Cinta Hati Pertama Cik Sue

Ini lah dia cinta hati pertama Cik Sue. Dilahirkan pada 4 September 2010. Nama timangan Amjad.

anak sulongku

Masa mengandungkan anak sulong Cik Sue konsisten makan set hamil shaklee. Maklum la kan, first time experience hamil, kandungan dan kesihatan mesti lah dijaga dengan baik.

First trimester alahan agak teruk. Tak boleh nak masak. Bau orang menumis terus rasa loya. Bau badan suami pun tak boleh jugak, terus rasa nak muntah.

Masuk second trimester semuanya kembali normal. Alhamdulillah selera makan pun dah kembali.

Ingatkan dapat la beraya dulu kan. Tapi perancangan Allah itu yang terbaik. Amjad lahir melalui pembedahan kecemasan pada 25 Ramadhan. Doktor kata baby dah lemas dalam perut, air ketuban memang dah sikit pada masa tu.

Selepas melihat Amjad lahir ke dunia, segala sakit selepas czer tu terus hilang. Sedap bau baby kan.

Cik Sue berpantang anak sulong di kampung mertua. Selepas 2 minggu ada tukang urut yang datang mengurut dan tuam badan Cik Sue..ooo sedapnya rasa badan selepas tu.

Tak dilupakan juga setiap hari konsisten makan set berpantang shaklee. Alhamdulillah luka cepat baik, emosi terkawal dan susu pun meriah.

Macam-macam yang Cik Sue belajar once dah ada anak. Ilmu parenting, breastfeeding, solid food, cloth diaper, babywearing, homeshooling dan lain- lain lagi.

Doa ibu, semoga Amjad membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat inshaaAllah.

4 ulasan:

  1. homeschooling tu..anak2 sue belajar dekat rumah ke

    BalasPadam
  2. Semoga Amjad membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh :)

    BalasPadam
  3. Salam ciksu.. Alhamdulillah.. Tahniah.. 😍😍😍 semoga Amjad membesar dengan sihat. Ameeenn

    BalasPadam
  4. el, dekat rumah pun sue ajar juga. dia sekolah macam biasa. :)

    BalasPadam