PotLuck Bersama Geng Turbo Shaklee

Pada hari Sabtu hujung minggu lepas, Sue berkesempatan menghadiri potluck buat pertama kalinya di rumah upline Sue. Kalau diikutkan potluck ini adalah kali kedua untuk tahun 2016, cuma baru berkesempatan untuk hadir pada hari ini.


Sesat juga Sue mencari rumah, sampai juga akhirnya...hehe... Lewat setengah jam...ampun ye mommy..

Pertamanya majlis ini dimulakan dengan sesi sharing ilmu bisnes Shaklee iaitu pengiraan bonus dan enam langkah untuk naik rank Supervisor. Sharing ilmu ni kira sesi ulangkaji bagi Sue, refresh balik ilmu yang dah pernah belajar sebelum ni.


Selepas dah belajar, acara yang dinantikan oleh semua orang adalah makan. Pelbagai hidangan enak telah tersedia untuk dinikmati. Ngam-ngam time waktu lunch pulak tu. Apa lagi kita makan lah kan.
Ada rendang dan nasi impit, bihun, mee goreng, spagetti (made by yours truly), kek, kuih bangkit cheese dan ayam KFC. Nyum..nyum..nyum..


Selepas perut dah kenyang, bersantai lah kami semua di ruang tamu sambil sembang-sembang hal bisnes dan anak-anak. Sesekali dapat berjumpa kawan-kawan geng Turbo macam ni memang best. Recharge balik aura positif. Saya suka..saya suka (baca gaya Mei Mei, upin ipin).


InshaaAllah, program ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang. Harapnya Sue dapat lagi menghadirkan diri pada program yang seterusnya.

Ilmu dapat, makan dapat, ukhuwah pun dapat. Memang best lah!

Korang kalau nak rasai kemanisan dalam berbisnes Shaklee ni, jom sertai team Mumtaz. Sue akan coaching anda dengan sebaiknya sehingga ke puncak Master Coordinator. It start with you.

Hubungi Sue 013 4774 285.

2 ulasan: