Tip Hidup Lebih Sihat

Badan yang sihat, kulit yang cantik dan awet muda, belum cukup dengan hanya mengambil suplemen dan memakai produk kecantikan sahaja. Ini kerana, anda juga perlu menerapkan pola hidup yang sihat. Antaranya:


1) Elakkan stress
Jika seseorang itu mengalami stress, otot-otot wajah akan menegang dan menimbulkan garis-garis halus. Stress inilah akan melemahkan sistem ketahanan badan, akibatnya badan cepat sakit dan kulit terdedah kepada pencemaran dan cuaca yang tidak elok. Cubalah seimbangkan badan dengan mengambil makanan yang sihat, seimbangkan antara pekerjaan dan hiburan serta lakukan latihan untuk lebih sihat dan tenang.

2) Jangan paksa semasa senaman
Senaman yang dilakukan secara rutin boleh meningkatkan kemampuan badan, seterusnya badan menjadi lebih sihat dan kulit kelihatan cantik. Namun, senaman yang berlebihan atau terlalu keras boleh meningkatkan stress dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Gabungkan beberapa jenis senaman seperti kardio dan angkat beban untuk mendapatkan hasil yang optimum.

3) Elakkan gula berlebihan
Pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula boleh merosakkan kolagen dalam badan. Akibatnya, kulit kelihatan lebih tua dan tidak mampu melawan radikal bebas. Agar kesihatan terjaga dan awet muda, ambillah gula dan karbohidrat yang terdapat dalam nasi perang, roti gandum dan buah-buahan.

4) Tidur yang cukup
Ketika anda tidur, tubuh akan menghasilkan hormon yang merangsang pengeluaran kolagen dan elastin yang membuatkan kulit kelihatan muda dan sihat. Kurang tidur akan menyebabkan lingkaran gelap bawah mata, kulit kusam dan badan lesu.

Kredit: Rapi Jun 2016

4 ulasan:

  1. Nak elakkan stress tu paling susah. Hahah ! Ada je benda yang kadang kadang boleh buat stress

    BalasPadam
  2. tips yang sangat bagus, salam ukhuwanh dari kak ana , www.anajingga.com :)

    BalasPadam
  3. yg lain ok
    cuma tidur yang cukup tu x mungkin akan terjadi hahaha

    BalasPadam