Set Kecemasan (First Aid Kit) Shaklee Di Rumah Saya

Assalamualaikum.

Salam 20 Ramadhan.

Cik Sue pasti pada setiap rumah mesti ada peti kecemasan. Dalam tu terisi dengan pelbagai benda seperti iodin, gauze, dettol, minyak angin dan sebagainya.   

Tambahan pada peti kecemasan tersebut, di rumah Cik Sue juga ada set shaklee untuk kecemasan.

Apa yang ada dalam set kecemasan tu? Jom Cik Sue kongsikan dengan anda semua

first aid kit shaklee

1) Nutriferon: Berfungsi meningkatkan imun sistem
Kalau badan anda dah mula rasa seram sejuk, hidung pun dah sok sek sok sek, sakit kepala, dah mula rasa nak demam, cepat2 telan nutriferon ni.

Kalau anak demam dan selsema pun boleh jer bagi nutriferon ni. Dia dalam bentuk serbuk, mudah sangat nak telan. Sedap pun ye juga, rasa manis dari biji labu.

2) Herbal Blend: Krim serbaguna 
Risau anak digigit nyamuk meninggalkan kesan bintik2 merah dibadan? Sapulah krim herbal blend ini. InshaaAllah bintik2 merah cepat je surut.

Selain itu krim herbal blend ini boleh di sapu pada tumit kaki yang pecah, lutut yang kasar, jerawat di wajah, campak (chicken pox) di badan, anggota yang terkena minyak panas, terhiris pisau, cekam kuku, bahagian anggota yang digigit serangga dan lain2.

Boleh juga di sapu pada anak ekzema atau ruam pada bayi dan kanak2.

Selain tu turut boleh digunakan sewaktu anak-anak demam, sapu diseluruh badan untuk menurunkan suhu.

Krim ini tidak melekit dan rasa berangin jer. Best sangat tau.

3) Performance Drink (Orange flavor )
Mengekalkan cecair dalam badan. Jika sekiranya anda terkena food poisining atau muntah2 dan cirit birit, nak ke klinik pun badan dah terlepek tepi mangkuk tandas, cepat2 lah bancuh performance drink ni.

Minum sikit2 tapi kerap. InshaaAllah badan anda akan terasa sedikit bertenaga.

Sama kes juga yang terkena DENGGI, disarankan minum performance ni selain mengambil sup ketam, jus betik dan sebagainya.

Anak2 yang terkena HFMD (hand food mouth disease), kurang selera makan sebab sakit mulut sangat elok minum performance ni tau.

Begitu juga bila anak demam takde selera makan. Selain bagi bone broth sup, beri juga minum performance ni. InshaaAllah demam cepat je kebah.

4) Vitamin E: Menyembuhkan luka dan memudarkan parut
Terkena minyak panas sewaktu goreng ikan, terkena duri pokok bunga ros sewaktu berkebun, terkena duri ikan cencaru sewaktu cuci ikan nak masak ikan belah belakang, terhiris pisau sewaktu kupas bawang, cubalah sapu vitamin E. 🔪  ϟ

InshaaAllah rasa sakit tu cepat berkurangan dan tiada kesan parut di kulit.

♬♫♪♩🎶🎼♬♫♪♩🎶🎼

Tinggal lagi beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut Syawal. Suka di sini Cik Sue ingin mengingatkan kawan2 yang akan pulang ke kampung, untuk membuat persediaan membawa balik set kecemasan Shaklee ini ke kampung.

Ye lah kan, keadaan tak diduga mungkin boleh berlaku (nauzubillah) bila2 masa je, nak cari klinik yang buka time awal2 raya pun susah. Jadi, boleh ikhtiar dulu kesembuhan dengan set kecemasan Shaklee ni.

Semuanya dengan izin Allah jua. Tak rugi pun melakukan persediaan awal untuk saat2 genting yang tidak diduga.

Bagi kawan2 Cik Sue yang berminat nak order set kecemasan Shaklee ini boleh hubungi Cik Sue ye

013 4774 285
ig: sihatitunikmat

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan