Kerang merupakan sumber mineral yang baik, iaitu tembaga, sodium dan zinc, serta mengandungi zat besi dan selenium. Kebanyakan jenis kerang juga menyediakan kalium sebanyak 10 peratus daripada jumlah pengambilan yang disyorkan untuk setiap 100gramnya. Terakhir, kerang ternyata mengandungi vitamin A, vitamin E, ia juga merupakan sumber vitamin B kompleks yang baik.
Gambar: Sumber google |
Bahan-bahan:
400gm isi kerang
1cm daun cekur
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1cm halia
5 tangkai cili kering
100ml air asam jawa
1 sudu teh gula perang
4 sudu teh minyak
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili kering bersama air asam jawa. Tumis bahan tadi dalam minyak yang panas sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan daun cekur ke dalam masakan tadi. Biarkan selama 9-12 minit. Selepas itu, masukkan isi kerang dan kacau seketika. Jangan terlalu lama. Biarkan ia masak dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba :)
Sumber: Rapi Jun 2016
Reseou baru Su..... Hakak jarang masak buh daun cekur dengan serai....
BalasPadamSedapnya sambal kerang.. lama dah tak makan... :)
BalasPadamSedapnyaa sambal kerang :)
BalasPadamsejak adik bongsu alah dengan kerang..dah lama sangat tak beli kerang..nanti kalau beli dia makan nanti sakit dia juga yg kesian..so better semua tak makan..huhu
BalasPadam