Bersenam,Untuk Kesihatan Dan Kecergasan Badan

Bila membincangkan isu senaman, ramai yang beralasan tak sempat la, kerja la dan lain- lain lagi.

Senaman sebenarnya boleh dilakukan pada bila- bila masa yang anda free. Macam Cik Sue suka bersenam awal pagi. Bangun awal pagi sebelum subuh dan semasa perut kosong.

yoga mat

Biasanya dimulakan dengan senaman panaskan badan, lepas tu buatlah jumping jacks, crunches, tricep dips, squat dan last sekali diakhiri dengan senaman cool down.

crunches

Senaman yang berbeza dibuat setiap hari bagi mengelakkan rasa bosan.

Hujung minggu biasanya Cik Sue akan beriadah bersama keluarga di taman. 2- 3 kali jogging pusing taman, peluh merecik-recik, tapi enjoy. Rasa segar badan.

Kalau tak sempat senaman sekalipun, aktiviti yang dibuat setiap hari dekat rumah pun dikira senaman juga.

Mana taknya berapa kali sehari kena lap makanan tumpah yang anak makan, masak, vacuum, mop rumah, mandikan anak, ambil anak sekolah.

Berpeluh juga buat semua kerja tu tau.

Selain senaman, pengambilan makanan seimbang juga perlu (berdasarkan piramid makanan), di topup dengan vitamin kerana ada zat makanan yang cepat rosak pada suhu yang panas, bersosial dengan jiran-jiran dan kawan-kawan dan amalan rohani.

Contohnya mengaji al-quran. Dah tahap wajib baca paling2 kurang pun 3 muka sehari. Tak baca kalu tak tenang hidup. Tahajud pun cuba konsisten buat at least seminggu sekali. 

Hidup di dunia bukan tempat berehat. Nak berehat esok masa dah meninggal.

Mulakan gaya hidup sihat dari sekarang. Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi. Kita tak nak la susahkan orang lain bila kita sakit kan.

Jom ubah kepada gaya hidup sihat sekarang. Anda sihat, keluarga sihat, masyarakat sihat, hidup bahagia.

1 ulasan: