih dari itu. Dapat bagi parents, bersedekah dan lain-lain.

Encik suami banyak membantu dalam bisnes shaklee seperti memberi idea dan buah fikiran yang mantap walaupun beliau tiada ilmu bisnes, tukang komen dan pendengar setia, temankan cod barang customer, pergi kelas shaklee, pergi hq/ branch untuk topup barang, pergi sesi coaching dengan anak buah mumtaz dan baaaanyak lagi.

Alhamdulillah encik suami banyak tolong dan support Cik Sue. Rasa sangat terharu disamping bersyukur atas rezeki ini.

Semoga bisnes Shaklee Cik Sue terus maju dan meroket hasil kerjasama kami berdua inshaaAllah.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen