Idola Saya Dalam Bisnes Dato Sharifah Shareen Al-Mashoor

Idola tu ialah seseorang yang kita jadikan contoh untuk kita suka dan kita ingin menjadi seperti dia.

Sebenarnya ramai idola Cik Sue dalam bisnes. Salah seorang yang Cik Sue kagumi ialah Dato Sharifah Shareen Al Mashoor.

idola bisnes

Orangnya kecil molek, muda, cantik, kaya harta dan jiwa. Serba serbi ada. Boleh dikatakan mempunyai pakej hidup yang lengkap.

Cik Sue mengenali datuk secara tak sengaja dalam televisyen. Beliau menjalankan bisnes percetakan dan barang kosmetik disamping aktif melakukan kerja2 kebajikan.

Baru-baru ini sekali lagi Cik Sue dipertemukan dengan datuk dalam rancangan Nona Tv3 edisi Ramadhan. Dalam episod tersebut datuk menghantar bantuan kepada penduduk kampung yang miskin di Thailand.

Sedih Cik Sue tengok sampai mengalir jugak lah air mata ni.  Korang yang terlepas tengok episod Nona tu, boleh lihat di tonton.com atau di youtube.

Di antara pesan datuk yang Cik Sue ingat antaranya ialah:
- Nak buat sesuatu kerja kebajikan tak perlu tunggu badan2 NGO. Mulakan apa yang ada di tangan.

- Hidayah itu milik Allah. Selepas 6 tahun beliau datang semula ke tempat tersebut untuk buat kerja2 kebajikan. Dulunya beliau hanya pergi bercuti bersama keluarga.

- Jangan takut nak bersedekah. Allah dah janji akan melipatgandakan rezeki orang yang bersedekah.

- Beliau menerapkan amalan bersedekah kepada anak beliau sedari kecil. Ketika ditemuramah anak datuk menjawab, “seronok buat kerja2 kebajikan ni sebab boleh menggembirakan orang yang susah”.

- Beliau membina masjid di kampung tersebut. Masha Allah, saham akhirat telah menunggu beliau. Pahala mengalir setiap kali penduduk kampung menggunakan masjid tersebut untuk beribadat.

- Membantu penduduk kampung dari pelbagai sudut dengan ikhlas contohnya dari segi rohani, fizikal, pendidikan dan juga emosi.

- Jangan lupa untuk mengeluarkan zakat perniagaan di samping bersedekah. Bersedekah dengan tangan kanannya namun tangan kirinya tidak mengetahuinya.

Duit memang tak boleh di bawa mati tetapi segalanya memerlukan duit. Islam menyuruh umatnya kaya bukan untuk bermegah2 tetapi untuk membantu mereka yang hidup susah.

Cik Sue sangat terinspirasi dengan kejayaan dato. Seimbang antara dunia dan akhirat.

Semoga satu hari nanti Cik Sue juga dapat menjadi seperti beliau. Inshaallah.

-Kaya dunia, kaya akhirat-

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan