Impian Hadiah Untuk Yang Tersayang- Pakej Haji Untuk Ibu Bapa Saya

Salam nuzul quran buat semua rakanrakan.

Awal Ramadhan menyaksikan Cik Sue sahabat2 yang pergi menunaikan umrah dan berpeluang berpuasa di tanah suci Mekah.

Untungnyaaa mereka... Alhamdulillah rezeki mereka kan.


Teringat Cik Sue kepada salah satu impian yang masih belum lagi terlaksana iaitu membawa parents pergi menunaikan haji di Baitullah.

Sudah lama hasrat ini terpendam. Ianya adalah sebagai hadiah bagi membalas jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa Cik Sue walaupun hakikat yang sebenarnya segala pengorbanan mereka membesarkan Cik Sue tidak mampu dibalas.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik, pengorbanan dan jerih payah parents Cik Sue.

Parents Cik Sue sudah pun pernah menunaikan umrah. Ummi Cik Sue sudah pun menunaikan fardhu haji cuma abah masih belum lagi berpeluang melaksanakan rukun Islam ke-5 itu.

Oleh yang demikian, Cik Sue berniat untuk menghadiahkan pakej haji kepada kedua ibu bapa Cik Sue sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada mereka.

Dah survey-survey pakej haji yang diiktiraf oleh Syarikat Tabung Haji. Rata2 adalah dalam RM30K seorang. Kalau 2 orang adalah dalam RM60K ++. (Bajet bagi lebih takpe demi keselesaan mereka di tanah suci kelak).

Bagaimana nak dapatkan dana?
Setiap bulan, bonus yang Cik Sue dapat dari Shaklee akan diketepikan sebahagian untuk parents. Menabung sedikit demi sedikit sampai cukup.

Peluang bonus yang Shaklee tawarkan seperti bonus kereta dan bonus naik rank haruslah cepat-cepat grab.

Hasil duit keuntungan dari bisnes dicampur dengan duit tabung serta duit bonus yang Shaklee tawarkan, inshaaAllah mencukupi untuk membawa parents pergi haji.

Mohon doa dari sahabat-sahabat semua, agar segala urusan dan niat baik Cik Sue untuk membawa parents pergi haji akan termakbul dengan mudahnya dan berjalan dengan lancar serta mendapat keredhaan Allah swt inshaaAllah.

Semoga Allah membalas jasa baik kalian yang turut mendoakan kami semua. Terima kasih.

1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.

2. Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.

3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulk la syarika lah:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan