Ups and Down Dalam Bisnes, Lumrah Orang Berniaga

Ups and down dalam mana-mana bisnes tetap ada. 9/10 rezeki adalah dari perniagaan dan sebanyak itu juga cabaran yang perlu ditempuhi.

Sepanjang buat biz Shaklee ini pelbagai ragam customer yang Cik Sue jumpa. Ada yang berjanji nak bank in end up tak jadi beli, beli dengan sid lain tapi minta konsultasi dari kita, berjanji cod sekian waktu tunggu 1 jam batang hidung pun tak nampak, call pun tak angkat, cod waktu malam angkut anak2 meredah kesejukan hujan, suruh reserve stok end up beli dengan sid lain dan pelbagai ragam lagi.


Takpelah redha je lah. You say No, I say NEXT. 1 orang taknak, 10 orang MARI.

Begitu juga stok barang yang ada masalah dengan kurier. Dah order barang tapi dalam masa seminggu stok blom sampai pada customer. Customer pun dah mula bising-bising ingat kita menipu.

Selain tu, meh nak cerita pengalaman pergi salah satu kelas Shaklee yang dianjurkan oleh super-duper upline. Kelas hujung minggu di Bangi dan Cik Sue naik kenderaan awam. 

Masa pergi kelas perjalanan smooth aje. Bila dah habis kelas, petang tu nak balik Cik Sue tunggu taxi untuk ke KTM terdekat.

Ditakdirkan masa tunggu taxi tu hujan turun dengan lebatnya. Taxi yang dinanti tak kunjung tiba. Habis basah lenjun baju, brooch shawl pun dah habis melayang kena hujan . Nasib tak tertanggal shawl tu.

Dalam hati berkata " ya Allah apalah nasib malang aku harini", nak menangis pun ada.

Lepas tu try call public cab. Tunggu punya tunggu dapat juga taxi terus ke ktm. Sampai di ktm masa nak bayar tu pakcik taxi bagi diskaun harga. Kesian kot tengok gadis ayu dah belemoih habis kena hujan.

Hujung bulan lepas attend kelas tu, nama Cik Sue naik dalam cabutan bertuah menang tv lcd. Sungguh tak sangka dan sebenarnya tak mengharap pun menang cabutan bertuah tu. Pergi kelas semata2 nak dapat ilmu jer.

Sungguh disebalik kesulitan Allah nak hadiahkan sesuatu yang manis. 

Sebenarnya bila dilihat kembali perjalanan dalam bisnes shaklee ini, adalah salah satu bentuk tarbiah yang Allah beri dalam mendidik jiwa, sikap, kebergantungan diri kepada sang Pencipta.

Kalo semuanya mudah dalam buat bisnes, kita takkan kuat untuk menghadapi saat susah di kemudian hari kelak. Banyak benda yang dipelajari dan boleh di ambil pengajaran sepanjang liku-liku yang dihadapi dalam bisnes.

Yang penting jangan mudah putus asa. Jika jatuh bangun semula. Tak bangkit terus tu yang parah!

6. "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” (al-Insyirah: 6-8)

Jika ada dikalangan kawan-kawan blog Cik Sue nak join biz shaklee boleh hubungi

 013 4774 285

Jangan lupa sepanjang September ini juga adalah promosi,

- esp
- vitamin C
- set wanita
- set warga emas
- set hamil
- set berpantang

Roger2 Cik Sue untuk order ok

 013 4774 285

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan