Pengalaman Ke Health And Wellness Fair Shaklee

Pada Ahad minggu lepas Cik Sue berkesempatan menghadirkan diri ke Health And Wellness (H &W) Fair Shaklee buat pertama kalinya di Shaklee hq. Program bermula dari pukul 10pagi sehingga 5 petang.


Sebelum-sebelum ni hanya join di National Conference aje.

Antara yang best di H&W ini ialah:
- Analisis berat badan
- Analisis kulit
- Analisis tekanan darah

Turut disertai dengan demo:
- Smoothie sihat 
- Produk kesihatan rumah
- Facial demo dengan produk Nutriwhite

Tawaran menarik pada hari itu juga ialah dengan setiap pembelian essential pack (ESP, Vitalea dan Omega) dapat PERCUMA Vitamin C. 

Majlis dimulakan dengan sesi talk pasal kesihatan dan produk Shaklee. 


Kemudian disusuli dengan demo produk Nutriwhite. Bertuahnye siapa yang datang kan. Boleh tahu step by step dan cara yang betul mencuci kulit wajah.


Seterusnya ialah demo membuat smoothie yang sihat dan sedap menggunakan produk Cinch Shake Shaklee dengan campuran buah-buahan. Dalam gambar di bawah ni, adalah smoothie Vanilla dengan buah naga. Soo delicious! Ada pelbagai lagi resepi smoothie yang dikongsikan pada hari itu.


Setelah selesai demo, aktiviti seterusnya adalah analisis berat badan dan analisis kulit wajah. Analisis berat badan ini lebih detail kerana menggunakan mesin kerada. Antara yang diambil kira ialah berat badan, bmi, berat otot, visceral fat dan lain-lain lagi.

Cik Sue nak bagitau walaupun berat badan normal, bmi normal tapi kena jaga-jaga dengan fat yang ada dalam badan juga. Jika fat lebih akan mudah dapat penyakit 3 serangkai tu (darah tinggi, sakit jantung dan diabetes).


Kalo muscle kurang salah satu cara nak naikkan otot adalah dengan rajin bersenam.

Pakar nutrisi Shaklee akan memberikan komen hasil daripada analisis berat badan dan mencadangkan produk Shaklee yang sesuai beserta senaman yang patut dibuat. Oh ya sebelum nutrisionist beri komen, beliau akan check dulu tekanan darah kita samada normal atau pun tidak.

Nampaknya Cik Sue kena lebihkan lagi senaman untuk membina otot. Bila banyak otot terbina lagi tinggi metabolisme badan. Lagi tinggi metabolisme lebih cepat pembakaran lemak dalam badan.

Selanjutnya Cik Sue buat analisis kulit wajah pula. Hasil analisis tu menunjukkan yang kulit wajah Cik Sue ni kering. Lepas ni kena ambil lebih dos lah vitamin C, vitamin E, Gla Complex, B Complex dan ESP.


Dah selesai buat analisis semua, boleh la tengok demo produk penjagaan rumah pula. Perbandingan antara sabun baju Shaklee dengan sabun basuh baju produx X. Mana satu yang membersihkan kotoran dengan lebih baik??  Hehehe...tentulah produk Shaklee kan.


Meh jemput tonton demo fresh laundry Shaklee ni. Dua keping kain yang telah direndam dalam air kopi, kemudian direndam dalam sabun pencuci Shaklee dan sabun X. Ternyata sabun pencuci Shaklee mengeluarkan lebih banyak kotoran berbanding jenama X.


Sebelum balik, masa nak beli barang Shaklee, tiba-tiba kecoh pula Vitalea (multivitamin tertua di dunia) dah sold out. Stok dijangkan 4 jam lagi akan sampai di hq, lebih kurang pukul 4 petang. Anak-anak pun dah mula meragam, Cik Sue memang tak boleh tunggu lebih lama lagi.

So jumpa dengan upline dan sorang anak Mumtaz, sembang-sembang sikit dan ambil gambar. Kemudian terus balik.


Apa-apa pun program Shaklee ni memang best. Banyak pula dapat manfaat. Korang boleh tanya apa-apa je soalan tentang Shaklee pada pakar nutrisi Shaklee. Time ni la anda boleh beramah mesra dengan mereka. Agaknya kalau nak buat analisis berat badan dan kulit wajah di tempat lain tu, mau makan beratus ringgit juga kan? Nasib la Shaklee buat program ni PERCUMA je tau.

Kalau ada lagi program sebegini yang Shaklee anjurkan, korang boleh la datang. Tak rugi pun demi kesihatan dan kesejahteraan diri dan keluarga.

2 ulasan: