Perth Australia, Destinasi Percutian Idaman

Salam hujung minggu semua :)

Harini Cik Sue nak cerita santai-santai aje.

Salah satu destinasi yang menjadi impian Cik Sue ialah Australia. Australia terkenal dengan keindahan seni bina negaranya, tempat-tempat yang bersejarah, flora dan fauna yang terpelihara. Pulau ini menjai habitat kangaroo, koala, walabi, penguin, ekidna, dan berbagai burung.

australia

Australia kan besar, jadi spesifiknya Cik Sue nak pergi bercuti di Perth.

Antara tempat-tempat menarik di Perth ialah:
- Mandurah Dolphins Canal River Cruise (tengok dolphins dan rumah mewah)
- Busselton Jetty ( tgk hidupan laut di dasar laut....ada aquarium besar dalam laut)
- Cape Leuwin Lighthouse (tgk pertembungan India Ocean dan Southern Ocean)
- Lancelin Sand Dunes (meluncur atas pasir)
- Margerat River Chocolate Company (kilang coklat, sedapnye)
- Baaaanyakkk lagi tempat2 menarik

Kenapa Sue memilih Perth?
Pertamanya kerana ingin memenuhi permintaan anak-anak untuk melihat dolphin dan hidupan laut lain yang tak dapat di Malaysia seperti penguin dan ikan paus. 

Nak reward anak-anak kerana setakat ni kami belom pernah travel oversea lagi. Selebihnya adalah untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan merasai pengalaman berbeza di bumi orang. Bak kata pepatah "jauh berjalan luas pandangan".

InshaaAllah Cik Sue bercadang pergi satu family (5 orang). "The more the merrier." Tak gitu, ahaks ;)

Setelah merujuk di beberapa laman web dan juga blog, kos percutian untuk 6 hari 5 malam satu family (5 orang) lebih kurang ialah RM20,000.

Kos-kos tersebut merangkumi:
- Tiket penerbangan
- Visa
- Tempat penginapan
- Sewa kereta
- Petrol
- Bayaran masuk tempat-tempat di sana
- Makanan
- Cenderahati

Gulp  ...telan air liur jap tengok jumlah perbelanjaan tersebut sambil lap peluh kat dahi...

Nak pergi travel haruslah bekerja keras bukannya duduk goyang kaki je kan, maklumlah percutian sendiri bukannya ditaja.

Nak percutian yang FREE ditaja Shaklee haruslah kumpul point sampai cukup kan. Ada Usaha dapat la Hasilnya.. (sedang usaha ke arah itu, sape tak mau tajaan free umrah/ percutian kan?)

Dengan bisnes Shaklee, impian percutian ini InshaaAllah pasti termakbul satu hari nanti dengan syarat buat betul-betul dengan bersungguh-sungguh. Bak kata mat saleh “No pain, no gain”.

Setiap bulan bonus yang Shaklee bagi tu 10% mesti simpan dalam tabung travel dan ditopup dengan gaji suami.

Selain menabung, impian ni juga Cik Sue akan tampal di vision board buat pemangkin semangat untuk bekerja lebih kuat dan mana tahu berpeluang pergi lagi cepat dari tarikh jangkaan.

Target nak pergi pada bulan Ogos 2018. Doakan impian Cik Sue ini menjadi kenyataan ye kawan-kawan.

" Ya Allah engkau penuhilah impian dan hajat Cik Sue sekeluarga ke Perth Australia pada bulan Ogos 2018. Aamiin."

Apa pula destinasi idaman kawan-kawan? Jom kongsikan dengan Cik Sue di ruang komen di bawah. Jangan takut berimpian, kerana dari impian ianya mampu menjadi kenyataan jika anda PERCAYA.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan