B.I.N.G.O, B.I.N.G.O, B.I.N.G.O nama saya BINGO..

Salah satu lagu Didi & Friends yang anak-anak suka.

Antara karakter kartun yang diminati oleh kanak-kanak zaman sekarang selain upin dan ipin, boboboy ialah Didi & Friends.

First day cuti sekolah baru ni cik sue bawa anak-anak ke Alamanda Putrajaya ke Mini Karnival Didi & Friends.


Kami sampai dalam pukul 11.30am, orang ramai telah memenuhi ruang legar centre court tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan seperti mewarna, beramah mesra dengan maskot, mini musikal dan persembahan tarian.

Anak-anak tak masuk apa-apa acara pun. Tapi diaorang belajar untuk bersabar dan take turn sewaktu hendak bergambar dengan maskot.

Selain tu dari cd lagu Didi & Friends ni diaorang banyak belajar seperti mengenal huruf, mengenal objek, mengenal bunyi dan lain-lain.

Second week cuti sekolah kami plan balik kampung. Lagi best sebab macam-macam boleh explore sewaktu di kampung nanti kan.

Apa aktiviti cuti sekolah anak-anak anda? Jom kongsi.
Siapa suka kulit yang flawless, bebas jerawat dan jeragat, nampak bersih dan segar?

Sudah tentu ramai yang nak kan.

Ini lah set kecantikan shaklee yang cik sue amalkan.

set kulit bebas jerawat

1) Vivix- membaiki sel yang rosak dari peringkat DNA. Antipenuaan yang terbaik. Bukan tidak jadi tua. Akan tetap tua cuma mengurangkan risiko terkena penyakit kronik (jantung, darah tinggi, kencing manis) di awal usia.

Artis seperti Ayu Raudhah, Emma Maembong dan Rita Rudaini juga consume vivix.


2) Esp- protin yang lengkap dengan 9 asid amino. Ianya tidak diubah secara genetik (non GMO), rendah lemak, tiada kolesterol dan tiada asid uric. 

esp membantu membina kulit baru, mengurangkan kedutan, agen antipenuaan, mengembalikan tona kulit yang sekata dan mengurangkan kesan parut.

3) Vitamin C dengan sistem perlepasan secara berperingkat sedikit demi sedikit secara berterusan selama 5 jam.

Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh, mencerahkan kulit, memudarkan bintik hitam, mengurangkan kulit kusam dan jeragat.

4) Gla complex- mengawal selia hormon lelaki dan wanita. Mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, gatal2 kulit dan kulit kering.

5) B Complex- lengkap dengan 8 jenis vitamin b. Membantu kulit nampak glowing dan tidak kering.

6) Vitamin E Complex- dapat mencegah tua sebelum usia, menghalang kedutan kulit dan memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat.

Untuk penjagaan kulit wajah cik sue menggunakan set nutriwhite. Ianya menggunakan ramuan yang selamat, bebas bahan kimia terlarang dan berkesan.

Nak cuba setcantik shaklee?

Hubungi cik sue
 013 4774 285 
Seperti yang diketahui umum, badan manusia tidak mampu menghasilkan vitamin C kecuali arnab.

Sumber vitamin c dapat diperoleh daripada buah oren, lemon, cranberry, strawberry, cili, brokoli dan lain-lain.

Namun kadang-kadang pengambilan dari makanan sahaja tidak cukup dengan keperluan badan.

Oleh yang demikian, kita perlu top up dengan pengambilan suplimen.

Jika diizinkan cik sue berkemampuan untuk berikan satu vitamin pada keluarga di Malaysia, cik sue memilih vitamin c.

vitamin c plus

Salah satu manfaat vitamin c ialah meningkatkan sistem imun tubuh. Bertepatan dengan musim sekarang yang kerap hujan, kita mudah terkena demam, batuk dan selsema. Pengambilan vitamin c membantu untuk cepatkan penyembuhan.

Boleh baca keistimewaan dan manfaat vitamin c di SINI.

1 botol 180 biji cuma beharga RM92.50. Mampu bertahan sehingga 6 bulan makan. Sehari cuma spent 50 sen  je, jimatkan.

Jika kawan-kawan berminat mendapatkan vitamin C ini boleh hubungi Sue melalui sms/whatsapp: 013 4774 285.
Hampir 10 tahun agaknya cik sue dah lama tak menjejak kaki ke Pulau Langkawi. Waktu kecik2 dulu, setiap kali cuti sekolah memang wajib cik sue ikut atok balik Langkawi.


Langkawi dulu dan kini telah banyak berubah. Kini lebih banyak tempat menarik yang harus dilawati jika bercuti ke sana.

Harini geng2 shaklee cik sue akan balik dari local trip shaklee setelah berada di sana selama 3 hari 2 malam.

Antara tempat2 yang dilawati mereka ialah: 
- shopping di Pekan Kuah 
- Mangrove river tour 
- Gua kelawar Kilim Eco Park 
- Skycab cable car 
- 3d Art museum 
- Chenang beach



Mereka menginap di salah satu hotel terkemuka di Langkawi iaitu Westin Hotel. Dengar mereka cerita katil di situ menggunakan tilam yang empuk berjumlah RM13K. Sesuai dengan namanya "heavenly bed". Cer korang google..

Mereka dijamu makan seafood di restoran Nagoya. Seafood fresh dan sedap pulak tu. Telan air liur cik sue melihatnya.

Yang bestnya trip shaklee ni sebab dilayan bagaikan anak raja. Hotel 6 bintang. Beg semua staff yang tolong angkatkan. Duit belanja makan shaklee bagi. Suprise gift shaklee bagi setiap kali pulang ke bilik. Makan sedap2, tourist guide yg berpengalaman. Macam2 lagilah.


Korang tolang doakan cik sue dapat pergi local trip shaklee reward tahun hadapan iaitu shaklee cruise bersama dengan team mumtaz.

Tak sabar cik sue nak rasai sendiri pengalaman indah dengan trip shaklee.

Man jadda wa jadda. Siapa usaha dia akan dapat.
Salam Jumaat.


1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’(titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

=======

MasyaAllah, ngeri dan takutnya baca dengan sebelas golongan yang diterangkan di atas. Jom sama-sama audit diri. Semoga kita terpilih untuk berada dalam golongan nombor dua belas tersebut inshaaAllah. Amin..
Berjoging, aktiviti yang cukup mudah namun paling tidak disukai untuk dilakukan keraa ia cukup memerah tenaga. Berjoging, berjalan cepat atau berlari-lari anak boleh membantu tubuh menyerap oksigen dan membuat fungsi jantung agar bekerja lebih cepat daripada biasa. Joging biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang.

joging

Menurut para penyelidik Denmark menyatakan mereka yang berjoging sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali dalam seminggu sudah cukup mencapai saranan kesihatan. Namun jangan terkejut jika joging dilakukan secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat, demikian menurut Jacob Marrot, penyelidik Copenhagen City Heart Study dan Hospital Frederiksberg di Denmark.

1) Meningkatkan stamina
Menjalani rutin harian dengan berjoging mampu meningkatkan stamina dan memberi kesan positif dalam kehidupan seharian. Jika badan sering berasa lesu, mulakanlah berjoging secara rutin.

2) Mencegah penyakit 
Sistem imunisasi badan dapat ditingkatkan. Hal ini kerana berjoging membantu melatih fungsi jantung, malah joging juga dapat mengurangi tekanan darah sekali gus melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

3) Menurunkan berat badan
Joging membantu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme tubuh. Ketika kadar metabolisme tubuh anda lambat, maka tenaga berlebihan yang masuk ke dalam tubuh disimpan sebagai lemak. Pengumpulan lemak ini menjadikan tubuh semakin gemuk.

4) Membakar lemak di perut
Semakin hari ukur lilit pinggang bukanlah semakin mengecil malah semakin bertambah nilainya. Jika ingin bebas dari lemak yang mula mengumpul di bahagian perut atau mana-mana bahagian tubuh, mulailah berjoging.. Bukan shaja di perut, lemak di bahagian pinggang, pinggul, paha dan lain-lain juga akan terusir.

5) Menguatkan otot dan tulang
Joging membantu menguatkan otot dan menjadikan tulang lebih padat. Kepadatan tulang dan otot dapat membuat anda beraktiviti dengan lebih bersemangat.

6) Melambatkan penuaan
Seiring bertambahnya usia, massa otot dan tulang akan berkurang. Joging membantu anda melewatkan proses penuaan di samping membuatkan kulit kelihatan cerah dan bermaya disebabkan aliran darah yang lancar.

Sumber: Keluarga, Januari 2016.

Kawan-kawan yang suka berjoging, tahniah Sue ucapkan. Teruskan aktiviti ini kerana banyak manfaatnya pada kesihatan. Yang blom pernah cuba, jom mulakan harini demi kesihatan pada masa akan datang.
Imuniti ialah keupayaan untuk mencegah penyakit dan melawan jangkitan.

Sekiranya sistem imuniti anda kuat, anda tidak akan mudah jatuh sakit, anda jarang mendapat jangkitan dan serangan. Jika anda jatuh sakit, sistem yang kuat akan membantu anda pulih dengan segera.

cara meningkatkan kekebalan tubuh

Sistem imuniti turut mengenal pasti serta memusnahkan berjuta-juta mikrob berjangkit yang memasuki badan setiap hari. Ia juga membantu mencegah atau merencatkan jangkitan-jangkitan lain.

Mencegah lebih baik daripada berubat.

Antara cara2 untuk meningkatkan imun sistem badan ialah:

1) Membuat detoks
Detoks mampu mengeluarkan segala toksin yang terkumpul dalam badan dengan baik.

2) Melakukan rutin senaman setiap hari
Senaman membantu badan lebih cergas kerana banyak mengeluarkan peluh dan oksigen yang maksud dalam badan.

3) Makan makanan yang halal, seimbang dan berkhasiat. Amalkan sup bone broth. Elakkan gula putih, fastfood, makanan bertepung gandum.

4) Minimumkan stress. Cik sue pasang radio al quran atau asma al husna dalam rumah. Essential oil pun sangat membantu.

5) Ambil set imun booster shaklee untuk keluarga. Dalam set ini mengandungi nutriferon, omega, vitamin C, dan chewable vitamin C. Amalkan setiap hari.

set kuatkan imun

Sekali sekala demam tu ok sebab badan sedang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Tetapi jika setiap bulan demam, kena check di mana silapnya.

Mungkinkah sistem imuniti anda semakin merosot?

Boleh hubungi Sue untuk konsultasi atau pembelian produk Shaklee di talian 013-4774 285.
Sewaktu sekolah menengah dulu, sue pernah dua kali mengalami haid yang melebihi 15 hari atau dipanggil sebagai darah istihadhoh. Maklum la hormon tak berapa stabil time tu. Selepas dari kejadian tu, tak berulang lagi kejadian darah istihadhoh ni.

Sue ingin berkongsi testimoni seorang kawan Sue yang mengalami haid melebihi 15 hari. Selepas membuat check up dengan doktor, beliau dimaklumkan yang darah ini akan terus keluar berlarutan sehingga 3 bulan.

Apa yang beliau buat bagi mengatasi masalah ini? Jemput baca kisah beliau.

darah haid tak berhenti

Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari.

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke - 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula.

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke?

Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut

Lantas saya jumpa pakar sakit puan.

Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.

Stress rasa.

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.

Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.

Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa.

Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.


Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.

Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.

Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.

Syukur alhamdulillah. Syukur.

Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.

=======

Alhamdulillah, selepas beliau berpantang makan (menjaga makan betul2), detoks dengan set detoks shaklee, masalah darah yang keluar berlarutan hampir hilang dalam masa seminggu selepas detoks.

Jika ada kawan-kawan Sue yang alami masalah yang sama seperti beliau boleh ikhtiar dengan set detoks Shaklee ini. Hubungi Sue untuk konsultasi lanjut, SMS/Whatsapp: 013 4774 285.
Pagi tadi sebelum subuh hujan lebat di Petaling Jaya. Sejuk2 hujan ni rasa malasnya nak bangun tido. Tarik selimut sambung tido mau jadi subuh gajah nanti agaknya.

Bergegas bangun, solat dan siapkan sarapan keluarga.

kuatkan imun sistem

Bila musim hujan kedai dobi lah yang paling laku kan. Bab nak keringkan baju terpaksa la cik sue menapak ke sana. Rumah cik sue takde dryer. Nasib kedai dobi dekat belakang rumah ni je..

Setiap hari cik sue akan hantar anak pergi dan pulang dari sekolah. Jadinya dalam kereta memang akan ada satu payung begitu juga dalam rumah. 

Dekat anak2 cik sue belikan juga baju hujan, sebabnya kadang2 angin kuat habis air hujan terkena baju anak2, basah lenjun juga la.

Buat kawan2 di Pantai Timur, cik sue percaya mesti anda semua telah membuat sedikit persediaan untuk banjir kan, seperti sediakan perahu, packing barang2 yang penting supaya mudah untuk diselamatkan nanti dan lain2.

Musim2 hujan ni kesihatan haruslah dijaga dengan lebih rapi. Bila2 masa sahaja mudah terkena demam, batuk dan selsema.

Sebagai persediaan untuk mengurangkan risiko terkena penyakit 3 serangkai tersebut, cik sue beri keluarga cik sue makan nutriferon, omega, chewable vitamin C dan vitamin C.

set imun booster

Suplemen ini membantu melawan virus, meningkatkan imun sistem badan, memecahkan kahak, meredakan demam, mengeringkan selsema.

Semuanya perlu diambil secara konsisten setiap hari. Ini adalah sebahagian ikhtiar untuk sihat bagi family cik sue. Semuanya dengan izin Allah jua.

Jaga kesihatan kawan2 sepanjang musim tengkujuh ini ye.
Assalamualaikum.

Minggu lepas Sue ada join peraduan tolong dan menang di fb. Hadiahnya adalah 1 botol madu asli. Dalam hati berdoa semoga Sue terpilih menjadi salah seorang pemenang. Kebetulan pula stok madu di rumah sudah habis.

Tak sangka ada rezeki Sue untuk menang. Petang semalam sampai hadiahnya di rumah. Alhamdulillah, bertambah koleksi madu asli di rumah. Pertama kali mencuba madu ni.


Madu lebah ini adalah produk Muslim berpusat di Pasir Mas Kelantan. Madu yang dijual oleh saudagar madu ini adalah madu yang asli dijamin ketulenannya. Ada dibuat ujian ke atas madunya bagi menjamin ketulenan madu yang dijual.

Ujian ke atas madu
Korang yang berminat mendapatkan madu asli boleh hubungi seperti berikut.

PM fb: Madu Al faqir atau tuannya di fb: Saudagar Madu Al Faqir.
Masa mula2 join bisneshaklee ni, ilmu tentang kesihatan, bisnes, nutrisi memang zero.

Awal2 buat bisnes ni, memang banyak pm upline. Selalu tanya upline apa2 yang tak tahu. Kadangkala sampai naik segan dengan upline tau. huhu..

Selain tanya upline, tanya juga mr google untuk jawapan paling pantas. Blog2 sid pun banyak juga di google.


Selepas di add masuk dalam group coaching whatsapp dan fb, makin seronok pulak. Upline, super upline dan sidelines semuanya baik2 belaka. Tak lokek kongsi macam2 ilmu.

Sumber rujukan lain ialah banyakkan membaca buku. Banyak buku kesihatan yang dijual sekarang ni. Tinggal pilih dan baca je.

Shaklee sendiri setiap bulan akan buat kelas dengan topik yang berbeza. Kelas tu pulak FREE jer. Rugi kalo tak merebut peluang untuk hadir ke kelas.

Macam bulan Nov ni, kelas adalah bertajuk tentang Breast Cancer dan Nutrisi dan Kesihatan Sewaktu Hamil.

Seronok sangat join kelas ni sebab pihak Shaklee menjemput doktor yang memang pakar dalam bidangnya.

Jom korang join bizshaklee bersama team Cik Sue. Ilmu bertambah, kawan2 juga bertambah.
Ibu-ibu sewaktu dalam pantang sangat perlu menjaga kesihatan. Kalau sakit memang susah la nak jaga baby kan. Baby pulak kadang tu asyik la nak menempek dengan ibunya, maklumla baby kan suka bau ibu.

Salah satu cabaran sewaktu berpantang ialah demam bengkak susu. Sue sendiri pernah mengalaminya sewaktu berpantang anak sulong dan anak kedua. Sakit sangat sampai tak mampu nak pegang baby. Nak telan penadol tak sanggup pulak, sebab menyusu baby.


Nasib la masa tu ada spare sikit nutriferon di rumah mak. Lepas makan nutriferon tu, sue terus baring tidur berehat. Selepas 4 jam tidur, bangun je dari tidur badan berpeluh-peluh dah tak demam, pening kepala pun hilang. Alhamdulillah.

Ni Sue kongsikan testimoni seorang pengguna nutriferon juga.

Kata Puan eda: Awal-awal lepas bersalin terkena bengkak susu. Bengkak susu tu normal tapi bila dah lama tak kena memang tumbang juga. Mujur ada nutriferon dekat rumah, telan satu kali, alhamdulillah dah boleh berpeluh.

Kali kedua berlaku pula demam yang entah tak tahu mana punca, menggigil dah macam gempa bumi. Cuma boleh pejam mata dan tidur saja. Mujur baby pun tidur dan anak-anak lain boleh  bawa diri sendiri. Bangun dan telan nutriferon walaupun kesannya bukan on the spot tapi alhamdulillah demam dah kebah. Takde menggigil dengan 5.0 skala rektar. Masa tu cuma fikir nak mati je.

Terima kasih Shaklee sebab wujudkan nutriferon.

bengkak susu

Bagi ibu hamil yang bakal bersalin tak lama lagi, anda juga boleh masukkan nutriferon sebagai salah satu suplemen yang perlu dibeli. Nutriferon diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan ye. Rasanya manis, kanak-kanak pun suka makan.


Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalamualaikum.

Jom join giveaway ni. Mana tau rezeki menang fridge magnet Shanghai ni.

Klik banner untuk join

Tag: Nani
        Suhaila Johar

Salam Jumaat kawan-kawan :)

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?


Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.

Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?


Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dgn shurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk solat kita.

PETIKAN : Media Sosial

Sumber fb: Ustaz Hasnan Fan Club
Dulu waktu sekolah menengah asyik la tukar pencuci muka. Ni semua pengaruh iklan tv. Macam2 jenama la cik sue cuba seperti Ginvera, Eversoft, Biore dan macam2 lagilah.

Akibat selalu sangat bertukar jenama pencuci muka, kulit jadi sensitif. Mudah naik jerawat dan pedih setiap kali bersihkan muka dengan pencuci muka.

Ini disebabkan banyak bahan kimia yang terkandung seperti petrolatum, propylene gycol,pvp/va copolymer,synthetic colors and fragrance dan sebagainya.

gentle deep foaming cleanser


Selepas kenal Shaklee, cik sue cuba gentle deep foaming cleanser. Pencuci muka shaklee yang direka khas untuk kulit wanita Asia.

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan
  • Diperbuat daripada 16 ramuan botani iaitu bearberry, soybean, skullcap, beech tree, strawberry begonia, mulberry, peony, rosemary, aloe vera, mountain arnica, cat's claw, kudzu leaf & roots, linden, marshmallow, seaweed, green algae
  • Harga RM129 termasuk pos
1 tiub pencuci muka shaklee ni mampu bertahan sehingga 10 bulan pakai. Punya la jimat. Picit sikit je di tangan dan gosok pada muka dan leher.

Kulit rasa bersih dan lembut je selepas dicuci. Takde rasa pedih2 pun macam dulu2 bila guna pencuci muka.

Jom kawan2, bertukar kepada pencuci muka yang bebas bahan kimia serta mesra kulit untuk wanita Asia.

Boleh hubungi sue sekiranya berminat.

 013 4774 285 
Dalam bisnes kita mesti ada target yang ingin dicapai. Target jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang.

6 bulan dari sekarang target cik sue dalam bizshaklee ialah berjaya naik rank coordinator. Ada 7 anak tangga yang perlu cik sue daki. Berbaki 5 saja lagi sebelum sampai ke puncak Master Coordinator.

Telah dapat 1 tiket cruise reward dari Shaklee. Dengar kata cruise ini bertolak dari Penang dan akan singgah ke Krabi Thailand. Wow, seronoknya.


Telah berjaya mendapat car bonus. Car bonus ni bukan dapat sebiji kereta tau. Tetapi dapat dalam bentuk duit. Terpulang la pada kita nak buat apa dengan duit tersebut. Cik Sue plan nak bayar downpayment untuk beli sebiji rumah atas tanah.

Nak dapat semua ni of kos la dengan usaha keras bukan duduk goyang kaki aje.

Coaching dowlines yang berpotensi untuk naik rank. Cik Sue nak bantu lebih ramai downlines untuk menerima bonus sekurang-kurangnya 3 angka.

Ambil peluang join kelas2 yang dianjurkan oleh Shaklee, kelas upline dan sebagainya. Ilmu sangat penting. Boleh share di blog, dengan downlines dan customers.

Rajin2 update fb, insta dan blog supaya orang kenal kedai kita. Lagi banyak medium yang kita promot lagi banyak peluang kita dikenali ramai. Tapi kena update selalulah.

Berdoa spesifik dan bertawakkal kepadaNya.

Tolong doakan 3 impian cik sue ini tercapai dengan mudahnya inshaaAllah. Aamiin.

Terima kasih kawan2. Doa yang baik2 juga buat semua kawan2 cik sue.

Jika ada di kalangan kawan-kawan cik sue yang ingin menyertai bisnes shaklee dengan team mumtaz, boleh hubungi cik sue 013 4774 285.
3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna adalah sebuah buku yang ditulis oleh blogger terkenal iaitu Puan Adlil Rajiah (saatakukaupilih.blogspot.com) dan dengan usahasama Teacher Najmi.

Buku ini sangat la bersesuaian dengan cik sue. Dalam membesarkan 3 orang cahayamata bukannya mudah. Karakter setiap anak juga adalah berbeza.

Dengan membaca serba sedikit ilmu keibubapaan itu akan bertambah. Bukan untuk menjadi ibu yang perfect. Cuma untuk berikan yang terbaik kepada permata hati.

Buku ini berkongsi tip keibubapaan (sangat banyak pecahan tajuk dalam bab ini), tip pakar psikiatri, idea aktiviti kanak2 dan resepi untuk kanak2.

Antara topik2 yang disentuh seperti kenapa anak2 perlu bermain, tip potty train, tip pupuk anak minat membaca, cara elak tantrum anak di tempat awam dll.

Sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil sehingga berusia 7thn.

Jadilah ibu bapa yang anak2 bangga memiliki.

Buku ini beharga RM 45. Boleh didapati di kedai buku seperti MPH dan Popular. Mempunyai 474 muka surat.


Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanul Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kembing itu dan berpesan, “Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan.”


Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantar hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.

Beberapa hari kemudian wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya bahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman menghantar hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, “Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya ketika meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapa kedua-duanya juga dihantar kepada saya ketika memesan menghantar bahagian yang terbaik?”

Luqman menjawab, “Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya buruk maka sangatlah buruknya!”

Mendengar jawapan yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan.

Oleh itu hati dan lidah adalah punca segala kejahatan dan kebaikan. Jagalah hati kita dan jagalah lidah kita...

Kredit fb: Ustaz Hasnan Fan Club
Siapa di sini peminat minuman coklat seperti Milo, Vico, Ovaltine dan sebagainya? Berita baik untuk anda semua. Kini anda dapat memiliki minuman cocoa yang lebih sihat untuk anda sekeluarga dengan Adlie's Cocoa Mix.


Ianya diperbuat daripada cocoa powder, organic raw cane sugar, jaggery, celtic sea salt. Terdapat 3 pilihan rasa iaitu plain, chili dan masala.

Antara khasiat bahan dalam koko masala:

✅ Jaggery ☕ 
* Pemanis semulajadi dari tebu sebagai alternatif kepada gula putih. Membantu dalam proses penghadaman. Mempunyai kandungan zat besi yang tinggi serta merupakan karbohidrat kompleks. 

✅ Halia
* Melancarkan sistem penghadaman. Sangat berkesan utk memulih masalah sejuk badan, selesema, sakit kepala, kekembungan & sakit-sakit dalam badan. Melancarkan aliran darah.

✅ Kulit Kayu Manis
* Membantu masalah penghadaman, membakar lemak, menambah tenaga, mengelak pedih ulu hati & menurunkan tekanan darah tinggi. Penawar masalah mabuk & meningkatkan kepekaan insulin (bagus utk pesakit diabetis & obesiti).

✅ Buah Pala
* Bersifat hangat, berguna utk mengatasi masalah susah tidur & gangguan pernafasan. Berkesan mengatasi masalah kesakitan & 'period pain'.

✅ Bunga Cengkih
* Bagus utk merawat masalah sakit sendi, asthma, batuk & sakit kepala. Juga digunakan utk mengatasi masalah penghadaman, kulit berjerawat, nafas berbau, badan berlebihan asid, sakit perut & mabuk.

✅ Bunga Lawang
* Membantu pengeluaran susu ibu bagi ibu menyusu serta masalah hormon perempuan yang lain seperti 'morning sickness' serta 'period pain'. Juga mampu mengatasi kembung perut dan sembelit. Mampu menjaga kesihatan jantung serta meredakan flu dan batuk.

✅ Buah Pelaga
* Membantu masalah penghadaman & melancarkan aliran darah. Memulih masalah sejuk badan, membuang gas & asid, mengeluarkan angin, membersih buah pinggang, membuang racun dalam badan & merawat lelah. 

✅ Lada hitam
* Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria & akti-oksida. Membantu masalah berkaitan sistem pernafasan, batuk-batuk, masalah sejuk badan, sembelit, ketidakhadaman makanan, kekurangan darah & lemah-lemah badan.

✅ All Spice
* Memberi efek menenangkan, meningkatkan efek anti inflamasi dan meningkatkan fungsi pencernaan. Juga meningkatkan sistem 

Dua pilihan Saiz : 250gm / 500gm

Sue dah cuba cocoa plain. Rasanya sedap tak pahit menyengat macam sesetengah serbuk cocoa di pasaran. Korang kena cuba. Very recommended!

Jika berminat boleh Pm page Adlie's Cocoa Mix.
Masa sekolah rendah dulu kan, selepas buat aktiviti sukan contohnya la kan mesti rasa nak mandi atau at least cuci muka, sebab rasa berlengaih, peluh melekit-lekit, tak selesa dibuatnya.

Tapi kan abah Sue memang melarang keras kalo selepas buat apa-apa aktiviti, badan masih berpeluh-peluh terus nak pergi mandi. Abah cakap tunggu dulu badan dah sejuk, peluh dah kering baru pergi mandi. Katanya kalau mandi dengan keadaan badan masih berpeluh-peluh akan mengakibatkan panau.

cara atasi panau

Sampai sekarang Sue ikut nasihat abah. Tunggu badan sejuk, peluh betul-betul kering baru pergi mandi. Takut naik panau. Malu nanti, dah la perempuan pulak kan.

Ni Sue kongsikan satu testimoni fresh pasal customer yang ada masalah panau.

Kata customer ni: Panau macam di mukanya itu hari merebak besar, sekarang macam dia mengecil sudah macam mau hilang. Tulah aku tidak risau sapu biar banyak kali sebab tiada bahan kimianya kan hehe..apapun kak thanks ya baru nampak kesan baiknya macam mana hehe,,


Herbal blend ialah krim serbaguna. Ia boleh disapu ke seluruh badan. Herbal blend Shaklee bebas paraben dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Krim yang menenangkan ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki
  • Nyaman, bermentol dan tidak melekit
  • Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chesnut, yarrow dan rosemary

Kawan-kawan yang ada masalah panau, boleh cuba krim ni. Tak mahal pun. 1 tiub cuma RM27.50 sahaja belum masuk postage.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee
Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.